Keputusan mahkamah tidak bermakna rakyat tolak Najib – Nur Jazlan
JOHOR BAHRU – Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed berharap Najib Razak akan terus membantu parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 walaupun Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya, Rabu lalu.
Ini kerana, katanya, bekas Presiden UMNO yang merupakan perdana menteri keenam itu masih berpengaruh.
“Perbicaraan mahkamah telah dijalankan dan keputusan dicapai di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
“Saya masih berharap, walaupun beliau tidak dapat ambil bahagian PRU tetapi terus bantu parti dari belakang kerana beliau ada pemgaruh yang kuat kepada rakyat.
“Dan kita masih sayang pada dia walaupun dia dapati bersalah,” katanya ketika diminta memberikan pandangan mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan hukuman terhadap Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan