Ahad, 19 Disember 2021

BERKHALWAT HARI KE 639

 



KHALWAT K3 639
SABTU  19/12/2021
KITA MASUK KE HARI 639
BERKHALWAT

PKP 4.0
ANGKA NAIK 4000+++
VIRUS WUHAN OMICRON
DAH MASUK

PRN SARAWAK SELESAI
KEPUTUSAN DAH KELUAR
GUA DAH CAKAP
ADA YANG DAPAT
TELOR PENYU
KAH KAH KAH

SAPERTI YANG DIRAMAL
PKR DAPAT
BANYAK TELOR PENYU
AMIN

BANJIR
DATANG 
HUJAN TAK HENTI HENTI
INI TANDA PEMANASAN DUNIA
KLANG & SHAH ALAM TEROK
KELANTAN  GANU PAHANG
KEDAH NEGERI SEMBILAN
SEMUA DILANGGAR BANJIR
AMIN

PAGI INI RENYAI
UDARA SEGAR & BASAH
LECAH SANA SINI
JALAN BERAYER

KL & KL SENTRAL
DI SELAPUTI KABUS TEBAL
YANG DIBAWA HUJAN

MATAHARI TIDAK KELIHATAN
AWAN MENDUNG MASIH DILANGIT
WALAU PUN TIDAK GELAP ITAM

GUA MENUNGGU MATAHARI
AMPIAN KAIN BAJU BASAH
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN
LU TAK KENA BAYAR
PERCUMA UNTUK
TERSENYUM GEMBIRA
KITA LAHIR KEMBALI
UNTUK BERBUAT BAIK

BRO
BUKU KITA JADIKAN
KAPAK UNTUK
MEMMECAH RUYUNG
YANG MEMBALUTI KITA

BRO
JANGAN TUNDUK
JANGAN CAIRKAN
JANGAN SUNTING ROH KITA
UNTUK IKUT FESHEN TERKINI
TAPI
IKUT SEGALA OBSESI
DAN KEGILAAN TANPA 
BELAS  KASIHAN

BRO
ANAK MUDA TERUS GEMBIRA
KERANA DIA MELIHAT KEINDAHAN
SESIAPA  TERUS DAPAT
MELIHAT  KEINDAHAN
TIDAK AKAN  JADI TUA

BRO
 BEBASKAN DIRI
UNTUK MERAYAU SESAT

BRO
MAKNA HIDUP
IALAH
HIDUP INI TANPA NOKTAH

BRO
SEMUA BAHASA INI
ADALAH PENTERJEMAH
YANG GAGAL

BRO
YAKIN DAN PERCAYA
PADA SESUATU YANG BELUM WUJUD
KERJA KERAS UNTUK MEWUJUDKAN
BENDA YANG TAK WUJUD ITU
SEBENARNYA
KITA TIDAK BERAHIKANNYA

BRO
DENAI ITU
WUJUD KERANA
DILALUI

BRO
ADA MAT BEBAL
YANG BAGITU YAKIN
KERANA DIRINYA BEBAL

BRO
UNTUK SELESAIKAN 
MASALAH BIAR
DIA MEMAMAH KITA DULU

BRO
CINTA ITU
IALAH PISAU
YANG  LU TIKAM
DIRI LU SENDIRI

BRO
LEBIH BAIK KITA ADA
UNTUK DIPERLUKAN
DARI DIPERLUKAN
TAPI TAK ADA

BRO
ADA YANG MENGATAKAN
KEJAHILAN ITU KEBAHAGIAN
INI SALAH

BRO
BILA DUDA
KAHWIN JANDA
ADA EMPAT ORANG
ATAS KATIL
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan