Khamis, 9 Disember 2021

KE BUKIT TINGGI

 

KE BUKIT TINGGI

Ketua Pengarang commented on

 "HARI INI 

KE BUKIT TINGGI"

oi sibuk melancong pegi sumatera sampai tak update blog.. banyak duit ye boleh melancong… sosialis apa kaya raya? kah kah kah!


Unknown commented on

 "HARI INI

 KE BUKIT TINGGI"

Towkay, bila buka kedai? Asyik bercuti, bila start kerja?


Jigit commented on 

"HARI INI 

KE BUKIT TINGGI"

Tuan TT ni orang nak berdemontrasi bila Najib dibebaskan, dia lari ke Bukit Tinggi pulak...


Unknown commented on 

"HARI INI 

KE BUKIT TINGGI"

selamat jalan selamat pergi dan balik. zihaban wa iyyaaban.


Ketua Pengarang commented on 

"HARI INI 

KE BUKIT TINGGI"

banyak duit kau boleh melancong ke luar negeri..

NOTA

TULISAN DI BAWAH INI
TELAH DIPILIH
PENULISNYA TELAH
DIJEMPUT  DATANG
BERCUTI DI BUKIT TINGGI

BUKIT TINGGI INI
HANYA 40 MINIT DARI GOMBAK

SAYA SIARKAN SEKALI LAGI
TULISAN ITU

NOTA
SOSIALIS ITU
SISTEM EKONOMI
YANG BERTENTANGAN
DENGAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS
PENGANUT FAHAMAN INI
TIDAK DIWAJIBKAN MISKIN
ATAU
DIWAJIB PAKAI SELIPAR
ATAU
HIDUP DALAM PAPA KEDANA

SILA AMBIL PERHATIAN
DALAM DUNIA 
DARI DULU SAMPAI SEKARANG
ADA TIGA KUMPULAN
YANG PALING BERPENGARUH
PETAMA : YAHUDI
KEDUA : GAY & HOMOSEXUAL
KETIGA : KAUM KIRI KOMUNIS & SOSIALIS

KUMPULAN INI BERPENGARUH
KERANA MEREKA BIJAK
MEREKA BIJAK KERANA
MEREKA MANGSA PENINDASAN

KOMPUTER YANG
SEDNAG KITA GUNAKAN INI
ADLAH BJUAH FIKIRAN
SEORANG HOMOSEXUAL

JELAS
TIGA KUMPULAN UMAT MANUSIA
INILAH
YANG  SEDANG MENGGARISKAN
PERJALANAN  DUNIA
AMIN



 KITA BERJALAN

BUKAN UNTUK SAMPAI 

Seratus tahun dari hari ini jika bumi ini masih wujud maka hendaknya akan adalah anak muda yang terjumpa apa yang saya tulis ini. Ini adalah ingat ingatan perjalanan fikrah hidup  merakam sejarah.  Kesah pejalanan ini sama  saperti apa yang telah dilakukan oleh Tun Sri Lanang 400 tahun dahulu dalam Sulalatus Salatin. Saya juga memiliki niat yang sama hendaknya. Amin.

Ketika saya menulis perjalanan fikrah saya ini – 28 April 2020 – sebanyak 210 buah negara dan wilayah sedang diserang oleh Covid-19. Berbilion umat manusia sedang berkurung - berkhalwat. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berjalan. Umat manusia sedang akur mengamalkan jarak sosial untuk menjauhkan diri dari virus Corona. Statistik menunjukkan seramai 3,064,225 telah dihinggapi oleh Corona. Seramai 211,573  telah tewas.  Seramai 922,387 telah diselamatkan. Amin.

Saya juga sedar  tentang tangisan Ibu Pertiwi – Bumi Manusia atau Mother Earth. Ibu Pertiwi telah memberi amaran kepada anak , cucu dan cicit. Ibu Pertiwi telah memberi ingatan. Apa yang sedang berlaku hari ini belum pernah berlaku. Awas dan waspada. Ini bukan bermakna sesudah Covid-19 dilunturkan dan ditewaskan maka kita semua selamat untuk kembali berjoget dan berdansa.

Tidak. Jangan berangan-angan. Umat manusia jangan berkhayal. Sedarlah Covid -19 ini hanya permulaan. Virus, hama dan busung-busung baru akan muncul. Serangan yang akan datang ini lebih hebat, lebih mudarat, lebih ganas dan lebih pantas untuk membunuh umat manusia.

Betulkah? Atau ini hanya propaganda untuk menakut-nakutkan umat manusia? Apakah ada gajah di belakang kancil? Ada projek untuk jual ubat? Atau ini hanya cubaan mengolah persetujuan agar kita semua akan tunduk mengikut arahan?

Ini bukan propaganda.

Tetapi persoalannya, apakah umat manusia ada jalan selamat dari busung, hama dan virus. Manusia memiliki fikrah hingga boleh naik ke bulan. Mustahil fikrah manusia tidak berupaya mencipta ubat-ubatan untuk menewaskan virus, hama dan busung.

Sikap manusia moden hari ini ialah sentiasa berbangga dengan fikrahnya. Manusia moden angkuh dengan ilmu pengetahuan. Manusia moden percaya kemodenan mereka akan memunculkan jalan selamat.  

Kita semua tebeliak mata penuh takjub  bila mendengar pada 7 Mac 2009 National Aeronautics and Space Administration (NASA) telah menghantar teleskop bernama Kepler ke angkasa raya. Tujuannya untuk mencari planet yang menyerupai bumi. Apakah ini persediaan untuk menyelamatkan diri dari Bumi Manusia ini bila busung baru sampai?

Sebenarnya kita tidak perlu ke angkasa raya untuk selamat. Di bumi ini sedia wujud jalan selamat untuk umat manusia. Jalan selamat untuk kesejahteraan umat manusia sentiasa terbuka. Jalan itu ada – jalan itu sedang kita berjalan diatasnya.

Ah! Kenapalah tidak sedar.

Jalan selamat ini bermula dengan kesediaan umat manusia menerima hakikat bahawa kepala angin segala virus dalam alam semesta ini adalah manusia sendiri. Manusia wajib menerima hakikat bahawa manusia adalah virus. Manusia ialah hama. Manusia ialah busung. Manusia moden adalah busung yang amat merbahaya kepada umat manusia dan kepada Bumi Manusia. Amin.

Kenyataan demi kenyataan – saranan demi saranan – ingatan demi ingatan telah diumumkan kepada umat manusia. Kajian demi kajian. Dari gedung ilmu ini ke gedung ilmu itu. Dari kajian ilmuan benua ini kepada kajian ilmuan benua itu. Hampir setiap tahun ada sahaja para ilmuan, para pakar dan para saintis memberi ingatan. Setiap tahun data diumumkan kepada umat manusia. Tetapi umat manusia tidak ambil port. Umat manusia terus kenduri kendara – berjoget berdansa.

Umat manusia sombong dan angkuh dengan gaya hidup moden. Gaya hidup moden yang rancak dan ranggi ini melalaikan umat manusia. Manusia berdengung khayal ketagih dengan candu yang dipanggil 'consumer'. Umat manusia terus gian untuk menjadi pembeli, pengguna dan pemakai.

Membeli dan memiliki ini menjadi teras tamadun moden. Tamadun consumer ini difatwakan sebagai yang soheh, yang soleh dan yang afdal. Tamadun ini sahajalah yang boleh menjamin kesejahteraan umat. Gaya hidup lain, yang bercawat dan bogel dianggap tamadun kuno dari kitab ajaran sesat.

Justeru ketika umat manusia moden berkhayal, dunia semakin panas. Karbon semakin meninggi. Oksigen semakin kotor. Air semakin tercemar. Sungai semakin kering. Laut semakin mengampuh. Angin semakin ganas. Taufan semakin gila. Hujan semakin lebat. Sawah semakin kering.  Hutan semakin kurang. Kereta semakin banyak. Plastik semakin menggunung.

Sebenar-benarnya umat manusia inilah ibu segala virus. Umat Manusia ialah kepala busung segala busung. Manusia adalah hama segala hama. Umat manusia yang sedia ada hari ini seperti Corona sedang membaham Bumi Manusia.

Serangan Covid-19 yang ketika ini sedang melanda 210 buah negara berpunca dari virus bernama manusia.

Yakinlah – pasca Corona jika kedai akan dibuka semula, kilang akan beroperasi, perniagaan macam biasa, maknanya - business as usual -  meniaga saperti dulu. Jika ini sikap manusia pasca Corona maka umat manusia akan menuju jahanam. Saya cukup yakin dengan kenyataan perjalanan fikrah  saya ini. Masa akan membuktikan saya tepat. Rakaman sejarah saya ini sebagai bukti.

Ketika saya menulis perjalanan ini – ketika pembaca selesai membaca satu perenggan tulisan saya - sebanyak 24,000 tan air batu telah cair. Air yang cair ini masuk ke laut. Setiap saat air laut bertambah sebanyak 10 biji air kolam renang skala olimpik. Warga Bagan Datuk, Tanjung Piai dan Telok Intan sila berwaspada.

Selesai sahaja pembaca membaca satu perenggan tulisan saya ini bermakna 150 ekar hutan dara telah musnah. Setiap saat, setiap hari 150 ekar hutan musnah. Seluas 200,000 ekar hutan hujan tropika dibakar setiap hari. Seluas 78 juta ekar hutan dara dimusnahkan setiap tahun. Lebih 20 peratus hutan hujan tropika Amazon telah musnah. Waspada Sabah dan Sarawak. Hutan dara Kelantan telah habis dijual.

Aduh ! Lihatlah !

Warga Australia baru sahaja selesai melihat hutan kampung mereka terbakar. Sayugia diberitahu bahawa kebakaran hutan ini hanya 15 peratus berlaku secara 'natural' – kerana petir dan kilat. Kebakaran 95 peratus lagi adalah akibat virus yang bernama manusia.

Pada akhir bulan Januari 2020 - di Victoria dan New South Wales cuaca meledak panas. Kebakaran bermula secara natural – panahan petir. Tetapi akhbar Sydney Morning Herald telah melaporkan seramai 183 manusia telah ditahan dan 24 manusia ini telah didakwa kerana memulakan pembakaran.

Hutan di Australia ini terbakar selama 3 bulan. Seluas 27.2 juta ekar hutan telah terbakar. Statistik menunjukkan 20 peratus hutan Australia telah musnah terbakar. Kebakaran tahun 2020 ini paling besar dan belum pernah berlaku.

Rumah Mat Koala dan Siti Kangaroo musnah terbakar. Impian mereka untuk hidup bahagia beranak pinak dalam hutan  Eucalyptus kini tinggal debu.

Dalam perjalanan kita ini saya berani membuat kenyataan bahawa kebakaran di Australia, di California atau dimana sahaja adalah kerana manusia. Manusia adalah punca kebakaran ini walaupun mancis api diguris oleh kilat dan petir.

Saya menuduh manusia sebagai pembakar kerana manusia menjadi punca dunia kita hari ini semakin panas berdebu. Umat manusia tidak boleh menafikan tuduhan ini. Buktinya amat jelas. Apabila suhu di Sydney naik ke paras 48.9 darjah centigrade atau 120 darjah Fahrenheit - ini kepanasan yang belum pernah dirakamkan. Virus manusia moden menghasilkan kepanasan dunia sedemikian rupa. Amin.

Dalam satu minggu saya membuang sampah sarap hampir 4 kilogram. Sisa makanan dan plastik menjadi sampah utama dari saya. Saya tidak tahu apa terjadi kepada sampah yang saya masukkan ke dalam tong sampah moden ini. Moden kerana tong sampah ini ada tiga bahagian – untuk plastik, kertas dan sisa makanan. Tong sampah ini berniat moden untuk menjaga alam sekitar Bumi Manusia.

Pada hemat saya tujuan tong sampah moden ini hanya untuk menyedapkan hati saya. Untuk melalaikan saya agar terus menjadi virus. Agar saya terus mengagungkan budaya consumer. Untuk membuktikan bahawa saya manusia moden yang sedar akan alam sekitar. Saya mahu memperlihatkan bahawa saya bukan virus, tapi sosok yang bertanggungjawab. Pooorah! Semua ini sandiwara consumer budaya moden.

Ketika saya menulis perjalanan ini dan merakamkan sejarah ini kajian telah memaparkan data bahawa setiap tahun 8 juta tan… saya ulangi… 8 juta tan plastik telah masuk ke dalam laut. Hari ini plastik adalah 80 peratus sampah dalam laut. Yang 20 peratus lagi adalah tayar, besi dan pelbagai apparatus peralatan manusia moden.

Akibat dari ini kemalangan yang maha sangat sedang berlaku kepada Sang Laut tempat umat manusia menumpang makan. Laut jadi kotor.  Ikan mati. Rumpai mati. Bila rumpai mati plankton ikut mati. Bila plankton mati, ikan mati kebulur. Apabila nelayan memasang pukat yang masuk hanyalah Plastik Botol bin Plastik Bakul. Nelayan hanya menunggu masa untuk mati.

Kebakaran hutan hujan tropika, pencairan glazier, alam sekitar semakin kotor, sampah sarap plastik menggunung, udara semakin tercemar – semua ini adalah wilayah subur untuk virus baru muncul.

Kita tidak tahu apa lagi virus yang tersimpan beku berjuta-juta tahun dalam glazier. Kita tidak tahu busung apa yang tersimpan dalam perut bumi di hutan Kalimantan. Bila hutan di New South Wales terbakar, kita tidak tahu campuran kimia apa yang akan memunculkan hama yang baru.

Kita juga tidak tahu berapa lama lagi berkurung berkhalwat akan diwajibkan. Tapi saya tahu bahawa virus Corona dan Covid-19 adalah hasil buah tangan manusia. Virus yang bernama manusia ini dengan tamadun moden telah berjaya mengumpul ayam, mengumpulkan lembu dan mengumpulkan kambing untuk dijadikan bahan makanan.

Dalam kawasan sempit, dalam reban dan kandang yang berasak-asak ini – ayam babi kambing lembu dipaksa memakan daging sesama sendiri. Dari haiwan makan rumput kini menjadi haiwan makan daging. Amin.

Tulang ayam dan bangkai ayam diproses untuk dijadikan makanan kepada kambing, lembu dan babi. Tulang dan bangkai babi dan kambing diproses untuk dijadikan makanan kepada lembu. Lembu makan kambing dan babi. Pelik tetapi benar.

Ini bukan penglipur lara dari saya. Ini fakta  punca – mad cow disease - berlaku di United Kingdom pada tahun 1986 yang mengakibatkan 177 kematian. Sebanyak 4.5 juta lembu telah dibakar hidup-hidup untuk memastikan penyakit ini tidak merebak.

Tidak cukup dengan ayam, lembu, kambing dan babi – manusia moden mahu makan kelawar dan tenggiling.  

Aduh! Jika ini bukan bukti bahawa manusia moden ini adalah virus, maka saya bukan dari Orang Asli suku Biduanda. Apakah yang saya tulis ini hanya penglipur lara. Tetapi hakikatnya semua ini adalah fakta, bukan penglipur lara.

Jika ini bukan penglipur lara bagaimana virus yang bernama manusia ini dapat kita musnahkan?

Apakah virus yang bernama manusia ini pula yang perlu dimusnahkan?

Jawapannya ada pada manusia itu sendiri, pada diri kita sendiri. Saya hanya perakam sejarah. Merakam perjalanan hidup manusia moden.  Jangan tuduh saya  Tok Selampit. Cerita saya ini bukan penglipurlara.

Seratus tahun dari  hari ini hendaknya adalah anak muda  yang akan terjumpa kesah perjalanan hidup saya ini. Dalam perjalanan yang penting bukan sampai tapi melihat jalan melihat lorong yang kita lalui. Ketika menapak kita memandang rumput, pokok, sungai dan sawah. Ketika melangkah kita  mendengar suara murai, gagak dan tempua. Ketika mendongak ke langit kita melihat hujan dan pelangi petang. Ketika bergerak ke hadapan kita mendengar salakan anjing liar. Inilah yang telah dirakamkan oleh Tun Sri Lanang. Inilah juga yang saya rakamkan pada awal tahun 2020.

Inilah keindahan perjalanan  hidup yang sesama kita lalui. (TT)




1 ulasan:

  1. di USSR dulu para pemimpin komunis yang pegang jawatan tinggi dalam kerajaan kaya raya…

    komunis hipokrit… mereka benci orang kaya, penuh hasad dengki… sebab mereka sendiri nak jadi kaya raya…

    BalasPadam