Khamis, 16 Disember 2021

ZALIM TAPI KUAT BERJUBO

 


Pesara polis didakwa tembak kucing, lepas tembakan di tempat awam


SEORANG pesara polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas dua pertuduhan melakukan khianat iaitu menembak seekor kucing jantan dan melepaskan tembakan di tempat awam.

Zainol Abidin Md Zain, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Fadli Nik Azlan.

Dia didakwa dengan sengaja membunuh haiwan itu menggunakan selaras senapang patah di kawasan kebunnya di Kampung Setia, Kuang, Selangor pada 6.40 petang 1 Julai tahun lepas mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa melepaskan tembakan di tempat awam menggunakan senjata sama pada masa dan di tempat sama mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 (Akta 206) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 43 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan namun peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan M. Mariappan merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan Zainol Abidin seorang pesara dan menanggung isteri serta tujuh anak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 24 Feb 2022 untuk sebutan kes. – Bernama, 16 Disember, 2021.


 SATU PERANGAI

POLIS PENCEN

AMIN

ZALIM TERHADAP

BINATANG

AMIN

TAPI KUAT

BERJUBO

KAH KAH KAH


1 ulasan:

  1. kahkahkah polis pencen anal sex jugak ka??kahkahkah

    BalasPadam