Jumaat, 26 November 2021

KHAIRY JAMALUDIN JANGAN TIPU ORANG

 


KAHIRY JAMALUDIN

JANGAN TIPU

ORANG RAMAI

AMIN

                 

Campur padan vaksin dos penggalak selamat dan berkesan, kata pakar

MENCAMPURKAN dan memadankan jenis vaksin yang berbeza atau kaedah heterologi, untuk dos penggalak adalah selamat dan terbukti berkesan, kata pakar kesihatan.

Pada masa ini ramai yang mula bimbang dengan kaedah itu menyebabkan ada rakyat Malaysia yang enggan mengambil dos ketiga kerana bimbang ada kesan buruk.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata 40% daripada mereka yang menerima temu janji untuk dos penggalak tidak datang mengambil suntikan itu.

Beliau memberi amaran individu seperti ini mungkin terpaksa mendapatkan rawatan di hospital dengan penyakit berkaitan Covid-19.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata vaksin Pfizer dan AstraZeneca disyorkan sebagai dos penggalak untuk semua jenis suntikan utama.

Bagi mereka yang menerima Sinovac sebagai suntikan utama, Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac adalah antara pilihan yang ada.

Prof Dr Moy Foong Ming mengesyorkan Pfizer atau AstraZeneca sebagai penggalak bagi penerima Sinovac kerana kombinasi itu lebih efektif berbanding vaksinasi homologi, di mana vaksin yang sama sebagai suntikan utama, digunakan.

“Apabila anda campur (dengan Pfizer atau AstraZeneca) keberkesanannya ialah 95%. Apabila anda ambil vaksin sama untuk Sinovac (keberkesanannya) hanya 75%,” kata profesor epidemiologi di Jabatan Sosial dan Perubatan Pencegahan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya itu kepada The Malaysian Insight.

“Malah di Singapura mereka menggalakkan rakyatnya mencampurkan dengan Pfizer, berbanding mengambil Sinovac,” kata Dr Moy.

Beliau berkata berdasarkan kepada data dari negara seperti Indonesia, Kemboja, Thailand, Singapura dan negara barat, tiada kesan teruk dilaporkan daripada vaksinasi heterologi.

“Daripada data yang diterima, ia menunjukkan mencampurkan vaksin menunjukkan keberkesanan lebih tinggi,” katanya.

Bagi mereka yang tidak boleh mengambil vaksin mRNA kerana kesan sampingan, Dr Moy mencadangkan mereka memilih Sinovac sebagai suntikan penggalak.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan penerima menerima vaksin yang ditawarkan tanpa mengira jenisnya.

“Saya fikir untuk Pfizer atau AstraZeneca, keberkesanan dos ketiga sangat baik, bukan seperti Sinovac yang keberkesanannya hanya 75%,” katanya ketika ditanya tentang pilihan bagi penerima vaksin berkenaan.

Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata rakyat sepatutnya diberi peluang untuk memilih dos penggalak pilihan mereka kerana semua vaksin penggalak termasuk Sinovac berkesan.

“Jadi saya fikir memandangkan vaksin Sinovac kini diluluskan sebagai dos penggalak, ia dapat memberikan rakyat pilihan.

“Walaupun data di Chile menunjukkan penggalak Pfizer lebih baik berbanding Sinovac, ia hanya data jangka pendek.

“Orang ramai masih bimbang tentang kesan jangka panjang vaksin mRNA, di mana tiada siapa boleh beri jaminan.

“Untuk saya, saya terima vaksin Pfizer. Jadi tiada masalah. Tetapi anda patut beri rakyat pilihan. Lebih pun semua vaksin penggalak nampak berkesan, termasuk Sinovac juga. Jadi, kenapa rakyat tidak boleh buat pilihan,” katanya. – 26 November, 2021.


SOALAN

WAJIB DAPAT

JAWAPAN

AMIN

BAGAIMANA

PENDAPAT INI

MUNCUL?

AMIN

SUDAHKAH 

DILAKUKAN

 PERCUBAAN ?

AMIN

PERCUBAAAN

MAKMAL DIMANA?

AMIN

BERAPA PULUH

RIBU WARGA TELAH

TERLIBAT DALAM

PERCUBAAN INI ?

AMIN

BILA PERCUBAAN

INI DIBUAT ?

AMIN

DALAM JOURNAL

PERUBATAN MANA

HASIL 

KAJIAN INI TELAH

DITERBITKAN ? 

AMIN 

JANGAN PAKAI 

LENTAM LENTUM 

KERANA

SYARIKAT UBAT

DAH BERI KOMISEN

AMIN

2 ulasan:

  1. Bro TT, sebenarnya sudah ada kajian terhadap mencampur vaksin. Sebagai contoh kajian yang dibuat di Sweden https://www.medicalnewstoday.com/articles/covid-19-vaccine-mix-and-match-benefits-of-an-mrna-second-dose#Gold-standard-study-reveals-best-protection-

    BalasPadam
  2. Konsep campur ni dah lama digunapakai sebenarnya cuma tak ramai yang tau. Dulu ubat batuk dorang minum campur dengan ubat nyamuk atau ubat gegat kendian yang terkini ketum pulak dorang campur dengan ubat batuk… dorang dh lama tau pasal dos penggalak ni

    BalasPadam