RM150,000 sebulan untuk penasihat khas PM, kata kerajaan
KERAJAAN membelanjakan RM150,000 setiap bulan untuk mengekalkan tiga penasihat khas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Latiff Ahmad.
“Kos bulanan bagi setiap pejabat penasihat khas mencecah RM50,000 setiap satu. Ini termasuk gaji dan emolumen untuk penasihat khas serta pegawainya,” kata ahli Parlimen Mersing itu dalam jawapan bertulis kepada Parlimen semalam.
Beliau berkata pegawai berkenaan adalah mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang berkaitan dengan skop tugas mereka.
Menurut Latiff tiga peranan penasihat khas adalah untuk undang-undang dan hak asasi manusia, agama dan kesihatan.
Tambahnya kerajaan masih dalam proses melantik penasihat khas kesihatan itu.
Pada 2 Oktober lepas Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said dilantik sebagai penasihat khas bagi undang-undang dan hak asasi manusia manakala bekas menteri hal ehwal agama Jamil Khir Baharom dilantik sebagai penasihat khas agama awal minggu ini.
Latiff menjawab soalan Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu-Pejuang) yang mempersoalkan jumlah penasihat khas perdana menteri dan kos yang terlibat. – Bernama, 2 Disember, 2021.
Perkara paling susah untuk berfikir, kalau majoriti rakyat mula berfikir pasti negara akan maju, tetapi otak fikir ini sudah dibonsai sejak sekolah lagi, fikiran bonsai dari sekolah agama, sekolah Kebangsaan sekolah jenis Kebangsaan sekolah international haram halal rasuah projek kroni kaum agama semua menjadi rojak sampai begini, susah susah atur tiada nilai tiada kemajuan, akhirnya masing masing membawa haluan selepas 64 tahun Merdeka fikiran Masih tahap penjajah, pecah perintah diteruskan dibawah naungan duli baginda queen united organization kah kah kah
BalasPadamGaji RM150,000 murah. Penasehat Najib dulu, si fatty-bom-bom , gaji dia ber billion billion.
BalasPadamPatut Sabri lantik Lokman Lobak sbg pemikir PMO.Nanti semua monteri blh tidur kek rumah.Lokman Lobak blh fikur itk semua hal..Ptui..
BalasPadamtime utk pau ismail bera..ismail ni lemah lembab..penasihat sb nak pau duit rakyat sblm kalah pru nnt..tp sure ke umno kalah pru nnt? hanya anwar saja yg terima katak berprinsip..dari dulu lagi ismail sabri yg ada masalah berfikir..makan telur penyu ketika jadi mennteri dan tak tahu pasal larangan penjualan telur ...tp apa nak buat, jadi puppet pun bole jd pm, bodoh banggang pun bole jadi pm..lu tgk anwar, abuk pun tarak..anwar patut asak ismail sabri bukan buat mou..ckp diparlimen tak guna dah sb art harun ada sbg pencacai taik cari makan..melayu tak makan babi, melayu makn rasuah..anwar wajib buat gerakkan demo besar2an..jgn ditakutkan covid.kes akan naik tp kadar pulih juga akan naik..anwar ada byk duit, sediakan keperluan2 ketika pendemo kena kurantin..kadar pengunna katil dihospital masih berkurang, maeps takda org..kumpulkan pendemo bikin demo..kalo semua fasiliti anwar bole adjust, mesti ramai dtg mnolong..bukan demo nak suh madey letak jawatan je..mana media pkr,media PH..lu org patut jadi mcm media KJ, kipas ampu dan kipas biar kj nampak suci dimata nurul..anwar dah tak main belakang ujar kj sambil tersenyum kenyitkan mata kat nurul..puiihhh...
BalasPadam