Tiada bukti militan Filipina rancang serang Sabah
KUALA LUMPUR – Setakat ini tiada bukti militan bersenjata dari selatan Filipina mahu menyerang Sabah.
Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Angkatan Tentera Malaysia melalui pelaksanaan operasi dan perisikan.
“Saya telah dimaklumkan tidak ada petunjuk ketara atau bukti kukuh seperti mana yang dibuat oleh laporan,” katanya pada sidang media.
Bagaimanapun, katanya, Kementerian Pertahanan memandang serius laporan South China Morning Post berhubung dakwaan “Tentera Diraja Sulu” sedang merancang untuk menceroboh Sabah.
Tegasnya, sebarang ancaman, sama ada boleh dipercayai atau tidak mesti disahkan secara bebas dan dianggap serius.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan