Isnin, 11 Januari 2021
PKP SEKALI LAGI
PKP
SEKALI
LAGI
Muhyiddin umum
PKP bermula Rabu,
larangan rentas negeri
seluruh negara
TIM BANDUAN BUAT LAWAK KOBID
LAWAK JAHAT
LAWAK GELAP
TIM BANDUAN
AMIN
MEREKA
PUNCA KERAJAAN
TAK STABIL
AMIN
AWAL DULU
ANWAR KACAU
MADEY SAMPAI
PAKATAN HARAPAN
RUNTUH
AMIN
SEKARANG
ANWAR NAJIB
BERSATU
KACAU MUHYIDIN
AMIN
PURA PURA
PRIHATIN
PAADA RAKYAT
AMIN
INGATKAN RAKYAT
BAHAYA KOBID
AMIN
Kerajaan PN mahu
kekal kuasa politik
jika mohon darurat
sekali lagi- Najib
Anwar ajak rakyat patuh SOP elak penularan Covid-19
ESOK HIGH NOON SEKALI LAGI
MUHYIDIN TERUS
DAPAT TEKANAN
KAH KAH KAH
BOLEH BERTAHAN ?
KAH KAH KAH
HEBAT MUHYIDIN
KASER DAPAT
DIKALAHKAN
YANG LAIN
SAP SAP SUI
KAH KAH KAH
Nazri Aziz akan
umum sesuatu esok
SEMINGGU SEKALI
MUHYIDIN AKAN
DITEKAN
KAH KAH KAH
BOLEH TIDO KE?
KAH KAH KAH
BERAT BERAT
KAH KAH KAH
CARI TOP UP
CEPAT CEPAT
AMIN
KANSER INI APA ?
KANSER NI APA?
AMIN
BERULANG KE
TAK BERULANG ?
AMIN
ADA TUNGGUL KE?
AMIN
KALAU DAH SEHAT
SEMUA OKAY KE?
SAJA TANYA
JANGAN MARAH
KAH KAH KAH
PMO nafi Muhyiddin jalani rawatan kanser, lantik TPM
APA BEZA KJ DENGAN MAT MASLAN
APA BEZA KJ
DENGAN
MAT MASLAN
Unknown commented on
"PRU15 JADI MANGSA KOBID"
Mat mustlan bukan level pisang. Kj kepala da hantuk jalan, salah bg gelaran, bodo Kj.. Mat masalan adalah pencacai badut, dia cerminan najib. Musti najib bodo rasuk dia, suruh ckp mcm tu. kena paham, benda bodo yg belaku banyak² hari nie sbb bodoh pm6 suruh buat kemarin.
HOT HOT NAZRI AZIZ
HOT HOT HOT
JENG JENG JENG
KAH KAH KAH
Nazri Aziz akan
umum sesuatu esok
UMUM APA?
KAH KAH KAH
UMUM KAWIN
SATU LAGI
KAH KAH KAH
ATAU UMUM
TERAJANG
MUHYIDDIN
AMIN
GUA ISLE TIPU ORANG RAMAI
GUNA ISLE
UNTUK TIPU
ORANG RAMAI
panglimo potaseh commented on
"CONTOHI RAKYAT KELANTAN"
Phooh ..gwa tuckbEEr 7X. Nak tanya leh tak ..jambate yg mu bino tu borapo rial keno. Ampoong Tuwangkue ..jadi tak Mantang Pimaisuri dapak pengcheng 1juta Euro sebule ..setahong doh 12juta Euro. Nok tanyo ..12juta Euro leh buwak boghapo bijik jembate kampong ..
RAKYAT BERKORBAAN
UNTUK YB
BELI KERETA
MERCEDES
Unknown commented on
"CONTOHI RAKYAT KELANTAN"
Itulah kualiti pemimpin kita. Malaysia dah merdeka 60 lebih tahun, yang lahir masa tu dah jadi atok dan nenek. Tapi masih juga tiap tahun musim tengkujuh banjir-banjir-banjir! Baik kita balik hidup macam masa dulu kat Arab, tinggal dalam gua, nak unta, yang baik, tak ada musim tengkujuh, tak ada banjir.
HOT HOT HOT - MANA BETUL MANA SALAH ?
WOIT
ADA DUA PEKARA
AMIN
TAK ADA KANSER
TAK ADA TPM
KAH KAH KAH
PMO nafi
Muhyiddin jalani
rawatan kanser,
lantik TPM
WOIT
APAKAH
DUA DUA BETUL
AMIN
DUA DUA SALAH
AMIN
ATAU
SATU BETUL
SATU SALAH
KAH KAH KAH
YANG MANA BETUL
YANG MANA SALAH
KHALAS
GEROMBOLAN DAH JADI SAMPAH
GEROMBOLAN
DAH JADI SAMPAH
Amier The Hero commented on
"PROJEK
JATUHKAN MUHYIDIN"
Ini lagi sorang gengster yumnongok!!! Anak dgn apak sesama gengster. Kuar stetmen ikut sedap tekak depa. Kaki joli kaki betina, bagi kat depa. Yumnongok la ni lebih banyak sampah dari besi buruk.
PEMIMPIN DULU PEMIMPIN SEKARANG
PEMIMPIN DULU
PEMIMPIN SEKARANG
panglimo potaseh commented on
"MENYAMPAH"
Dulu2 pemimpin kita berjuang utk membebaskan Tanah Melayu ...ini kali mereka berjuang utk membebaskan Diri mrk dari dijil, Keluarga mrk dan melestarikan hasil samunan mrk.
74 JUTA MEMBERI UNDI PADA TRUMP
74 JUTA
WARGA AMERIKA
MEMBERI UNDI
KEPADA
DONALD TRUMP
KRISIS AKAN
BERPANJANGAN
AMIN
JOE BIDEN PRESIDEN BARU AMERIKA
JOE BIDEN
PRESIDEN BARU
AMERIKA
Saya telah menulis tentang pemilihan presiden Amerika yang berlangsung pada Selasa 2 November 2020 yang lalu. Saya juga telah menulis tentang bagaimana Trump dan Biden mendapat sokongan dana berbilion dolar untuk berkempen. Saya juga telah menulis tentang wujudnya kumpulan dan tim berkepentingan yang mahu mengalahkan Trump.
Saya juga telah menulis tentang penyokong tegar Trump. Kenapa mereka menyokong Trump. Malah saya juga telah menulis bahawa penyokong Trump ini ada terdiri dari kumpulan extremis kanan yang bersenjata.
Saya telah menulis dan meramalkan akan berlaku bentrokan di Washington DC . Maka pada Rabu 6/1/2021 Bangunan Capitol di Washington DC telah dikepong dan di ceroboh oleh penyokong Trump. Apa yang saya ramalkan telah berlaku.
Dalam benterokan ini empat warga Amerika mati terbunuh ketika demonstrasi berjalan. Ketika saya menulis ini seramai 26 orang telah ditangkap.
Bentrokan berlaku kerana Trump dan penyokong Trump menganggap pemilihan Presiden 2020 berjalan dengan perancangan licik menipu undi. Penyokong Trump percaya bahawa wujud projek gelap untuk memastikan Trump kalah.
Mengikut pandangan penyokong Trump - projek gelap lagi jahat untuk menjatuhkah Trump ialah persengkokolan tiga gerombolan : gerombolan pertama apa yang dipanggil ‘ big tech’ – teknoloji gergasi – twitter, google dan Face Book . Gerombolan kedua terdiri dari media arus perdana seperti CNN, Washington Post, New York Times. Gerombolan ketika kumpulan oligarki - kaum pemodal yang kaya raya dari Wall Street.
Keyakinan para penyokong Trump ini diperkuatkan lagi oleh kenyataan demi kenyataan dari para pemimpin parti Republican yang menuduh penipuan undi telah berlaku. Malah Trump sendiri hingga ke hari Rabu masih enggan mengaku dan menerima Biden sebagai Presiden dilantik. Parti Republican percaya penipuan undi telah berlaku.
Hujah penipuan undi telah disokong kuat oleh hujah perundangan. Para peguam Trump yang di pimpin oleh Rudy Gualiani – bekas Datuk Bandar New York.
Hujah – legality atau keabsahan – pengundian cukup kuat. Kes kes penipuan dan bahan bukti penipuan telah diajukan ke mahkamah. Tetapi gagal dilebarkan ke mahkamah kerana mahkamah juga kini dibaca oleh penyokong Trump telah menjadi sebahagian dari penyokong Biden.
Untuk kita di Malaysia apa yang berlaku di Amerika bukan satu yang menghairankan. Rakyat telah melihat dan mendengar kes tipu, kes bawa ke mahkamah berkali kali. Semuanya menghabiskan dana parti. Tidak membawa apa jawapan.
Dari zaman Perikatan - semenjak 1955 United Malays National Organisation dan kuncu kuncunya telah menipu dalam pilihanraya. PRU 12 dan PRU13 kita melihat bagaimana Pakatan Rakyat telah digagalkan dengan penipuan undi. Ini membawa ke tahun 2018 dimana kebencian rakyat sampai ke tahap gaban maka barulah Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan.
Apa kah dalam PRU14 tidak ada tipu undi?
Jawabnya ada. Tetapi kebencian rakyat terhadap United Malays National Organisation telah ampoh melimpah sehingga tidak ada jenis penipuan yang dapat mempertahankan dan menyelamatkan gerombolan jahat ini. Kebencian orang ramai menggunung hingga berjaya menenggelam musnah projek tipu. Amin
Kes tipu undi, salah guna kuasa , kes leterik putus pada ketika undi dikira – kini berlaku bukan hanya dari Lembah Pantai atau dari Pagoh tapi dari Arizona dan Pennslyvania.
Untuk saya inilah kehebatan Trump. Inilah kejujuran Trump. Sosok yang bernama Donald Trump ini telah membogelkan sandiwara silap mata menipu orang ramai. Sandiwara ini diketahui oleh umat manusia seluruh dunia. Sandiwara ini dikenali sebagai pilihanraya.
Amerika negara termaju yang mengakui sebagai jaguh dan kepala demokrasi pun berlaku penipuan undi. Bayangkan di negara Afrika, Arab dan Amerika Latin. Hakikatnya di serata pelusuk dunia dimana ada pilihanraya pasti ada penipuan. Tipu undi telah menjadi watak pilihanraya.
Pada pagi Rabu 6/1/2021 – penyokong Trump telah berhimpun berhampiran Rumah Puteh. Trump telah menyampaikan ucapan. Trump membakar semangat penunjuk perasaan. Dalam ucapannya Trump sekali lagi menolak kemenangan Biden. Mengklim bahawa dirinya telah menang besar. Ucapan ini telah menaik dan membakar semangat penyokong.
Kemudian Trump mengarahkan para penunjuk perasaan berarak ke bangunan Capitol. Ketika ini ahli Dewan Congress dalam banguanan Capitol sedang mengira keputusan jumlah undi elektoral.
Dari segi perlembagaan undi elektoral yang telah dijumlahkan akan diberi kepada Naib Presiden Mike Pence untuk diumumkan secara resmi siapa yang menang. Sebelum upacara ini tuntas akan ada perdebatan. Jika ada ahli Dewan yang membantah keputusan kiraan jumlah undi. Ketika inilah pada penunjuk perasaan masuk menceroboh.
Naib Presiden Pence dan para ahli Dewan dilarikan tempat selamat. Huru hara berlaku dalam Dewan Congress. Bukan huru hara perdebatan tapi huru hara yang dilakukan oleh penunjuk perasaan.
Keganasaan memuncak. Seorang wanita penyokong Trump ditembak mati. Trump kemudian muncul dikaca tv meminta para penyokong berundur. Pada awalnya Trump enggan memanggil National Guard untuk mereda keadaan. Akhir Trump bersetuju memanggil National Guard – soldadu – masuk mengawal Washington DC untuk mereda keadaan.
Dewan Congress bersidang kembali. Jam 4 pagi barulah secara resmi undi elektoral diterima dan Joe Biden menjadi Presiden Amerika ke 46.
Apa maknanya semua ini. Apa maknanya pemilihan Presiden 2020.
Untuk saya selain dari peranan Trump membogelkan pilihanraya Trump juga telah membuka ladang kemarahan yang amat luas. Ini kemarahan dan rasa tidak puas hati dari warga Amerika yang selama ini ditinggalkan. Kemarahan dari mereka yang terpinggir.
Kini Amerika terpecah dua. Satu Amerika Merah dan satu Lagi Amerika Biru. Merah ialah lambang Parti Republican, Biru ialah lambang Parti Democrat.
Amerika pecah dua ini amat susah untuk bertaut kembali. Dendam penyokong Trump ini akan mencari jalan untuk meneruskan harapan mereka untuk membersihkan Amerika dari elit politik dan elit ekonomi yang selama 200 tahun ini telah menjarah Amerika.
Trump telah berjanji akan membersihkan kelimbah Washington DC dari penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura puraan para politikus. Trump berjanji untuk menjadikan Amerika gagah sekali lagi. Niat dan rancangan Trump telah digagalkan. Kegagalan ini akan terus tersimpan dam sanubari mereka.
Mereka yang saya maksudkan mengikut Hillary Clinton ialah ‘ a basket of deplorables ‘ - atau sebakul Mat Lekeh. Elit politik memandang lekeh terhadap penyokong Trump. Mat Lekeh ini kurang pelajaran, kurang ilmu, kurang duit dan kurang pengaruh. Mereka ini dianggap pergi terlanggar pulang tersepak.
Sila ambil perhatian majoriti Mat Lekeh ini berkulit putih.
Hari ini dunia sedang diserang pendemik Cobid-19. Ekonomi dunia meleset. Mungkin akan runtuh. Malah ada para ekonomis memberi pandangan bahawa apa yang sedang berlaku sekarang lebih buruk dari tahun 30’an.
Sayugia diberi tahu bahawa pada satu ketika dahulu sebelum dan ketika zaman meleset dalam tahun 1930’an - kesatuan buruh, kesatuan sakerja dan politik kiri cukup kuat di Amerika. Gerakan dan kesatuan mereka inilah yang berjaya memaksa Presiden Franklin D. Roosevelt (1933-1939) untuk melancarkan apa yang dipanggil New Deal.
New Deal ialah dasar ekonomi kebajikan yang berjaya menampung warga Amerika yang jatuh papa kedana di zaman meleset – Great Depression (1929-1933).
New Deal memunculkan gaji minima. New Deal memberi bayaran bulanan kepada setiap warga Amerika yang kehilangan kerja dan berpotensi untuk mendapat kerja. New Deal ialah kerajaan mengeluarkan dana untuk projek asas membangun negara. Projek seperti membuat jalan, empangan air, lebuh raya, jambatan. Pembelajaran percuma dari sekolah rendah hingga diberi biasiswa ke Universiti.
Harus disedari penyokong teguh garis politik kiri dan kekuatan kesatuan buruh pada ketika itu ialah mereka yang dipanggil Mat Lekeh oleh Hilary Clinton.
Saya yakin dalam suasana Cobid-19 - dalam kegawatan ekonomi Mat Lekeh ini berpotensi untuk melakukan sesuatu. Kuncinya ialah kemunculan kembali fikrah progresif, pemikiran radikal yang berpaksi kebajikan ramai dari kepentingan individu.
Huru hara yang ditimbulkan selama 4 tahun oleh Donald Trump seharusnya menjadikan Amerika bumi subur untuk para intelektual awam, pemikir kiri dan kesatuan buruh kembali mempanglima politik Amerika.
Apa sangkut pautnya semua ini dengan kita di Malaysia?
Kita di Malaysia wajib faham apa yang telah berlaku, yang terjadi dan yang akan terjadi di Amerika akan mempengaruhi politik dunia – termasuk kita. Rumah Putih adalah kiblat sistem ekonomi kapitalis. Malaysia adalah salah satu dari jaringan negara yang menggunakan sistem ekonomi kapitalis. Jika kapitalis Amerika Sarekat sakit kita akan sakit sama. (TT)