Isnin, 6 Disember 2021

BETUL KE INI ?

 




Isu MH370 kembali tular selepas dakwaan lokasinya ditemui

KUALA LUMPUR – Isu mengenai misteri kehilangan MH370 kini kembali diperkatakan selepas ada pihak mendakwa telah menjumpai pesawat berkenaan menggunakan teknologi terkini.

Baru-baru ini seorang jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey mendakwa kemungkinan besar MH370 berada di lautan Hindi dengan kedalaman 4, 000 meter seperti dilaporkan media antarabangsa termasuk BBC dua hari lalu.
 
Godfrey mendakwa telah menghabiskan lebih setahun membuat kajian dan ‘mengira’ di mana MH370 terhempas.

Beliau percaya Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi 2,000 km barat Perth, Australia Barat dan kerja-kerja mencarinya sesuai dilakukan mulai tahun depan.

Penularan berita itu menjadi trending di seluruh negara termasuk Malaysia.

Bagaimanapun belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa di negara ini.

Pesawat itu hilang daripada radar semasa penerbangan pada Mac 2014 dan kehilangan pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan anak kapal merupakan salah satu misteri penerbangan terbesar di dunia.- 





BETUL

KE NI ?

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan