Ismail Sabri pula dikecam di media sosial
RAKYAT Malaysia tidak pernah segan untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka atau mengambil tahu tentang acara tertentu atau ahli politik di media sosial.
Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun menjadi sasaran netizen kerana “aksi kerja pembersihannya” dan hari ini, kritikan itu ditujukan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Pengguna media sosial membidas Ismail selepas klip video pendek yang memaparkan beliau menggunakan penyodok dan dikatakan berpura-pura membersihkan kawasan yang dilanda banjir di Hulu Langat tular.
Video berkenaan dikongsikan pengguna Twitter @sofeahjoned, yang mengatakan, “Seronok kan PM main-main sodok. Hanya di Malaysia”.
Video berkenaan ditonton oileh 380,000 pengguna, 7,000 retweet dan hampir 4,000 like.
Pengguna @PlatoHitam pula berkata, “bukan buat kerja untuk rakyat, tapi buat kerja untuk kamera”.
Seorang lagi pengguna @AdibAlexx meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan perdana menteri.
“Orang mati kerana ketidakcekapan kamu. Saya geram,” katanya.
Pengguna @ijoyishak tidak berpuas hati dengan usaha Ismail, mengatakan kerajaan ini tidak tahu bagaimana bekerja untuk rakyat.
“Kerajaan ini benar-benar tahu bagaimana untuk menghiburkan orang tetapi tidak tahu bagaimana untuk bekerja untuk rakyat. #KerajaanGagalLagi,” katanya.
Ada yang melihat sisi lucu video itu, mengatakan Ismail sedang berseronok seperti berada di pantai.
“Mael (Ismail) ingat dia berada di pantai membina istana pasir,” kata pengguna @tyrahabub_.
Sementara itu, seorang lagi pengguna @NandaKumar_ berkata beliau sedang menunggu untuk melihat apakah penjelasan yang akan diberikan oleh Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan untuk klip ini.
“Saya tidak tahu apa Shahril Hamdan akan katakan untuk perkara seperti ini,” katanya.
Semalam, Shahril mempertahankan Ismail dengan berkata perdana menteri telah mengambil tindakan pantas untuk menangani banjir di Lembah Klang.
Rakyat Malaysia di media sosial juga menggesa ahli politik berhenti berpura-pura membantu mangsa banjir, menuduh mereka menggunakan bencana itu untuk meningkatkan pengikut di media sosial mereka. – 27 Disember, 2021.
Gini la klu amik org tua2 pegang jawatan pnting negara, nk angkat bopley pon tk larat lagi kn nk angkat penyodok..
BalasPadam