Khamis, 2 Disember 2021

BERITA BAIK UNTUK KITA


BERITA BAIK

UNTUK KITA

AMIN 

 Tiada varian Omicron dikesan dalam negara 

setakat ini,  Adham


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) mengesahkan tiada varian Omicron Covid-19 dikesan di Malaysia sehingga kini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba berkata hasil itu diperoleh berikutan aktiviti kajian penjujukan genom yang dilakukan oleh tujuh makmal termasuk Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).

“Sehingga semalam, sebanyak 5,651 sampel telah dianalisis dan 3,885 sampel dikenal pasti sebagai varian jenis Delta manakala dua sebagai subvarian AY4.2 yang dikesan bulan lepas



97% dewasa,

 86.2% remaja

 lengkap divaksinasi

Sebanyak 97% atau 22,698,593  individu dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 98.4% atau 23,034,278 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 86.2% atau 2,712,550 populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 89.8% atau 2,824,704 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan