Jumaat, 10 Disember 2021

SABAH SEBAHAGIAN DARI PILIPINA ?

 



PDRM tingkat kesiapsiagaan hadapi ancaman di Sabah

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan segera bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan ke tahap tertinggi di Sabah.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah berkata, langkah itu diambil berikutan laporan media yang mendakwa terdapat pihak dari Filipina sedang merancang untuk menceroboh Sabah.

“PDRM memandang serius perkara berkenaan dan akan mengambil tindakan segera bagi meningkatkan kesiapsiagaan ke tahap tertinggi di sabah untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan ancaman pencerobohan itu.

“Komitmen dalam perkara ini akan diberikan sepenuhnya demi mengelak sebarang insiden pencerobohan berulang di Sabah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

South China Morning Post melaporkan RSA merancang operasi untuk menyerang Sabah selepas beberapa siri pertemuan rahsia antara 19 orang datuk bandar dari selatan Filipina.

“Seramai 19 datuk bandar telah bersetuju untuk merekrut sekurang-kurangnya 600 orang anggota bersenjata bagi melaksanakan misi tersebut.

“Kos peluru dan logistik yang dianggarkan sebanyak AS$10,000 telah ditanggung oleh pegawai tinggi kerajaan,” menurut laporan itu.
Tambah Acyrl, PDRM mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa Filipina dalam aspek perkongsian maklumat risikan mengenai aktiviti yang boleh mengancam hubungan akrab serta keselamatan kedua-dua negara.

Menurutnya, setakat ini tiada pengesahan diterima mengenai pelan yang dimaksudkan dan ia dipercayai merupakan maklumat yang telah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang mencemburui tahap keselamatan serta hubungan rapat antara Sabah dengan wilayah selatan Filipina.

“PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah adalah terkawal dan elemen-elemen PDRM sentiasa dalam keadaan siap-siaga pada setiap masa untuk menangani sebarang ancaman.

“Usaha juga akan digiatkan bagi mengesan dan mengenal pasti anasir-anasir di Sabah yang berkemungkinan terlibat dalam komplot berkenaan.

“Sebarang usaha untuk menggugat keselamatan dan kedaulatan negara oleh mana-mana pihak akan diambil tindakan tegas,” katanya beliau. –


PUKEE MAK

BERITA

 TAK LENGKAP

AMIN

RSA ITU IALAH

ROYAL SULU ARMY 

AMIN

BERITAHU APA

YANG SEBENARNYA

BERLAKU

AMIN

BERITAHU 

WARGA MALAYSIA

DALAM 

PERLEMBAGAAN

PILIPINA

 SABAH ADALAH 

WILAYAH PILIPINA

AMIN

INI SAMA MACAM

SELANGOR

WILAYAH MALAYSIA

AMIN

SABAH AKAN TERUS

JADI MASAALAH

SEHINGGA

RAKYAT SABAH 

MERASA MEREKA

TIDAK KENA TIPU

OLEH POLITIKUS

PUKI MAK DARI

PUTAR JAYA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan