Dos penggalak setiap enam bulan atau setahun
KUALA LUMPUR – Dengan kemunculan varian Omicron yang lebih mudah menjangkit berbanding Delta, pakar-pakar perubatan menjangkakan orang ramai mungkin perlu menerima dos penggalak vaksin secara berkala atau secara tahunan.
Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, Omicron boleh menjangkit lebih ramai orang dan varian itu juga sudah merebak ke 68 negara dan kawasan.
Beliau berkata, Malaysia kini seakan-akan menunggu masa untuk berlakunya jangkitan tempatan.
Beliau memberitahu China Press, sesetengah negara seperti England telah memendekkan tempoh penerimaan dos penggalak daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk meningkatkan antibodi.
Ditanya keperluan menerima dos keempat dan kelima selepas kesan vaksin menurun, Dr. Sharifa berkata, keadaan itu boleh berlaku sebagaimana orang ramai menerima vaksin influenza setiap tahun untuk menentang varian yang berbeza.
Beliau turut menjangkakan Omicron akan menggantikan Delta sebagai varian utama, seperti mana Delta pernah menggantikan Alpha, Beta dan Gamma sebelum ini.
Sementara itu, Profesor Dr. Moy Foong Ming dari Universiti Malaya juga berpendapat bahawa orang ramai perlu bersiap sedia untuk menerima dos penggalak setiap enam bulan atau setiap tahun.
Beliau berkata, keadaan itu berlaku bukan kerana vaksin tidak berkesan, tetapi kerana kesannya menurun selari dengan peredaran masa.
Hujung projek Vaksin satu projek berjaya, setiap hari duit masuk kiri kanan, kerajaan tanggung ker atau rakyat kena bayar? KERA dapat duit Dari mana, Dari langit atau bumi ? Mana ada KERA begitu lah kah kah nak tipu pun biar terus terang, rasuah number one perogol number one perompak number one tapi Vaksin elek elek tak ada kab kah kah untung lah khairy nasib labu lah kan kah kab kah
BalasPadam