Sabtu, 27 November 2021

BERKHALWAT HARI KE 617

 



KHALWAT KE 617

SABTU  27/11/21
KITA MASUK KE HARI 617
BERKHALWAT

PKP 4.0
ANGKA KEMBALI
5000+++

DUNIA GEMPAR
SATU VARIAN KOBID BARU
MUNCUL DI AFRIKA SELATAN
JENG JENG JENG

LAGI BAHAYA DARI DELTA
LAGI GANAS DARI YANG GANAS
JENG JENG JENG

APAKAH  SETIAP NEGARA
AKAN TUTUP 
TAK BENAR ORANG LUAR MASUK?
JENG JENG JENG

PRU 15 ???
SESUDAH RAYA CHINA
BULAN DUA
PRU15  AKAN DIJALANKAN ?
SEBELUM BULAN PUASA?

KHAIRY TAK MAHU PRU15
DIADAKAN CEPAT
KOBID MASIH MENGGANAS
AMIN

PAGI INI HOKKIEN SANTAI
MATAHARI TAK ADA
PAGI SABTU INI
GUA TERDENGAR DERAMAN
LRT DI BRICKFEILD

LANGIT TAK CERAH TAK MENDUNG
ADA PESAWAT MELINTAS


SIMPONI CENGKERIK
CUKUP KUAT
MUSIM HUJAN 
CENGKERIK GEMBIRA

MELINTAS WILAYAH
WARGA ASLI
TAK TAK & EZI DI SALAK
ADA  EMPAT EKOR
YANG MENYALAK

TAK TAK & EZI
MACAM TAIKO 
NAIK BUKIT 
PERGI HAMPIRI MEREKA
TAK TAKUT WALAU PUN
MEREKA RAMAI
GUA RASA EZI & TAK TAK
BERANI KERANA GUA TAK JAUH
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN

BRO
BILA KITA BERSAMA
YANG BERDIRI
JANGAN DUDUK
BILA BERSAMA YANG DUDUK
JANGAN BERDIRI

BRO
HIDUP INI 
SATU TAWARAN AMAT BESAR
KITA DAPAT HIDUP
TANPA MEMBAYAR APA APA

BRO
JANGAN JADIKAN
IANYA BUKIT
KALAU IANYA BUSUT

BRO
JANGAN MINTA
BEBAN YANG RINGAN
MINTA BAHU YANG KUAT

BRO
MULUT CELUPAR
LEBIH BAHAYA
DARI TANGAN GATAL

BRO
SEORANG IBU
LEBIH BERJAYA DARI
100 ORANG  GURU

BRO
SIMPATI KITA
BUKAN MAKANAN
TAPI IANYA
MELEGAKAN KELAPARAN

BILA KEBIASAAN KITA
MEMERLUKAN DUIT
MAKA KITA PANGGIL INI HOBI

BRO
BERSEDIA DENGAN BUKTI
SEBELUM LU BERHUJAH

BRO
SESIAPA TAK MENCUBA
MAKA MEREKA
TIDAK BELAJAR

BRO
BIARKAN TELINGA
LU DENGAR
APA YANG KELUAR
DARI MULUT LU

BRO
BILA KITA BERSAMA
MEREKA YANG MENANGIS
JANGAN KITA KETAWA
BILA BERSAMA YANG KETAWA
JANGAN MENANGIS

BRO
KALAU TIDAK KERANA
TAKUT
SEMUA DOSA INI 
SEBENARNYA NIKMAT

SOSOK YANG BETUL BETUL
DAH MATI
ADALAH MEREKA
YANG TELAH DILUPAKAN

BRO
SEBELUM BELI RUMAH
TANYA DULU
JIRAN TETANGGA

BRO
KEMISKINAN INI
BUKAN MEMALUKAN
IANYA JUGA
BUKAN KEHORMATAN

BRO
LU JANGAN BUKA KEDAI
UNTUK NIAGA
KALAU LU TAK TAHU
MACAM MANA NAK SENYUM

BRO
LU TAK PERLU BIJAK
UNTUK BERNASIB BAIK
TAPI
LU PERLU BERNASIB BAIK
UNTUK MENJADI BIJAK

BRO
LATIH LIDAH
UNTUK BERANI BERKATA
' GUA TAK TAHU '
UNTUK  JANGAN
REKA CERITA

BRO
JANGAN LUPA
BILA DUDA KAWIN JANDA
ADA EMPAT SOSOK
ATAS  KATIL
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan