Pemimpin muda DAP mahu Anwar lepaskan jawatan
PETALING JAYA – Beberapa pemimpin muda DAP mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan kepimpinannya dalan Pakatan Harapan (PH) dan PKR susulan kekalahan teruk parti itu dalam pilihan raya di Melaka.
Malahan, terdapat pemimpin muda parti itu yang mendesak kepimpinan pusat DAP untuk mempertimbangkan kemungkinan pengunduran daripada PH.
Setiausaha Pemuda Sosialis DAP, Eric Teh berkata, susulan kekalahan di Melaka, adalah jelas bahawa Anwar tidak lagi sesuai memimpin PKR atau PH.
“Adalah menjadi harapan bahawa kekalahan yang berlaku akan menyedarkan beliau untuk berundur dan menyerahkan kepimpinan kepada orang lain.
“Ini adalah untuk membolehkan perangkaan strategi yang baharu dengan segera, selain meningkatkan semangat untuk mendepani pilihan raya umum,” katanya seperti dipetik Sinchew Daily.
Katanya, pada ketika ramai pihak menyalahkan peratusan keluar mengundi yang rendah sebagai punca kekalahan PH, pakatan politik itu juga perlu bertanya kenapa penyokong asal mereka tidak keluar mengundi.
Setiausaha DAP Pahang, Lee Chin Chen pula berkata, PH tidak patut menerima katak politik dan mencipta pelbagai alasan untuk memunasabahkan penerimaan mereka.
Katanya, sandiwara politik yang menunjukkan tindakan tidak berprinsip menyebabkan pengundi Cina yang tegar menyokong PH sebelum ini kurang berminat untuk mengundi.
“Tanpa sokongan kuat pengundi Cina, maka kami kalah tipis di kawasan campuran,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui pula berkata, meninggalkan PH dan berjuang secara bersendirian merupakan salah satu pilihan buat DAP.
Katanya, keadaan itu akan mengelakkan DAP daripada menerima tempias rakan-rakan pakatan.
Menurutnya, rakan politik tidak bersuara secara tegas untuk kaum bukan Melayu dalam isu jenama Whisky Timah dan penutupan kedai nombor ramalan di Kedah.
“Jika prinsip kami berbeza, maka tidak perlulah kami berjuang bersama.
“Kalau begitu, bukankah lebih baik untuk DAP meninggalkan PH supaya kami boleh memperjuangkan nilai sejagat seperti kemajmukan, sekularisme, keadilan dan kebebasan?” katanya seperti dipetik Sinchew Daily. –
Sakitnya dipungkok kena tibai..sakitnya hati kalah pru melaka..sakitnya jiwa tgk abg non betsandiwara...sakitnya jantung tgk mat sapu ngan apek lim dicucuk idung...sakitttt weiii hidup kt tanah malaya...
BalasPadam