Rabu, 24 November 2021

TAKTIK NAJIB



Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh keputusan rayuan kes seleweng dana SRC

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Najib Razak untuk menangguhkan penyampaian keputusan rayuannya terhadap hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes salah guna dana SRC International Sdn Bhd.

Dalam surat ditandatangani timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron berkata permohonan Najib dan peguamnya Muhammad Shafee Abdullah untuk menangguhkan keputusan itu ke tarikh lain ditolak.

Mereka juga diarahkan untuk memastikan kehadiran di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 8 Disember seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Semalam, Najib memohon Mahkamah Rayuan menangguhkan penyampaian keputusan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukumannya yang dijatuhkan pada Julai tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur..

Najib disabitkan tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan kira-kira RM42 juta dana 1MDB melalui SRC International.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan tersebut sementara menunggu keputusan rayuannya.

Keputusan rayuannya dijadual akan diputuskan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember depan walaupun Najib memohon untuk menangguhkan keputusan itu ke satu tarikh lain berikutan lawatannya ke Singapura.

NAJIB NAK 

LAMBATKAN 

KEPUTUSAN

AMIN

NAJIB MAHU

ADA PRU15 AWAL

AMIN

LEPAS PRU15

KERAJAAN BARU

AKAN BATAL

SEMUA TUDUHAN TERHADAP NAJIB

AMIN

NAJIB NAK

JADI NAJIB

SEKALI LAGI

AMIN

MUSTAHIL MELAYU

TAK FAHAM

AMIN

NAJIB NAK MENCURI

SEKALI LAGI

KHALAS

1 ulasan:

  1. Gua rasa pelepasan mahkamah ke singapore utk najib keluar negara akan menjadi peristiwa besar. Dia akan lari tak balik2 ikut jolo. Tungguu! Kahkahkahkah

    BalasPadam