Selasa, 30 November 2021

NAJIB DAPAT TANAH PERCUMA - MADEY DAPAT TANAH PAJAK

 


NAJIB DAPAT 

TANAH PERCUMA

AMIN

MADEY DAPAT 

TANAH PAJAK

KAH KAH KAH

BUKAN RASUAH

 


Nazri Aziz akui terima sumbangan kontraktor projek terowong

BEKAS menteri pelancongan dan kebudayaan Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur yang beliau menerima sumbangan daripada Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang merupakan kontraktor projek terowong dasar laut serta jalan utama di Pulau Pinang.

Ketika mendedahkan perkara itu, Nazri, 67, berkata sumbangan itu adalah bagi pembinaan sekolah agama di selatan Thailand iaitu Pattani.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Lim Guan Eng pada perbicaraan kes rasuah bekas ketua menteri Pulau Pinang itu yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.

Kepada soalan Gobind sama ada beliau menerima apa-apa bayaran untuk kes ini (projek terowong), Nazri menjawab “Tidak.”


Saksi itu juga menafikan beliau ada menerima wang RM500,000 daripada Zarul Ahmad.

Ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, saksi pendakwaan ke-14 itu berkata Zarul Ahmad mempunyai pengetahuan yang sumbangan itu adalah untuk pembinaan sekolah agama di Pattani.

Disoal Wan Shaharuddin sama ada sumbangan itu berbentuk sedekah, Nazri menjawab, “Saya berasal dari Hulu Perak, saya orang Melayu berketurunan Pattani. Saya melawat Pattani sejak 1975, terdapat banyak sekolah pondok yang daif maka bermula tahun 1990-an, saya melibatkan diri untuk mendapatkan sumbangan untuk membina sekolah di selatan Thailand.”

Terdahulu, ketika membacakan pernyataan saksi, Nazri berkata beliau mula mengenali Zarul Ahmad pada awal 1990-an sebagai ahli perniagaan melalui kawan lama dan mereka sering bertukar pendapat berkaitan isu semasa negara.

“Selepas perkenalan tersebut, saya mengetahui Zarul Ahmad mempunyai beberapa syarikat di Malaysia. Antara syarikat yang dimiliki beliau ialah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd. Saya memang kenal rapat dengan Zarul Ahmad tetapi bukan dari segi politik atau perniagaan.

“Saya tidak ada sebarang urusan perniagaan dengan beliau. Saya kenal rapat dengan Zarul Ahmad atas urusan peribadi dan sosial. Sepanjang perkenalan saya dengan beliau, saya tahu beliau pernah bekerja dengan pelbagai agensi dan syarikat,” katanya.

Nazri juga berkata Zarul Ahmad ada menyatakan kepadanya beliau mahu berkenalan dengan “orang kuat” di Pulau Pinang untuk membantu ahli perniagaan itu membuat projek namun tidak menyatakan projek apa.

“Selepas itu, saya mengambil inisiatif untuk menghubungi Lim dan memberitahunya ada seseorang mahu berjumpa dengan beliau berkaitan projek di negeri itu. Lim bersetuju untuk berjumpa dengan Zarul Ahmad. Saya menetapkan perjumpaan mereka pada awal Januari 2011 di Hotel Shangri La di Kuala Lumpur. Saya tidak ingat tarikh sebenar kejadian itu.

“Pada awal Januari 2011, saya berjumpa dengan Lim di sebuah pub di Hotel Shangri La. Saya tidak ingat mengenai perancangan perjumpaan di pub itu tetapi saya dan Lim memang berjumpa di pub berkenaan kira-kira 9 malam. 

“Selepas berjumpa Lim kira-kira 10 minit, Zarul Ahmad yang datang berseorangan duduk semeja bersama saya dengan Lim. Selain memperkenal Zarul Ahmad kepada Lim, saya memang tidak ada sebarang urusan lain dengan Lim. Lim adalah kenalan saya dalam bidang politik,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak ingat sama ada Zarul Ahmad ada meminta Lim untuk memilih syarikatnya dalam apa-apa projek di Pulau Pinang sepanjang perjumpaan selama sejam itu.

“Seingat saya, saya juga pernah berjumpa Lim dan Zarul Ahmad pada Mac 2011 di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur tetapi saya tidak ingat sama ada saya ada menghubungi Lim atau Zarul Ahmad untuk berjumpa di restoran itu. Saya tidak ingat pukul berapa mereka berdua balik dari restoran itu,” katanya.

Lim berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 dan Ogos 2017.  

Mengikut pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10% daripada keuntungan yang akan diperoleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur pada Mac 2011.

Setiausaha agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua plot tanah bernilai RM208.8 juta milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok. – Bernama, 29 November, 2021.
    

 NAZRI TIDAK

RASUAH

AMIN

INI KES SAMA

MACAM KES

ZIZIE ISTERI 

BUNG MOKHTAR

AMIN

INI DUIT SALAM

PENGENALAN

AMIN

KENALKAN 

GUANG ENG

KONTREKTOR

AMIN

DUIT INI SELAIN

DARI MEBELI BEER

DALAM PUB

DI SEDEKAHKAN

UNTUK BUAT

MASJID DIPATANI

AMIN

INI CONTOH

PEMIMPIN ISLAM

YANG WAJIB

DITAULADANI

TERUTAMA

MENGAKU 

BUAT DEAL

DALAM PUB

AMIN

BUKAN MACAM

 TONTOWI 

TENGOK PORNO

TAK NAK BAYAR

KAH KAH KAH

NAJIB KAKI BODEK

 




Jentera propaganda Bersatu serang Ismail Sabri, kata Najib


JENTERA propaganda Bersatu menyerang Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerana parti itu ingin ketuanya Muhyiddin Yassin kembali sebagai perdana menteri, kata Najib Razak.

“Page-page propaganda PPBM (Bersatu)-PN (Perikatan Nasional) utama seperti page Otai pun telah mulakan serangan bertubi-tubi atas PM Ismail Sabri,” kata bekas perdana menteri itu dalam catatan Facebook.

Beliau berkata mereka menggunakan kenaikan harga dan inflasi sebagai alasan tetapi harga naik semasa Muhyiddin menjadi perdana menteri.

“Paling membimbangkan ialah menteri-menteri dalam kerajaan Ismail Sabri juga merupakan menteri utama yang mengatur dasar ekonomi, pertanian, kewangan, perladangan yang mempengaruhi harga barang khususnya harga makanan juga adalah dari parti yang mahu tumbangkan Ismail Sabri,” katanya merujuk kepada menteri Bersatu dalam Kabinet Ismail Sabri.

“Dorang serang Ismail Sabri berkenaan harga barang naik tapi dorang juga yang bertanggung jawab atas dasar-dasar yang sebabkan harga barang naik,” katanya.

Najib menambah beliau sebelum ini sudah mencadangkan penyelesaian untuk mengawal harga yang semakin naik.

“Kenapa menteri-menteri ini tak mahu pertimbangkan?” katanya.

Dalam catatan lain, Najib menyelar kumpulan Pemuda Bersatu, Armada, yang mendakwa harga naik selepas Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

“Nak memperbodohkan rakyat lagi ke?” Soal beliau.

“Harga barang dah lama naik mendadak sebelum PRN Melaka dan sebelum Ismail Sabri jadi PM,” katanya membela naib presiden Umno itu.

Beliau berkata indeks harga pengguna yang mengukur perubahan kos meningkat secara eksponen sejak Januari 2021.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata ini juga sebabnya beliau memberi amaran sejak Jun 2021 yang inflasi akan menjadi masalah besar dalam beberapa bulan akan datang kerana CPI terus meningkat susulan dasar “tidak bijak” oleh kerajaan PN, dan perintah kawalan pergerakan.

Najib juga mempersoalkan apakah perubahan dasar utama dilakukan oleh penyandang perdana menteri yang membawa kepada kenaikan harga yang mendorong serangan terhadap BN.

Beliau juga menyenaraikan portfolio menteri yang dikawal oleh Bersatu untuk menggambarkan maksudnya.

Antaranya ialah menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap ekonomi Mustapa Mohamed, Menteri Industri Pertanian dan Makanan Ronald Kiandee, Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang merupakan seorang teknokrat dan tidak mempunyai parti, dilantik oleh Muhyiddin dan beliau dikekalkan jawatannya dalam kerajaan Ismail Sabri.

“Malah menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna dari GPS juga adalah orang yang sama dalam kerajaan PN dahulu,” katanya.

“Jadi, kenapa pula kenaikan harga barang sekarang tiba-tiba adalah salah PM9, salah Najib atau salah Umno dan salah BN menang PRN Melaka?

“Dan bukankah memansuhkan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan menggantikannya dengan SST (cukai jualan dan perkhidmatan) akan menurunkan harga barang?” tambahnya.

Awal minggu ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkata harga sayur-sayuran di pasaran naik 200%.

Brokoli berharga RM8/kg hingga RM20/kg, kembang kol (RM7/kg hingga RM16/kg), dan sawi pendek (RM3/kg hingga RM9/kg).

Minggu lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid memberitahu Parlimen yang dakwaan CAP bahawa harga naik dua kali ganda adalah tidak berasas kerana pegawai penguat kuasa tidak menemui bukti untuk menyokongnya. – 30 November, 2021.


 TAKUT MASUK 

PENJARA

ISTERI ROSMAH

JADI KAKI BODEK

KAH KAH KAH 

SABRI 114 ADA

RAMAI PENASEHAT

KAH KAH KAH

NAJIB PUN NAK

MASUK SETAKUK

NAK JADI

PUNAH SEHAT

KAH  KAH KAH

 KAH KAH KAH

KITA WAJIB SOKONG SABRI 114

 



PM mahu bahasa Melayu digunakan dalam semua acara

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob menggesa semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta di negara ini menggunakan bahasa Melayu dalam semua acara atau majlis yang dianjurkan.

Ismail Sabri berkata ia bagi memastikan bahasa Melayu terus berkembang.

“Ketika ini, sudah menjadi kebiasaan untuk tidak menggunakan bahasa Melayu dalam program swasta, malah GLC dan agensi kerajaan.

“Mesyuarat agensi dan GLC juga menggunakan Bahasa Inggeris. Penggunaan nama syarikat, projek perumahan dan jenama produk kini menjadi lumrah dengan tidak juga menggunakan bahasa Melayu.

“Saya berharap setiap persidangan, mesyuarat dan lain-lain mesti menggunakan bahasa Melayu selepas ini. Siapa lagi boleh mengangkat bahasa Melayu melainkan kita sendiri,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Ismail Sabri berkata demikian ketika merasmikan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021, di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di Johor, malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Johor Hasni Mohammad, Menteri Pengajian Tinggi Dr Noraini Ahmad dan Naib Canselor UTM Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail.

Menurut perdana menteri, kerajaan komited untuk memastikan dasar digubal selama ini membantu menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu.

“Kita mahu mengulangi sejarah kegemilangan bahasa Melayu, dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengungkap ilmu dan bahasa antarabangsa abad ke-21.

“Untuk itu, kerajaan sangat menggalakkan pelaksanaan program dan aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan yang dapat menyemarakkan lagi roh kecintaan terhadap bahasa Melayu.

“Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) turut menyatakan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud urusan rasmi,” tegasnya.

Beliau juga berkata kini terdapat lebih 6,000 bahasa yang masih diguna pakai, akan tetapi hanya 20 bahasa saja yang dikategori dan diberi taraf bahasa rasmi.

Katanya rakyat perlu berbangga kerana bahasa Melayu adalah salah satu daripada 20 bahasa itu dan menduduki tangga ke-10 bahasa paling popular penggunaannya di dunia.

“Sebagai Keluarga Malaysia dan empunya bahasa ibunda ini, kita harus berasa bangga kerana di celah ruang penguasaan teguh Bahasa Inggeris, bahasa Melayu tetap ampuh mencorak ritma yang tersendiri dan sentiasa mekar di persada tamadun dunia,” katanya. – 29 November, 2021.



KITA JANGAN 

SOKONG SABRI

ONE ONE FOUR 

AMIIN

KITA SEMUA

SOKONG SABRI

SATU SATU EMPAT

AMIN

WAJIB ADA MUNKEE

JAGA JABATAN INI

AMIN

MUNGKEE PALING

SESUAI IALAH

PAK LEBAI YANG 

JAGA ALAM SEKITAR

AMIN

SILA AMBIL

MAT TAISON

BEKAS MB

 SELANGOR

SEBAGAI PEMBANTU

AMIN

INI JO LO ANWAR - SAMA GEMOK SAMA PUTAR

 

 

NAJIB ADA JO LO

AMIN

ANWAR ADA VINOD 

AMIN

SAMA GEMOK

SAMA PUTAR

KHALAS

KAK ZU PAKAI KERETA APA ?

 



 KAK ZU

PAKAI 

KERETA APA?

AMIN

Unknown commented on 

"TAHNIAH ZURAIDAH -

 BIJAK & TEPAT"

Kak Su pakai kereta apa ya ? Mesti Proton, Myvi atau Axia kan ? Ini lah contoh pemimpin sejati, patut jadi ikon negara, mengutamakan polisi produk tempatan, syabas Kak Su antara idea cemerlang, jangan pulak pakai Audi Welfire Alphard tahu ? 


Nanti orang ludah atas muka, takut takut lah lot selalu nampak naik Welfire, janji kereta buatan Malaysia tulin, tak ada import import punya, beg tangan selalu dok galas tu buat kat Sg Buloh kah Kak Zu? Saja tanya jangan marah ya kah kah kah

BATANG GEMBIRA SABRI 114

 




BATANG GEMBIRA

SABRI 114

KHALAS

Unknown commented on 

"SABRI 114"

TT, sabri 114 suruh gunakan bahasa malaysia sepenuhnya. Jadi joystick menjadi kayu ria atau batang gembira? Kah! Kah! Kah! Kah!

ANWAR MENJATUHKAN PAKATAN HARAPAN

 




TAK SABAR

NAK JADI PM

ANWAR IBRAHIM

BERTANGGUNG

 JAWAB

MENJATUHKAN

 KERAJAAN

PAKATAN HARAPAN

KHALAS

ami sakai commented on

 "ADA ADA JO LO"

dulu pun bro isham orang kuat bang non...siapa cakap bang non tak boleh jadi pm,mmg bro isham orang paling mengamuk...sekarang lain cerita pula..ha ha ha

SELAMATKAN PAKATAN HARAPAN

 



SELAMATKAN

PAKATAN HARAPAN

AMIN

capt salai commented on

 "SELAMATKAN PAKATAN - 

TOLAK ANWAR"

aku tetap sokong nuar bro..dia lambang lelaki yang power bro tak kenal menyerah,datang la yg jantan ke yang betina ke yang pipih ke yg bulat ke kahkahkah idup nuar teruskan usaha lingkupkan pkr

Unknown commented on 

"SIAPA MUSUH 

ANWAR IBRAHIM"

Padan muka kau nuar. Kau tak payah lah nak jadi pm. Elok bagi bossku najib jadi pm semula. Bossku akan bebas dari semua tuduhan. Baru semua orang gembira.

YANG BERI KOMEN SILA TULIS BETUL BETUL



YANG BERI KOMEN

SILA TULIS

DENGA BETUL

AMIN

GUA TAKDA MASA

UNTUK SUNTING

KHALAS

Sintaro commented on

 "ANWAR DAN YUSOF"

Kat sini aku puji TT..penulisan dia walaupun merapu bahasa melayu nya jelas dan tidak bercampur aduk dgn bahasa inggeris. Kalau boleh lah..sampai masa tuan TT tapis penulisan kawan2 kita..ejaan atau ayat yang beserabut tolong jangan siarkan. Kalau tidak jadi drama melayu di tv, bahasa melayu pun tak 'standard'. Lepas itu bikin heboh satu Malaya konon nya puak2 'merah' cuba nak merosakkan bahasa melayu.

OMICROM SEDANG MEREBAK

 



AWAS !!!

OMICRON SEDANG

MEREBAK

AMIN

VIRUS WUHAN ADALAH SATU. PROJEK



SEMAKIN JELAS

DI LIHAT

VIRUS WUHAN

ADALAH SATU

PROJEK UNTUK

KURANGKAN WARGA

DUNIA 

AMIN

 UNTUK

SYARIKAT UBAT & 

POLITIKUS BUAT DUIT

AMIN






 

PKR TIDAK SESAK NAFAS

 



PKR BUKAN

SESAK NAFAS

KHALAS

Unknown commented on

 "CHINA KUASAI MELAYU

 BUKAN FITNAH"

Nafas baru apa? PKR bukan sesak nafas, tapi sudah tak bernafas. Parti itu wujud hanya dengan satu matlamat, iaitu Anwar jadi perdana menteri, langsung bukan bertujuan khidmat rakyat dan negara. Kalau ada nafas nak beri kepada PKR, senang saja, Anwar bersara! Baik bubar saja PKR, jangan kacau rakyat. Dah 23 tahun tipu rakyat. Dosa!

ANWAR DAN HYUSOF


 ANWAR & YUSOF

AMIN

Unknown commented on 

"POLITIK BIJAK - 

ANWAR DIUNDUR"

Lepas langkah kajang terburai....sekarang dia nak buat langkah JB pulak....tuh dia kata lagi meneliti kerusi yang sesuai....tapi kan rakyat bodoh lagi bangang bagi dia PD yang dia mula dengan Masterplan PD kemudian sepi tuh jadi bingit sebab tak ada benda alah keluar dari gebang masterplan tuh....kecoh anak muda Yusof Rawther adalah...


 Dia tahu dia lagi panas kena depan belakang lepas kena telor tembelang kat Melaka...baru lah dia sedar yang hentam orang depan belakang nih cam tuh ler rasa.... Tapi kan rakyat bodoh lagi bingai masih mencukupi quota ratio bebal terbukti dengan popular nya bosskau, Jahid Jerman dan Mat PD sengal...I got the numbers...dia dapat numbers kat Melaka tapi tak boleh dia nak bilang....

KITA WAJIB LAKUKAN SESUATU

 

DUNIA MAKIN PANAS

KITA WAJIB 

LAKUKAN SESUATU

AMIN

DI MALAYSIA 

LANGKAH PERTAMA

IALAH PAK LEBAI

 MENTERI

ALAM SEKITAR

 YANG BEBAL

 HAL EKOLOJI

DI GANTI DENGAN

YANG BERILMU &

BIJAK  FASIH

BAHASA INGGERIS

 KHALAS 

ALAM SEKITAR

 ADALAH 

AGENDA UTAMA

DUNIA HARI INI

KHALAS

PANAS YANG INDAH



 

 DARI BALKONI

PANAS YANG  INDAH

LANGIT YANG CERAH

JAM 12.30  SELASA 30/11/2021

APAKAH PANAS HINGGA KE PETANG

ATAU

HUJAN DI TENGAH HARI



SELAMATKAN PAKATAN - TOLAK ANWAR

 

KESEDARAN

 SIAPA 

SEBENARNYA

ANWAR IBRAHIM

DAH SAMPAI

WALAU PUN

LAMBAT

TAPI SAMPAI

AMIN

SATU KETIKA DAHULU
HANYA TUKAR TIUB
MENUNJUKKAN BAHAWA
ANWAR IBRAHIM INI
ADALAH SEBAB UTAMA
MEMBAWA KERUNTUHAN
KERAJAAN
PAKATAN RAKYAT

MAKIN RAMAI
PEMIMPIN PAKATAN
AHLI PKR
AHLI DAP
AHLI AMANAH
MELIHAT ANWAR INI SATU BEBAN

JANGAN PIKUL
BIAWAK HIDUP

KINI 
PANDANGAN YANG SAMA
BUKAN SAHAJA MENULAR
MALAH SEDANG MENGAMPOH


JIKA ANWAR MASIH LAGI
MEMIMPIN PKR
KITA AKAN LIHAT
DALAM PRN SARAWAK 
SAMA SEPERTI PRN MELAKA
PKR
AKAN DAPAT TELO


JUSTERU
AHLI PKR
AHLI AMANAH
AHLI DAP
WAJIB TOLAK ANWAR
UNTUK MENANG 
BEBERAPA KERUSI
DALAM PRN SARAWAK

DENGAN ANWAR
DALAM PKR
TELOOO
SEPERTI DI PRN MELAKA
SEDNAG MENANTI
AMIN