Jumaat, 19 November 2021

KES APA PULAK INI ?

 


Lima suspek ditangkap

 disyaki simbah cat,

 bakar kenderaan 

penguatkuasa kastam

SEPANG – Polis menahan lima lelaki kerana disyaki menyimbah cat merah dan membakar kenderaan milik seorang penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, dalam kejadian pertama pada Selasa, pengadu yang berusia 40 membuat laporan mengenai kenderaan Proton X70 miliknya yang telah disimbah cat.

“Selepas itu pengadu telah membawa kenderaan yang dirosakkan dengan simbahan cat ke tempat cuci kereta untuk dibersihkan.

“Pada Khamis kenderaan itu dibawa untuk membersihkan cat yang disimbah pada jam 10.30 pagi di kedai cuci kereta, Jalan Taman Pandamaran Permai, Klang.

“Ketika itu dua suspek yang datang dengan motosikal telah membakar kereta penguatkuasa kastam itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang, di sini hari ini.

INI KES APA

PULAK

KAH KAH KAH

MACAM KES 

DAH BUAT

JANJI TAPI

BELOT

KAH KAH KAH 

NAIK BENGANG 

LALU BAKAR KERETA SEBAGAI AMARAN

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan