Sabtu, 25 Disember 2021

KERAJAAN GAGAL DAH MULA JADI ZALIM

 



SKMM cuba padam ciapan kritik kerajaan, dakwa pengguna Twitter


BEBERAPA pengguna Twitter hari ini mendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) cuba meminta Twitter padam ciapan yang mengkritik cara kerajaan tangani banjir.

Ada yang berkongsi tangkap layar e-mel daripada pasukan perundangan Twitter menunjukkan aduan SKMM kepada syarikat media sosial itu.

Bagaimanapun, Twitter tidak mengambil sebarang tindakan terhadap ciapan tersebut.

“Atas dasar ketelusan, kami memaklumkan anda yang Twitter telah menerima permintaan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung akaun Twitter anda yang mendakwa kandungan berikut melanggar undang-undang Malaysia,” menurut e-mel Twitter Legal merujuk kepada ciapan asal yang dilaporkan oleh SKMM.

“Buat masa ini, kami tidak ambil sebarang tindakan terhadap kandungan yang dilaporkan,” tambahnya.

Gergasi media sosial itu berkata ia menghormati dan mempertahankan suara rakyat, oleh sebab itulah syarikat tersebut memberitahu pengguna Twitter terlebih dahulu selepas mendapat permohonan undang-undang sedemikian.

Pengguna dengan nama @cheryltanxr berkata dia mendapat amaran yang ciapannya telah melanggar undang-undang negara.

Twitter tolak arahan SKMM padam ciapan kritik kerajaan

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata ia perlu melaporkan tanda pagar yang menyinggung perasaan kepada Twitter untuk menegakkan undang-undang Malaysia.

Pengawal selia internet berkata ia menghormati pengguna Twitter, namun bertanggungjawab memastikan pematuhan undang-undang.

“SKMM bertanggungjawab untuk memastikan adanya pematuhan undang-undang yang tersedia dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk kepentingan negara,” kata SKMM kepada The Malaysian Insight dalam satu kenyataan ringkas.

“Oleh itu pihak SKMM telah mengambil tindakan untuk melaporkan kepada pihak Twitter berhubung penggunaan beberapa tanda pagar yang jelik.”

Beberapa pengguna Twitter hari ini mendakwa SKMM minta Twitter padam ciapan mengkritik cara kerajaan tangani banjir baru-baru ini.

Ada yang berkongsi tangkap layar e-mel daripada pasukan perundangan Twitter menunjukkan aduan SKMM kepada syarikat media sosial itu.

Bagaimanapun, Twitter tidak mengambil sebarang tindakan terhadap ciapan tersebut.

“Atas dasar ketelusan, kami memaklumkan anda yang Twitter telah menerima permintaan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung akaun Twitter anda yang mendakwa kandungan berikut melanggar undang-undang Malaysia,” menurut e-mel Twitter Legal merujuk kepada ciapan asal yang dilaporkan oleh SKMM.

“Buat masa ini, kami tidak ambil sebarang tindakan terhadap kandungan yang dilaporkan,” tambahnya.

Gergasi media sosial itu berkata ia menghormati dan mempertahankan suara rakyat, oleh sebab itulah syarikat tersebut memberitahu pengguna Twitter terlebih dahulu selepas mendapat permohonan undang-undang sedemikian.

Pengguna dengan nama @cheryltanxr berkata dia mendapat amaran yang ciapannya telah melanggar undang-undang negara.

“Sebahagian daripada anda mungkin tertanya-tanya mana perginya ciapan saya tentang salah satu tempat perlindungan yang mendiskriminasi warga asing. Sekadar ingin kemas kini di sini yang saya telah mendapat amaran daripada Twitter dan SKMM yang meminta saya memadamkan ciapan saya kerana saya telah melanggar undang-undang Malaysia,” katanya melalui satu ciapan.

Selain itu, @BadBoy2662 berkata ciapannya yang menjadi sasaran SKMM itu adalah mengenai kritikannya terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar.

Rakyat mengkritik Putrajaya kerana lemahnya penyelarasan agensi-agensi berkaitan bagi membantu mangsa banjir, selain dakwaan ada beberapa menteri yang menggunakan bencana ini untuk meraih publisiti murahan. – 23 Disember, 2021.


KERAJAAN

SABRI 114

ADALAH

KERAJAAN GAGAL

LAGI MANAI

AMIN

BILA GAGAL

DI LAWAN OLEH

RAKYAT MAKA

IANYNYA MULAI

JADI ZALIM

AMIN

SEMUA KERAJAAN

GAGAL AKAN JADI

KERAJAAN ZALIM

UNTUK TERUS 

BERKUASA

KHALAS

1 ulasan:

  1. TT mohon pencerahan, setiap kali musibah, setiap banjir, setiap kali apa apa berlaku, semua minta derma, semua minta bantuan, semua minta dari rakyat jelata, yang membantu pun NGO secara sukarela, apa peranan Kerajaan TT? Adakah untuk saman, kutip cukai, sapu krim pada bontot setiap warga negara? Selama ini macam macam polisi supaya kebajikan rakyat konon lah dijaga tapi apabila musibah melanda, Kerajaan war war minta rakyat membantu, bukan kita tak mahu membantu, tapi orang asal yang patut kerja pergi mana? Beribu malah berjuta kakitangan awam makan gaji bulanan elaun, kenapa mereka tidak turun membantu? Tak nampak pun Persatuan Guru, Persatuan Kastam Ker, Persatuan Imigresen membuat apa apa dalam membantu, adakah mereka ini membantu tanpa photos shoot? Yang kita photos shoot champion ahli politik cari makan, nak pamer seluruh negara mereka kerja siang malam, prihatin, menjaga rakyat tapi hakikatnya kita semua tahu perangai mereka kan ? Kah kah kah

    BalasPadam