Khamis, 16 Disember 2021

CUI BONO - SAPA UNTUNG

 


Kerugian forex Bank Negara berbeza daripada skandal 1MDB Najib, kata Dr Mahathir

KERUGIAN pertukaran wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia pada akhir 1980-an hingga awal 1990-an berbeza dengan kerugian 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) yang dialami di bawah Najib Razak, kata Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri ketika itu berkata apabila kerugian diketahui umum, perkara itu dibawa ke Parlimen untuk dibincang dan dibahaskan.

“Ini tidak seperti reaksi Najib terhadap fitnah 1MDB apabila Parlimen diarahkan untuk tidak membenarkan isu itu dibentangkan apatah lagi dibincangkan,” katanya dalam satu catatan di blognya.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata Najib terus menyalahkannya dan terus menyebut tentang kerugian - dilaporkan kira-kira RM30 bilion.

“Semasa beliau menjadi perdana menteri beliau menubuhkan suruhanjaya diraja untuk meneliti peranan yang didakwa saya mainkan dalam menutup kerugian berkenaan.

“Tuduhan itu hanya secara lisan. Seorang pegawai bank menyatakan Bank Negara kerugian RM30 bilion melalui perdagangan mata wang. Bank menyembunyikan kerugian dan kononnya saya juga menyembunyikan kerugian.

“Saya tidak terlibat dalam operasi sebenar bank itu. Jika benar wang itu hilang, siasatan sepatutnya berkaitan dengan operasi bank itu,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata pegawai tertinggi Bank Negara berulang kali menegaskan mereka tidak melaporkan kepada perdana menteri atau menteri kewangan mengenai kerugian forex serta bersedia untuk bertanggungjawab.

“Semua fakta ini boleh didapati dalam rekod awam. Dalam analisis akhir, adakah terdapat bukti saya sudah mendapat manfaat daripada kerugian tersebut?

“Saya percaya prinsip cui bono yang mendapat manfaat, terpakai. Adakah sebarang wang masuk ke dalam akaun saya? Jelas sekali, tiada,” katanya.

Beliau berkata situasi itu bagaimanapun tidak sama dengan skandal 1MDB di mana wang itu berada dalam akaun Najib.

“Dalam kes 1MDB dan SRC berjuta-juta masuk ke dalam akaun Najib dan dia dengan senang hati membelanjakan wang itu untuk kepentingan peribadinya.

“Ini adalah keputusan mahkamah dan dia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan,” katanya.

Dr Mahathir memberi maklum balas terhadap rujukan Najib baru-baru ini mengenai kerugian forex sejurus selepas beliau kalah dalam rayuannya untuk membatalkan sabitan bagi pertuduhan berkaitan dana RM42 juta yang dikaitkan dengan 1MDB yang ditemui dalam akaun bank peribadinya.

Najib menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai kerugian forex yang berlaku antara RM1987 dan 1992 dengan Dr Mahathir dipanggil sebagai salah seorang saksi.

RCI bagaimanapun tidak diteruskan berikutan kejatuhan Najib daripada kuasa pemerintahan. – 16 Disember, 2021.

CUI BONO

KHALAS

GUA UDAH BILANG

BANYAK KALI

CUI BONO

AMIN

IKUT DUIT ITU

MANA DIA 

BERAKHIR

 AMIN

MASUK DALAM

AKAUN SAPA

AMIN

YANG MENERIMA

AKHIR ITULAH

KEPALA PENCURI

AMIN

MASUK 

AKAUN MADEY

ATAU MASUK

AKAUN NAJIB

ITULAH PRINSIP

CUI BONO

AMAT SENANG

DIBONGKAR

AMIN

SAP SAP SUI

KHALAS

1 ulasan:

  1. Kalau pencuri cakap sama macam ustaz dakwa dakwi jumpa Malaikat, kah kah tak boleh percaya, bapak anak sama perangai, dari rumpun sama golongan free loader demi agama bangsa negara konon lah kah kah kah kecurian rasuah sejak Merdeka sampai mini, syukur negara dan rakyat masih bertahan kerana semuanya demi ketuanan Amin Syukur kah kah kah

    BalasPadam