Isnin, 20 Disember 2021

BERKHALWAT HARI KE 640

 



KHALWAT KE 640

SENIN  20/12/21
KITA MASUK KE HARI 640
BERKHALWAT

PKP 4.0
ANGKA MASIH 4000+++
BELUM MENURUN
SETIAP HARI 4000+++
DI SERANG MAT KOBID

TENTANG OMICRON
MASIH BELUM JELAS
HEBOH MACAM NAK RAK

APA YANG JELAS
JANGKITAN CEPAT MEREBAK
UNITED KINGDOM & BELANDA
AKAN BERKURUNG
SENIN INI WARGA UK
TIDAK BOLEH MASUK FRANCE
LARANGAN AWAL

EROPAH MUNGKIN
AKAN BERKURUNG LAGI
AKIBAT OMICRON
AMIN

PRN SARAWAK SELESAI
BANJIR MELANDA
MEDIA TAK HEBOH TENTANG
SARAWAK TAPI HEBOH PASAL
BANJIR

PKR DAPAT TELOR
ANWAR DI KATAKAN 
MENULIS SURAT NAK LETAK JAWATAN
TAPI SURAT INI
DI UMUMKAN SEBAGAI
PALSU

PALSU MACAM MANA
TIDAK JELAS DITERANGKAN
TAPI APA YANG JELAS
IALAH ANWAR
MENJADI PEMENANG TELOR PENYU
KAH KAH KAH
AMIN

PAGI INI H0KKIEN INDAH
CUACA MOLEK
LANGIT BIRU
DI BANTU OLEH AWAN PUTEH
JALAN KERING
MATAHARI DAH KELUAR

UNGGAS BERLAGU
MURAI BERKICAU
BURUNG HOW WOW MELAUNG
PIPIT BERTERBANGAN
CENGKERIK BERSIMPONI
TIONG BERCEKAK
TERKUKUR BERIRAMA

GAGAK DAN JANTAN
TIDAK  DIDENGARI
MUNGKIN MASIH SEJUK

KL & KL SENTRAL CERAH
SEBUAH HELI MELINTAS
ATAS HOKKIEN
MUNGKIN DARI SHAH ALAM
KE SUNGAI BESI

SEMUA KELIHATAN INDAH
SEOLAH-OLAH
DUA HARI DULU
TAK ADA APA BERLAKU

PAGI SENIN INI
PANAS YANG MENJANJAIKAN
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI YANG INDAH INI

BRO
TUHAN BERI KITA
BUAH DURIAN
TAPI KITA WAJIB 
MEMBELAHNYA

BRO
SEJARAH TAMADUN MANUSIA INI
ADALAH MEMILIH  DARI DUA JALAN
YANG WAJIB DIAMBIL
SERTA MERTA
OLEH PENGEMBARA

BRO
HA HA
SAMPAI SATU TAHAP
NAK PANCUT
KITA TAK BOLEH LAGI
NAK TAHAN TAHAN
WAJIB MARA KE DEPAN

BRO
SELAGI LU ADA
MAKANAN DALAM MULUT
LU BOLEH SELESAIKAN
SEMUA PEKARA
UNTUK MASA ITU

BRO
MENULIS DAIRI INI
UNTUK MELIHAT AKAN
PERUBAHAN KITA
SETIAP HARI

BRO
KALAU GUA TULIS
ATAS KERTAS INI
' BOLEH CIUM SAYANG'
LEBIH BAIK GUA
BUKA TINGKAP DAN 
CIUM UDARA SEGAR

BRO
PENGANGGU
IALAH SETAN

BRO
MULA KAN DENGAN
MEMBUAT YANG BETUL
BUKAN MEMBUAT
APA YANG DITERIMA RAMAI

BRO
ADA DUA PEKARA
BENAR & BOHONG
KEBENARAN TIDAK DAPAT
DI BELAH BAHAGI
JUSTERU
TIDAK DAPAT DIKENALI
SESIAPA NAK KENAL KEBENARAN
PASTI BERBOHONG

BRO
DURI DURI
YANG MENGHALANG 
DI ATAS JALAN ITU
WAJIB DIBAKAR
UNTUK MENERUSKAN
PERJALANAN

BRO
PERJALANAN ADALAH
LEBIH NIKMAT 
DARI SAMPAI

BRO
LAWAN MARAH 
DENGAN KASIH SAYANG
LAWAN BEBAL
DENGAN PENCERAHAN
LAWAN PUTAR
DENGAN KEBENARAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan