Jumaat, 19 November 2021

TERBAIK DARI PAKATAN HARAPAN

 



Pemimpin Pakatan cadang jumpa PM bincang MoU, kata Guan Eng   

PEMIMPIN-pemimpin Pakatan Harapan (PH) bercadang untuk berjumpa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada minggu hadapan bagi membincangkan memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan PH, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata hal ini kerana Memorandum Persefahaman ini perlu dikaji semula susulan isu ‘hadiah’ RM100 juta kepada bekas perdana menteri Najib Razak, yang dibangkitkan di Dewan Rakyat semalam ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat dasar, oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“(Saya) telah pun berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu semalam, kami bertiga bersetuju ini tidak selari dengan MOU yang kita tandatangani dengan pihak Kerajaan Persekutuan.

“...kami bertiga buat keputusan untuk minta satu perjumpaan dengan perdana menteri mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang media di Melaka hari ini.

Disoal mengenai kemungkinan ketiga-tiga gabungan parti iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PH tidak boleh membentuk kerajaan kerana gagal memperolehi majoriti, beliau berkata PH akan berbincang bersama parti-parti komponen PH sebelum sebarang keputusan dibuat.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November, manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November, ekoran pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lepas susulan empat ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali. – Bernama, 19 November, 2021.


 

LANGKAH BIJAK

TERBAIK DARI

PAKATAN HARAPAN

AMIN

 TANYA SABRI

KENAPA DIA BERI

NAJIB TANAH

AMIN

NAJIB TELAH 

JATUH HUKUM

AMIN

ASAK SABRI

SAMPAI UNTUK

HORMAT

KEPUTUSAN 

MAHKAMAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. Pakatan Harapan main wayang kulit saja. Ketua pembangkang taraf menteri senyap masa diParlimen. Guan Eng dan Mat Sabu pun senyap. Kalau parti lain dan menteri tak bantah dulu, Pakatan Harapan akan buat tak tahu saje. Kan dia orang dah ada "MOU" dengan UMNO.

    BalasPadam