Isnin, 29 November 2021

BERKHALWAT HARI KE 619

 


KHALWAT KE 619
SENIN  29/11/2021
KITA MASUK KE HARI 619
BERKHALWAT

PKP 4.0
ANGKA MASIH 5.000+++
BELUM SELESA
MASIH MENAKUTKAN

SATU VARIAN BARU
DITEMUI DI  AFRIKA SELATAN
DAH SAMPAI KE HONG KONG
KE BELGIUM

DUNIA SEDANG MENUTUP
PINTU PADA
NEGARA AFRIKA SELATAN
DAN SEKITARNYA
KERANA VIRUS INI
DIKATAKAN AMAT AMAT
BAHAYA
KEBAL DARI VAKSIN
AMIN

PAGI INI HOKKIEN INDAH
BERSIH SEGAR TAPI BASAH
HUJAN DUA KALI
MENJADIKAN UDARA
BERSIH SEGAR

GUA DISAMBUT OLEH
SIMPONI CENGKERIK
DAN LAUANGAN 
SAEKOR KENG KENG

PAGI INI GUA TAK IKUT
JALAN BIASA
GUA MENGARAH
 KE JALAN SUNGAI
UNTUK ELAK
TAK TAK & EZI
GADUH DENGAN WARGA TEMPTAN
YANG SEMAKIN RAMAI
 
KUALA LUMPUR INDAH
LANGIT BIRU DAN PUTIH
TAK KELIHATAN AWAN ITAM
RUMPUT DI HOKKIEN MAKIN SEGAR
HUJAN MEMBAWA RAHMAT
MATA HARI PAGI DAH KELUAR
PANAS YANG MENJANJIKAN
DAN
MUNGKIN PETANG HUJAN
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN
KITA DILAHIRKAN SEKALI LAGI
UNTUK MEMBUAT BAIK
PADA UMAT MANUSIA

BRO
ADA BERTANYA 
APA TUGAS SEORANG SIFU
MAKA SIFU MENJAWAB
UNTUK MENGAJAR ORANG KETAWA

JANGAN PUAS HATI
DENGAN APA YANG HIDUP BERI
BUAT KEHIDUPAN LEBIH BAIK
DIRIKAN KEBAJIKKAN

BRO
KEBIJAKSANAAN IALAH
TAK AMBIL POT
PADA PEKARA 
 REMEH TEMEH

KONSEP INI MACAM
BATU BATA
BOLEH DIRIKAN 
MAHKAMAH KEADILAN
ATAU
BOLEH DIBALING
UNTUK MEMECAH TINGKAP

BRO
WIRA JADI WIRA
KERANA KEPERWIRAAN
TINGKAH LAKU
BUKAN KERANA DIA KALAH
ATAU DIA MENANG

BRO
TENTERAM JIWA SAMPAI
BILA LU TAK AMBIL POT
APA ORANG LAIN KATA
APA ORANG LAIN FIKIR
APA ORANG LAIN BUAT
LU HANYA BUAT
APA YANG LU
NAK BUAT

BRO
TAK MENGAPA KALAU
ORANG PANGGIL KITA PISIMIS
ADALAH LEBIH BAIK
KITA BERJAGA JAGA
DARI TAK BEREDIA

BRO
LALUI TAKUT
YANG LU AMAT TAKUT
SATELAH MELINTASI TAKUT ITU
LU JADI TAK TAKUT
LU BEBAS MERDEKA

BRO
KALAU ADA MEMBER
SURUH LU JANGAN
BANYAK CAKAP
JANGAN BANYAK KOMPLAIN
JANGAN BANYAK KRITIK
INI BUKAN KAWAN

BRO
JALANI HIDUP INI
SETIAP SAAT
TANPA RAGU-RAGU

BRO
HENTIKAN PERANGAI
NAK TAYANG MEGAH
 APA YANG LU ADA
TUNJUKKAN
CARA GAYA
KEHIDUPAN LU

BRO
JANGAN LUPA
KEBEBASAN 
TIDAK DIANUGERAH
TAPI
DIDAPATI MELALUI 
PERJUANGAN


BRO
AMBIL NAFAS PANJANG
RENUNG KETIKA INI
DAN TANYA DIRI
APA YANG PENTING
PADA KETIKA INI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan