Hampir 50 penerbangan batal akibat ribut salji di Jepun
SEKURANG-KURANGNYA 48 penerbangan telah dibatalkan akibat ribut salji melanda Jepun, lapor Sputnik, memetik stesen penyiaran NHK pada Isnin.
Menurut laporan media tempatan, lebih 100 penerbangan turut dibatalkan sejak semalam, dan salji setebal 35 inci melanda beberapa wilayah menjelang pagi Ahad.
Salji tebal diramal berterusan di bahagian barat negara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan