Sabtu, 13 November 2021

MELAYU TAK MAHU JADI ARAB

 




Pas tak pernah menang besar kerana bawa ideologi Islam yang ekstrem – Khaled

KUALA LUMPUR – Pas tidak pernah menang besar dalam mana-mana pilihan raya umum kerana kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia kerana parti itu membawa ideologi Islam yang ekstrem.

Naib Presiden UMNO,  Mohamed Khaled Nordin berkata, mereka tidak yakin Pas boleh menawarkan solusi untuk Malaysia dengan komposisi kemajmukannya yang kompleks. 

“Kerana itu, walau berpuluh tahun kewujudannya, dengan Islam yang dicanangkan sebagai landasannya sekalipun, majoriti orang Melayu tidak pernah menerima Pas sebagai parti yang boleh mewakili mereka.

“Sekarang Pas berkicau seolah-olah ia lebih ‘sederhana dari yang sederhana’. Tetapi rekod dan prestasi Pas jelas menunjukkan bahawa ia bukan parti sederhana,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) adalah satu pakatan kesederhaan yang ditubuhkan sebagai ‘perikatan menentang parti-parti ekstrem’.

Menurut Khaled, memandangkan Barisan Nasional (BN) adalah parti yang tidak berada dalam pakatan tersebut, secara tidak langsung beliau turut bermaksud bahawa BN adalah parti yang ekstrem.

“Sudah tentu pandangan sebegini tidak benar. BN bukan parti yang ekstrem atau menyokong ekstremisme. Jika tidak, mana mungkin selama 61 tahun rakyat Malaysia memilih BN dan bukannya Pas. Saya rasa semua orang tahu jawapannya,” kata Khaled.

Menurutnya, lihatlah rekod Pas, perikatan mana yang ia tidak pernah sertai untuk melunakkan persepsi radikalnya termasuklah merangkul erat DAP sebagai sekutunya.

“Jadi apabila parti di luar pakatan yang disertai Pas dilabel sebagai parti ekstrem, maka saya teringat bidalan orang tua-tua. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

“Kepada Pas dan PN, BN ada kelemahannya. Namun kelemahan BN bukannya kerana ia parti yang ekstrem.

“Sekali pun BN itu mungkin ada sisinya yang ‘ekstrem’, ekstrem BN itu bersebab dan berasas. BN ekstrem mempertahankan kemajmukan Malaysia. BN ekstrem menentang mereka yang khianat pada mandat rakyat dan meludah demokrasi dengan melompat sesedap rasa.

“BN ekstrem mengembalikan demokrasi dan memulihkan Malaysia dengan sebaiknya.

“Kepada ‘perikatan menentang parti yang ekstrem’ itu, alhamdulillah, akhirnya anda menyedari bahawa Malaysia ini majmuk dan sederhana. Tetapi kalau di hulu airnya keruh, tidak dapat tidak, di hilirnya keruh juga,” ujarnya.- 

MELAYU TAK

NAK JADI  ARAB

KAH KAH KAH

TAK NAK 

NAIK UNTA

AMIN

TAK NAK

MINUM AIR

KENCING UNTA

KAH KAH KAH

MINAH MELAYU

NAK MEMANDU

AMIN

MINAH MUDA NAK

NAIK MOTORSIKAL

AMIN

NAK ENJOI

HIDUP MODEN

AMIN

BUKAN NAK IDUP

CARA 1200 TAHUN

DULU

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan