Usah gembira bila pemimpin parti lawan dihukum, kata Ahmad Faizal
ANGGOTA Bersatu tidak harus bersorak gembira apabila terdapat pemimpin Melayu dari parti lawan disabitkan dengan kesalahan di mahkamah, kata timbalan presidennya Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata, ahli Bersatu sebaliknya harus mengambil iktibar dan pengajaran apabila terdapat bekas pemimpin negara didakwa dan dijatuhi hukuman di mahkamah.
“Kita wajar berasa sedih dan kecewa, kita patut berasa insaf dan hiba, waima siapalah sekalipun orangnya.
“Melihat mantan pemimpin negara, mantan pemimpin orang Melayu berdepan dengan mahkamah pengadilan kuasa, bukanlah ruang pandang yang mewajarkan gegak gempita,” katanya.
Tambahnya, kes seperti itu sepatutnya mencegah anggota Bersatu daripada khayal dengan kuasa yang dimiliki pada waktu ini.
“Allah jua pemilik segalanya, penentu letak wibawa dan hina sesebuah bangsa,” katanya.
Tambahnya, Bersatu sememangnya memusuhi khianat dan salah guna tetapi tidak wajar bergembira kerana individu terbabit juga perlu menjaga maruah mereka.
“Namun, bukan cara kita bertepuk gembira atas alpa dan sengsara, bukan amalan kita, bersukacita dengan mihnah yang menimpa.
“Mereka juga ada anak dan keluarga, mereka juga ada maruah yang perlu dipelihara,” kata ahli Parlimen Tambun itu yang juga menteri belia dan sukan.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan sayap Armada dan Srikandi Bersatu, di Mitec, Kuala Lumpur, pagi ini.
Walau tidak dinamakan, beliau dipercayai merujuk kepada Najib Razak yang tewas dalam rayuan ke atas sabitan kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan dana RM42 juta SRC International.
Mahkamah Rayuan pada minggu lalu mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas ahli Parlimen Pekan itu. – 18 Disember, 2021.
Jika Haji Najib masok lokap ..Pemimpin UMNO ilang tompek bortodoh ooop ..ilang tompek borlindong ..lanon-lanon dari BERSATU pon ilang tompek nyuruk, nak kempen pon abis modal. Sosok gengster kampong pisang baru kono di carik. Tapi ..tapi jgn risau Zaheed Wali Allah masih bebas, Azeez ada lagi, Teukiuee, boghombik lagi gengster UMNO yang bolom di chokau ..kahkahkah ..2025 semuo orang dapek gaji burok2 10 ribu sobulan ..kahkahkah ..
BalasPadam