Rakyat Malaysia berang dengan permohonan Najib untuk hartanah RM100 juta
PENGGUNA media sosial berang dan keliru mengapa bekas perdana menteri Najib Razak berani meminta hartanah bernilai RM100 juta daripada Putrajaya.
Mereka berkata tidak masuk akal Najib membuat permohonan ini selepas beliau disabitkan dengan tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan dana RM42 juta daripada bekas unit 1MDB SRC International. Beliau kini dibicarakan atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB RM2.28 bilion.
Pengguna media sosial juga berang kerana kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meluluskan permohonannya.
Terdahulu hari ini, Tengku Zafrul memberitahu Dewan Rakyat bahawa Kabient menerima permohonan daripada Najib untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di Kuala Lumpur.
Menurut laporan sebuah portal berita Najib dikatakan membuat permintaan itu berdasarkan amalan bahawa kerajaan hari ini dijangka memberi ganjaran kepada pendahulunya atas jasa dan sumbangan mereka.
“Boleh sesiapa tolong explain yang simple dan logik dari segi undang-undang kenapa Najib Razak masih belum masuk penjara? Tak faham juga bila dah didapati bersalah, tapi rilek berjalan sana-sini siap boleh demand rumah harga 100 juta macam negara abah dia,” kata pengguna Twitter @HxkxmXhmxd.
“Saya harap pentadbiran PM Ismail Sabri @IsmailSabri60 tidak akan membuat KESALAHAN YANG MENGERIKAN ini untuk meluluskan tuntutan penjenayah Najib untuk harta kerajaan bernilai RM100 juta,” kata pengguna @imfsea_aruna.
“Saya menjangkakan bahawa negara akan menentang Ismail Sabri jika beliau meluluskannya. @tzafrul_aziz,” katanya.
Marina Mahathir melalui Twitter mempersoalkan, “Bagaimanakah @tzafrul_aziz menyaman #1mdb bilion untuk dikembalikan dari seluruh dunia, namun mempertimbangkan permintaan @NajibRazak untuk tanah & rumah bernilai RM100 juta?”.
Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial berkata pembangkang perlu mempertimbangkan semula perjanjian MOU dengan kerajaan selepas pendedahan ini. – 18 November, 2021.
Tt leh nak tanya apa dosa puki rahah? Tak pasal pasal kene carut padahal puki rahah terlalu jauh dibelakang tabir mungkin jugak terhadang dek bayang bayang rosmah. Kalau pun ada peranan puki rahah terlalu kecil tak padan nak dicarutkan. Cuba bayang bila puki rahah terbaca carutan Tt ni apa agaknya respon dia? -Terus mencebik kerna suda lama engga bisa senyum
BalasPadam