Pengundi Cina mula jauhi Pakatan, kata Ilham Centre
PENGUNDI Cina mula menjauhi Pakatan Harapan (PH) sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, kata Ilham Centre yang mendedahkan dapatan tinjauannya.
Berdasarkan dapatannya, badan pemikir bebas itu membuat kesimpulan perubahan undi juga berlaku pada PRK Slim di Perak serta pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.
Bagaimanapun, Ilham Center berkata PH masih mendapat sokongan undi Cina di kawasan yang mempunyai lebih 50% pengundi Cina.
“Pada PRK Tanjung Piai, kita meramalkan Perikatan Nasional (PN) akan menang besar manakala PH akan menerima tamparan hebat. Ketika itu kaum Cina semakin menjauh kerana isu Jawi dan beberapa isu lain.
PH menang di Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Perak, Kedah dan Sabah manakala mengekalkan Selangor dan Pulau Pinang.
Yusri berkata pengundi Cina menentang idea PH untuk menerima Idris Haron dan Nor Azman Hassan.
Beliau berkata berdasarkan tinjauan Ilham Centre, selain kaum Cina, golongan belia, pengundi kelas pertengahan dan atasan semuanya menentang tindakan PH membenarkan dua bekas Umno itu bertanding guna tiket pembangkang.
“Sebanyak 74% responden bersetuju katak politik tidak boleh dicalonkan, 64% responden tidak bersetuju dengan PH menerima Idris dan 63% merasakan Idris tidak sepatutnya menjadi calon PH.”
“Akibatnya, di Asahan, Idris kalah teruk kerana bukan Melayu tidak mengundi bekas menteri besar itu,” tambahnya.
Kerajaan negeri Melaka tumbang selepas empat wakil rakyat menarik sokongan mereka kepada kerajaan negeri BN/PN pimpinan Umno.
Pembelotan pada 4 Oktober itu diketuai orang kuat Umno negeri Idris, dengan sokongan Nor Azman Hassan, Norhizam dan Noor Effandi Ahmad.
Hanya Noor Effandi yang tidak bertanding pada PRN lalu.
Ilham Centre menemu bual 1,051 responden daripada semua kaum berumur 21 hingga 60 tahun.
Tinjauan itu diadakan pada 23 Oktober hingga 15 November.
Pada PRN Melaka, PH bertanding di semua 28 kerusi tetapi hanya menang lima. PKR kalah semua 11 kerusi yang ditandinginya manakala DAP menang empat dan Amanah menang satu.
BN memperoleh 21 kerusi (75%) manakala PN memenangi dua kerusi. – 30 November, 2021.
Cina pengundi yang bijak Bro, kalau nak undi mereka timbang timbang sapa layak, sapa boleh atur hidup mereka, sapa boleh juang, bukan sapa kata got the number tapi habuk pun tarak, baik percaya pencurik, baik percaya perompak, sekurang-kurangnya masih boleh kow tim , masih boleh dirasakan, masih boleh berjalan operasi mereka cari makan samada gelap terang benderang kah kah bukan ikut sentimen bukan ikut agenda ketuanan tapi perompak belaka, kah kah kah selama merdeka hampir pupus segala khazanah negara diangkut oleh segelintir ketua kaum negara atas nama agama atas nama bangsa atas nama negara puuuiiiiii kah kah kah
BalasPadamDaripada anak ikan skg Anwar explore ternak katak lak.kahkahkah
BalasPadam