Selasa, 2 November 2021

BERKHALWAT HARI KE 592

 


KHALWAT KE 592

SELASA  2/11/2021
KITA MASUK KE HARI 592
BERKHALWAT

PKP 4.0
WARGA 
KENA AMBIL SATU LAGI DOS ?
MASUK AKAL KE?
RAMAI  DAH KENA PANGGIL

KAKAK GUA DAH DAPAT
SUNTIKAN KE TIGA
VAKSIN AMERIKA

INI PELIK
AWALNYA DUA DOS
NI DAH NAIK TIGA
KAH KAH KAH
SAMPAI KE BERAPA DOS?

APAKAH KITA JADI MAT PET
HINGGA  TOKAN DADAH
JADI PERDANA MENTERI KE?

PRN MELAKA
NAJIB TURUN NAIK
KE MELAKA
KENAPA ROSMAH
TAK ADA  BESAMA

TINDAKAN NAJIB
MENINGGALKAN ROSMAH
 SATU KEZALIMAN
GUNA ROSMAH MACAM SELIPAR
DAH PAKAI TINGGAL
KAH KAH KAH

PAGI INI HOKKIEN
BASAH
UJAN  LEBAT PETANG KELMARIN
UDARA BERSIH DAN SEGAR

MURAI SAMBUT GUA
CENGKERIK GEMBIRA
TERKUKUR SENANG HATI
TIONG SIBUK KE SANA KE MARI

GUA SEKALI LAGI
TERNAMPAK BURUNG HIJAU
KALI INI JELAS
SAHIH BULU HIJAU

KL & KL SENTRAL KELAM
HA HA HA
DI LANGIT SEBUAH PESAWAT
MENUJU KLIA
DERAMAN AGAK KUAT

MATAHARI BELUM KELUAR
ARAH SUNGAI BESI LANGIT KELAM
ARAH KE SHAH ALAM
LANGIT KELIHAT BIRU MUDA
TAK TAK  & EZI SENANG HATI
AMIN

BRO
MULAKAN HARI INI
DENGAN SENYUM
KITA DILAHIRKAN SEKALI LAGI
UNTUK MEMBUAT KEBAIKKAN

BRO
UNTUK KITA BERJAYA
MELUNASKAN SEMUA
PERMINTAAN KEATAS KITA
MAKA KITA WAJIB 
BERSIKAP BAHAWA
DIRI KITA INI LEBIH HEBAT
DARI YANG SEBENARNYA

BRO
SAPA TAK BERGERAK
MAJU KE DEPAN
PASTI BERGERAK
KE BELAKANG

BRO
MENERIMA DENGAN GEMBIRA
HAD KUPAYAAN KITA
ADALAH SIKAP PALAT

BRO
BERCINTA ITU
 INDAH DI KAYANGAN
PERKAHWINAN ITU
SATU DI BUMI

BRO
KITA MEMILIKI CUKUP MASA
JIKA  KITA SUSUN
DAN  GUNAKAN  BETUL2

PEMERENTAH YANG BAIK
IALAH KERAJAAN
YANG MAHUKAN
DIRI MENGURUS DIRI
KITA SENDIRI

BRO
KITA HANYA  TAHU SEDIKIT
DENGAN ILMU PENGETAHUAN
KESANGSIAN KITA AKAN BERTAMBAH

BRO
KAWAN KITA
BERI TAHU KITA
APA KITA BOLEH BUAT
MUSUH KITA
BERI TAHU KITA
APA YANG WAJIB KITA BUAT

BRO
SOSOK BIJAK
AKAN MELIHAT SEMUA
MENGGEMPARKAN
SOSOK BIASA
MELIHAT SEMUA ITU
TAKADA  APA APA

BRO
JANGAN IKUT SANGAT PERASAAN
HATI YANG SENSATIF INI
SATU PEMILIKAN
 YANG TIDAK MENGGEMBIRAKAN
DALAM ALAM YANG
TAK MENENTU

BRO
PERGI LAWAT
LUAR NEGARA
BARU KITA SEDAR
PEKARA PEKARA
YANG MOLEK YANG ADA
DALAM NEGARA SENDIRI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan