Sabtu, 25 Disember 2021

APA MAKNANYA INI ?

 




Umno tangguh perhimpunan agung susulan banjir, kata Ahmad Maslan

UMNO menangguhkan perhimpunan agung tahunannya bagi 2021 yang dijadual berlangsung pertengahan Januari ini susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri sejak minggu lalu, kata setiausaha agungnya Ahmad Maslan.

Penangguhan itu dipersetujui oleh pucuk pimpinan termasuk jawatankuasa pengurusan parti dan Majlis Kerja Tertinggi Umno, katanya.

“(Penangguhan) Ini disebabkan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.

“Ada beberapa bahagian seperti Kota Raja dan Klang masih tidak dapat mengadakan mesyuarat perwakilan bahagian kerana dilanda musibah banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

Semua 191 bahagian Umno sepatutnya mengadakan mesyuarat serentak pada 18 Disember, hari yang sama banjir melanda terutamanya di beberapa daerah di Selangor.

Ahmad bagaimanapun tidak menyebut tarikh baharu Perhimpunan Agung Umno 2021, yang sepatutnya berlangsung pada 12 hingga 15 Januari ini.

Dalam pada itu, Ahmad merakamkan dukacita Umno terhadap rakyat yang terkesan akibat bencana dan ini.

Beliau berharap jentera Umno dan Barisan Nasional serta kerajaan negeri dan pusat terus membantu mereka.

Hujan lebat yang berterusan sejak 16 dan 17 Disember menyebabkan beberapa bahagian di Lembah Klang terutamanya Shah Alam, Klang dan Hulu Langat dilanda banjir teruk, dengan air di sesetengah tempat menenggelamkan bumbung rumah.

Banjir juga melanda beberapa negeri lain antaranya Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu, dan Pahang.

Setakat ini sekurang-kurangnya 41 orang disahkan meninggal dunia sementara lapan lagi masih hilang. – 25 Disember, 2021.

 

APA MAKNA

BERITA INI?

AMIN

MAKNANYA

ZAHID AKAN

TERUS  JADI

PRESIDEN

AMIN

MAKNANYA

SUSAH UNTUK

SABRI 114

GANTI ZAHID

AMIN

MAKNANYA

POLITIK  

GEROMBOLAN

POLITIK BANDUAN

MAKIN MENARIK

KHALAS





1 ulasan:

  1. Orang mati KOBID kah, orang mati BANJIR kah apa mereka peduli? Buat lah apa mahu tangguh mangguh Bro? Kalau 3.8 pointer cakap semua tersungkur kerana orang bijak pandai, dalam alam ini bukan senang dapat 3.8 pointer Bro, kah kah kah hidup mati politik hidup mereka, cari makan mereka, periuk nasik mereka, sama sama kita sokong semuanya untuk kebaikan Amin kah kah kah

    BalasPadam