Isnin, 11 Januari 2021

ANWAR RANCANG JATUHKAN MUHYIDIN

 


ANWAR RANCANG

JATUHKAN MUHYIDIN

AMIN

PKP SEKALI LAGI

 


PKP


SEKALI


LAGI

Muhyiddin umum 

PKP bermula Rabu,

 larangan rentas negeri

 seluruh negara


PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa semula bermula Rabu selama 14 hari di tiga zon berbeza di seluruh negara mengikut kadar jangkitan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga mengumumkan larangan pergerakan rentas negeri seluruh Malaysia dan sekatan jalan raya akan bermula jam 12.01 pada Rabu.

Katanya, PKP yang ketat dikuatkuasa di enam negeri yang mencatat kes Covid-19 paling tinggi di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor dan Sabah.

Di negeri ini, pergerakan hanya terhad dalam jarak 10 kilometer sahaja untuk membeli barang keperluan dan pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.

“Hanya dua anggota isi rumah rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama,” katanya yang menambah kompaun RM1,000 dikenakan jika larangan ini dilanggar.

Segala aktiviti sosial juga tidak dibenarkan di negeri terbabit, katanya dalam pengumuman secara langsung petang ini.

“Aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri  kahwin,  persidangan,  perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan  sukan  berkumpulan adalah tidak dibenarkan sama  sekali.”

Tambahnya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula dimulakan di enam lagi negeri – Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan untuk tempoh sama.

Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan bagi negeri terbabit namun pergerakan rentas daerah dibenarkan.

Tambahnya, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula dikuatkuasa di Perlis dan Sarawak, yang kini mencatat jumlah jangkitan kes paling kecil.

“(Keputusan dibuat) berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta pelbagai kementerian dan agensi serta nasihat pakar kesihatan  awam di dalam negara.” – 11 Januari, 2021. 



AWAS

KITA

JAGA

KITA

AMIN

TIM BANDUAN BUAT LAWAK KOBID



 

LAWAK JAHAT

LAWAK GELAP

TIM BANDUAN 

AMIN

MEREKA 

PUNCA KERAJAAN

TAK STABIL

AMIN

AWAL DULU

ANWAR KACAU

MADEY SAMPAI

PAKATAN HARAPAN

 RUNTUH

AMIN

SEKARANG 

ANWAR NAJIB

BERSATU

KACAU MUHYIDIN 

AMIN

PURA PURA

PRIHATIN

PAADA RAKYAT 

AMIN

 INGATKAN RAKYAT

BAHAYA KOBID

AMIN


Kerajaan PN mahu 

kekal kuasa politik 

jika mohon darurat

 sekali lagi- Najib

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan membina persepsi bahawa kerajaan pada hari ini hanya sekadar mahu mengekalkan kuasa politik dan bukannya atas kepentingan rakyat jika kerajaan bersetuju untuk sekali lagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk meminta pengisytiharan darurat.

”Jika laporan media betul bahawa kerajaan PN telah bersetuju untuk sekali lagi menghadap YDPA untuk meminta darurat dengan alasan mahu melawan Covid maka saya percaya keputusan ini adalah berasaskan politik dan bukan untuk melawan Covid,” kata Najib.

Anwar ajak rakyat patuh SOP elak penularan Covid-19

KUALA LUMPUR – Rakyat diminta supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa bagi melindungi diri, keluarga, rakan dan teman dari penyebaran Covid-19.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat memberikan penekanan itu berikutan bimbang dengan kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjangkakan Malaysia berhadapan dengan kemungkinan 8,000 kes positif harian.


POOODAH

NAJIB NAK KES

GUGUR

AMIN

ANWAR NAK

JADI PM

AMIN

INI NIAT MEREKA

ADAKAN PRU15

AMIN

UNTUK RAKYAT

PERGI MAMPOOS

KENA KOBID

KHALAS 



ESOK HIGH NOON SEKALI LAGI



MUHYIDIN TERUS

DAPAT TEKANAN

KAH KAH KAH

BOLEH BERTAHAN ?

KAH KAH KAH

HEBAT MUHYIDIN

KASER DAPAT 

DIKALAHKAN

YANG LAIN

SAP SAP SUI

KAH KAH KAH



Nazri Aziz akan 

umum sesuatu esok


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas,  Mohamed Nazri Abdul Aziz akan mengadakan sidang media pukul 2 petang esok di Bilik Melaka, Pusat Dagangan Dunia.

Bagaimanapun dalam jemputan yang diedarkan kepada media hari ini tidak dinyatakan agenda sidang media tersebut.

Namun dipercayai ia ada kaitan dengan desas-desus yang Nazri akan menarik diri daripada memberikan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Sabtu lalu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan membuat pengumuman mengejutkan apabila secara tiba-tiba menarik diri daripada menyokong kerajaan PN.

Ahmad Jazlan tarik sokongan kepada PN

Tindakan beliau itu menjadikan kerajaan PN kini hanya dianggotai 110 Ahli Parlimen selepas Tengku Razaleigh Hamzah (BN Gua Musang) menolak untuk menyokong Belanjawan 2021 atas alasan kerajaan yang dibentuk sekarang tidak sah. – MalaysiaGazette

SEMINGGU SEKALI

MUHYIDIN AKAN

DITEKAN

KAH KAH KAH

BOLEH TIDO KE?

KAH KAH KAH

BERAT BERAT

KAH KAH KAH

CARI TOP UP

CEPAT CEPAT

AMIN 




KANSER INI APA ?


KANSER NI APA?

AMIN

BERULANG KE

TAK BERULANG ?

AMIN

ADA TUNGGUL KE?

AMIN

KALAU DAH SEHAT

SEMUA OKAY KE? 

SAJA TANYA 

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH 



PMO nafi Muhyiddin jalani rawatan kanser, lantik TPM

PEJABAT Perdana Menteri menafikan khabar angin bahawa Muhyiddin Yassin perlu menjalani rawatan penyakit kanser.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri juga menafikan bahawa akan ada pelantikan bagi jawatan timbalan perdana menteri.

“Khabar angin yang mengatakan perdana Menteri perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser yang dialami oleh beliau adalah

“Perdana menteri disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar perubatan yang merawat beliau,” katanya.  

Penafian itu dibuat selepas ada spekulasi mengatakan Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussien akan memegang jawatan itu apabila gambarnya menaiki jet peribadi Sultan Johor disiarkan.

Penghormatan seperti itu telah diberikan kepada ahli politik lain sebelum ini termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim selepas dibebaskan dari penjara pada 2018.

Seorang blogger politik yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno membuat spekulasi bahawa tindakan itu dilakukan kerana Muhyiddin perlu mendapatkan rawatan kanser pankreas walaupun doktor perdana menteri mengesahkan beliau bebas penyakit itu tahun laku,

Muhyiddin dalam satu makluman di Facebook juga menyebut, beliau akan menyampaikan perutusan khas pada jam 6 petang ini mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. – 11 Januari, 2021.

WOIT

MACAM MACAM

KITA DENGAR

KAH KAH KAH

SEMUA 

BERMULA BILA

ANWAR TAK

SABAR NAK 

DUDUK KERUSI

PERDANA MENTERI

KAH KAH KAH



APA BEZA KJ DENGAN MAT MASLAN

 




APA BEZA KJ

DENGAN 

MAT MASLAN 

Unknown commented on

 "PRU15 JADI MANGSA KOBID"

Mat mustlan bukan level pisang. Kj kepala da hantuk jalan, salah bg gelaran, bodo Kj.. Mat masalan adalah pencacai badut, dia cerminan najib. Musti najib bodo rasuk dia, suruh ckp mcm tu. kena paham, benda bodo yg belaku banyak² hari nie sbb bodoh pm6 suruh buat kemarin. 

Keliling kelalang dia pun lg bodo sbb masih ikut mamat bodo nie. Mmg ahli parti ameno nie dah kena sangkar dgn benda bodoh.. Tp muka nak serius.. lawak tul Hahaha...

HOT HOT NAZRI AZIZ

 



HOT HOT HOT

JENG JENG JENG

KAH KAH KAH 

Nazri Aziz akan 

umum sesuatu esok


UMUM APA?

KAH KAH KAH

UMUM KAWIN

SATU LAGI

KAH KAH KAH

ATAU UMUM

TERAJANG

MUHYIDDIN

AMIN 

GUA ISLE TIPU ORANG RAMAI



GUNA ISLE

UNTUK TIPU

ORANG RAMAI 

panglimo potaseh commented on

 "CONTOHI RAKYAT KELANTAN"

Phooh ..gwa tuckbEEr 7X. Nak tanya leh tak ..jambate yg mu bino tu borapo rial keno. Ampoong Tuwangkue ..jadi tak Mantang Pimaisuri dapak pengcheng 1juta Euro sebule ..setahong doh 12juta Euro. Nok tanyo ..12juta Euro leh buwak boghapo bijik jembate kampong ..


RAKYAT BERKORBAAN

UNTUK YB

BELI KERETA

 MERCEDES

Unknown commented on 

"CONTOHI RAKYAT KELANTAN"

Itulah kualiti pemimpin kita. Malaysia dah merdeka 60 lebih tahun, yang lahir masa tu dah jadi atok dan nenek. Tapi masih juga tiap tahun musim tengkujuh banjir-banjir-banjir! Baik kita balik hidup macam masa dulu kat Arab, tinggal dalam gua, nak unta, yang baik, tak ada musim tengkujuh, tak ada banjir.

HOT HOT HOT - MANA BETUL MANA SALAH ?

 



WOIT

ADA DUA PEKARA

AMIN

TAK ADA KANSER

TAK ADA TPM

KAH KAH KAH 


PMO nafi 

Muhyiddin jalani 

rawatan kanser,

 lantik TPM



WOIT

APAKAH

DUA DUA BETUL 

AMIN

DUA DUA SALAH

AMIN

ATAU

SATU BETUL

SATU SALAH

KAH KAH KAH

YANG MANA BETUL

 YANG MANA SALAH

KHALAS

GEROMBOLAN DAH JADI SAMPAH

 


GEROMBOLAN

DAH JADI SAMPAH

Amier The Hero commented on

 "PROJEK 

JATUHKAN MUHYIDIN"

Ini lagi sorang gengster yumnongok!!! Anak dgn apak sesama gengster. Kuar stetmen ikut sedap tekak depa. Kaki joli kaki betina, bagi kat depa. Yumnongok la ni lebih banyak sampah dari besi buruk. 

Besi buruk at least bleh jual balik, dpt gak duit. Kalu dah sampah, lori roro pun reject.. inikan rakyat malaysia yg bijak pandai. Pulaukan aje pru kalau yumnongok masih nak teruskan. Dok je rumah tgk tv sambil mkn kacang.

PEMIMPIN DULU PEMIMPIN SEKARANG



PEMIMPIN DULU

PEMIMPIN SEKARANG 

panglimo potaseh commented on 

"MENYAMPAH"

Dulu2 pemimpin kita berjuang utk membebaskan Tanah Melayu ...ini kali mereka berjuang utk membebaskan Diri mrk dari dijil, Keluarga mrk dan melestarikan hasil samunan mrk.

74 JUTA MEMBERI UNDI PADA TRUMP

 


74 JUTA  

WARGA AMERIKA

MEMBERI UNDI

KEPADA 

DONALD TRUMP 


KRISIS AKAN

BERPANJANGAN

AMIN 

JOE BIDEN PRESIDEN BARU AMERIKA



JOE BIDEN

PRESIDEN BARU

AMERIKA

Hari ini Jumaat 8/1/2021  saya menangguhkan sambungan tulisan tentang Zionis dan Saudi Arabia. Ini kerana saya mahu membawa pembaca memahami secepat mungkin apa yang telah berlaku pada Rabu 6/1/2021 di Washington DC – ibu negara Amerika Sarekat.

Saya telah menulis tentang pemilihan presiden Amerika yang berlangsung pada Selasa 2 November 2020 yang lalu. Saya juga telah menulis tentang bagaimana  Trump dan Biden mendapat sokongan dana berbilion dolar untuk berkempen. Saya juga telah menulis tentang wujudnya kumpulan dan tim berkepentingan yang mahu mengalahkan Trump. 

Saya juga telah menulis  tentang penyokong tegar Trump. Kenapa mereka menyokong Trump. Malah saya juga telah menulis bahawa penyokong  Trump ini ada  terdiri dari kumpulan extremis kanan yang bersenjata.

Saya telah menulis dan meramalkan akan berlaku bentrokan di Washington DC .  Maka pada Rabu 6/1/2021  Bangunan Capitol di Washington DC telah dikepong dan di ceroboh oleh penyokong Trump.  Apa yang saya ramalkan telah berlaku.

Bangunan Capitol ini didirikan pada tahun 1800 di Washington D.C. Dalam bangunan bertempatnya  Dewan Congress. Juga  menjadi pusat legislatif dan eksekutif  pentadbiran Amerika. 

Dalam benterokan ini empat warga Amerika mati terbunuh ketika  demonstrasi berjalan.  Ketika saya menulis ini seramai 26 orang telah ditangkap.

Bentrokan berlaku  kerana Trump  dan penyokong Trump menganggap pemilihan Presiden  2020  berjalan  dengan  perancangan licik  menipu undi.  Penyokong Trump percaya bahawa wujud  projek gelap untuk memastikan   Trump kalah.

Mengikut pandangan penyokong Trump - projek gelap lagi jahat untuk menjatuhkah Trump ialah persengkokolan  tiga  gerombolan :   gerombolan pertama apa yang dipanggil  ‘ big tech’ – teknoloji gergasi – twitter, google  dan Face Book . Gerombolan kedua terdiri dari media arus perdana seperti CNN, Washington Post, New York Times.  Gerombolan ketika   kumpulan oligarki -  kaum pemodal yang kaya raya  dari Wall Street.

Keyakinan para penyokong Trump ini diperkuatkan lagi  oleh kenyataan demi kenyataan  dari  para pemimpin parti Republican yang menuduh penipuan undi telah berlaku. Malah Trump sendiri  hingga ke hari Rabu masih enggan mengaku dan menerima Biden sebagai Presiden dilantik.  Parti Republican percaya penipuan undi telah berlaku.

Kemenangan Trump telah dirampas. Ini mantra dan ratib penyokong Trump.

Hujah penipuan undi telah disokong kuat oleh hujah perundangan.  Para peguam Trump yang di pimpin oleh Rudy Gualiani  – bekas  Datuk Bandar New York.  

Hujah – legality atau keabsahan – pengundian cukup kuat. Kes kes penipuan dan bahan bukti penipuan telah diajukan ke mahkamah. Tetapi gagal dilebarkan ke mahkamah kerana mahkamah juga kini dibaca  oleh penyokong  Trump telah menjadi  sebahagian dari penyokong Biden.

Untuk kita di Malaysia apa yang berlaku di Amerika bukan satu yang menghairankan. Rakyat telah melihat dan mendengar  kes tipu, kes bawa ke mahkamah berkali kali.  Semuanya menghabiskan dana parti.  Tidak membawa apa jawapan.

 Dari zaman Perikatan - semenjak 1955  United  Malays National Organisation dan kuncu kuncunya telah menipu dalam pilihanraya.  PRU 12 dan PRU13 kita melihat bagaimana Pakatan Rakyat telah digagalkan dengan penipuan undi.  Ini membawa ke tahun 2018 dimana kebencian rakyat sampai ke tahap gaban maka barulah Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan.

Apa kah dalam  PRU14 tidak ada tipu undi?

Jawabnya ada. Tetapi kebencian rakyat terhadap  United Malays National Organisation telah ampoh melimpah sehingga tidak ada jenis penipuan yang dapat mempertahankan  dan menyelamatkan gerombolan jahat ini. Kebencian orang ramai  menggunung hingga berjaya  menenggelam musnah projek tipu. Amin

Kes tipu undi, salah guna kuasa , kes  leterik putus  pada ketika undi dikira – kini berlaku bukan  hanya dari Lembah Pantai atau dari Pagoh tapi dari Arizona dan Pennslyvania. 

Untuk saya inilah kehebatan Trump. Inilah kejujuran Trump.  Sosok yang bernama Donald Trump ini telah membogelkan  sandiwara  silap mata menipu orang ramai. Sandiwara ini diketahui oleh umat manusia seluruh dunia. Sandiwara ini  dikenali sebagai  pilihanraya.

Amerika negara termaju yang mengakui sebagai jaguh dan kepala demokrasi pun berlaku  penipuan undi. Bayangkan di negara  Afrika, Arab dan Amerika Latin. Hakikatnya  di serata pelusuk dunia dimana ada pilihanraya pasti ada penipuan. Tipu undi telah menjadi watak pilihanraya.

Jelas semakin jelas bahawa projek pilihanraya ini hanyalah satu ilusi. Apa yang dialami oleh penyokong Trump pada tahun 2020 telah kita alami di Malaysia. 

Pada pagi Rabu 6/1/2021 – penyokong Trump telah berhimpun berhampiran Rumah Puteh. Trump telah menyampaikan ucapan. Trump membakar semangat penunjuk perasaan. Dalam  ucapannya Trump sekali lagi menolak kemenangan Biden. Mengklim bahawa dirinya telah menang besar. Ucapan ini telah menaik dan membakar semangat penyokong.

Kemudian Trump mengarahkan para penunjuk perasaan berarak ke bangunan Capitol. Ketika ini ahli Dewan Congress dalam banguanan Capitol  sedang mengira  keputusan jumlah undi elektoral. 

Dari segi perlembagaan undi elektoral yang telah dijumlahkan akan diberi kepada Naib Presiden Mike Pence untuk diumumkan  secara resmi siapa yang menang. Sebelum upacara ini tuntas  akan ada perdebatan.  Jika ada  ahli Dewan yang  membantah keputusan kiraan jumlah undi. Ketika inilah pada penunjuk perasaan  masuk menceroboh.

Naib Presiden Pence dan para ahli Dewan  dilarikan tempat selamat.  Huru hara berlaku dalam Dewan Congress. Bukan huru hara perdebatan tapi huru hara yang dilakukan oleh penunjuk perasaan.

Media arus perdana dengan cepat menuduh satu serangan telah berlaku di Capitol. Trump dituduh memulakan serangan ganas ini.

Keganasaan memuncak. Seorang wanita penyokong Trump ditembak mati. Trump kemudian  muncul  dikaca tv meminta para penyokong berundur. Pada awalnya Trump enggan  memanggil  National Guard untuk mereda keadaan. Akhir Trump bersetuju memanggil National Guard – soldadu – masuk  mengawal Washington DC untuk mereda keadaan.

Dewan Congress bersidang kembali. Jam 4 pagi barulah secara resmi undi elektoral diterima dan Joe Biden  menjadi Presiden Amerika ke  46.

Apa maknanya  semua ini. Apa maknanya  pemilihan Presiden 2020. 

Untuk saya selain dari peranan Trump membogelkan pilihanraya Trump juga telah membuka ladang kemarahan yang amat luas.  Ini kemarahan dan rasa  tidak puas  hati dari warga Amerika yang selama ini ditinggalkan. Kemarahan dari  mereka yang terpinggir.

Kini Amerika terpecah dua. Satu Amerika Merah dan satu Lagi Amerika Biru. Merah ialah lambang Parti Republican, Biru ialah lambang Parti Democrat. 

Jelas amat jelas  jumlah undi popular yang diterima oleh Trump bertambah berbanding dengan undian tahun 2016.  Maknanya penyokong Trump tetap setia dengan garis dan politik Trump.

Amerika pecah dua ini amat susah untuk bertaut kembali.  Dendam penyokong Trump ini akan mencari  jalan untuk meneruskan harapan mereka untuk membersihkan Amerika dari elit politik dan elit ekonomi yang selama 200 tahun ini telah menjarah Amerika.

Trump telah berjanji akan membersihkan  kelimbah Washington DC dari penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura puraan para politikus.   Trump berjanji untuk menjadikan Amerika gagah sekali lagi. Niat dan  rancangan  Trump telah digagalkan.  Kegagalan ini akan terus tersimpan dam sanubari mereka. 

Mereka yang saya maksudkan  mengikut Hillary Clinton  ialah ‘ a basket of deplorables ‘ -  atau sebakul  Mat Lekeh.  Elit politik memandang lekeh terhadap penyokong  Trump.  Mat Lekeh ini kurang pelajaran, kurang ilmu, kurang duit dan kurang pengaruh. Mereka ini dianggap pergi terlanggar pulang tersepak.

Sila ambil perhatian majoriti  Mat Lekeh ini  berkulit putih.

Hari ini dunia sedang diserang pendemik Cobid-19. Ekonomi dunia meleset. Mungkin akan runtuh. Malah ada para ekonomis memberi pandangan bahawa apa yang sedang  berlaku sekarang lebih buruk dari tahun 30’an. 

Kemana arah dunia pasca Cobid-19 masih menjadi tanda tanya. Mari kita melihat sejarah. Membuka kitab lama.

Sayugia diberi tahu  bahawa pada satu ketika dahulu sebelum dan ketika zaman meleset dalam tahun  1930’an  - kesatuan buruh, kesatuan sakerja dan politik kiri cukup kuat di Amerika. Gerakan dan kesatuan mereka inilah yang berjaya memaksa Presiden Franklin D. Roosevelt  (1933-1939) untuk melancarkan  apa yang dipanggil New Deal.

New Deal ialah dasar ekonomi kebajikan yang   berjaya menampung warga Amerika yang  jatuh papa kedana di zaman  meleset – Great Depression (1929-1933).

New Deal memunculkan gaji minima. New Deal memberi bayaran bulanan kepada setiap warga Amerika yang kehilangan kerja dan berpotensi untuk mendapat kerja.  New Deal  ialah   kerajaan mengeluarkan dana untuk projek asas  membangun negara. Projek seperti membuat jalan,  empangan air, lebuh raya, jambatan. Pembelajaran percuma dari sekolah rendah hingga diberi biasiswa  ke Universiti. 

Harus disedari penyokong teguh garis politik kiri  dan  kekuatan kesatuan buruh pada ketika  itu ialah mereka yang  dipanggil Mat Lekeh oleh Hilary Clinton. 

Saya yakin dalam suasana Cobid-19  - dalam kegawatan ekonomi  Mat Lekeh ini berpotensi  untuk melakukan sesuatu.  Kuncinya ialah kemunculan kembali fikrah progresif, pemikiran  radikal yang berpaksi kebajikan  ramai dari kepentingan individu. 

Huru hara yang ditimbulkan selama 4 tahun oleh Donald Trump  seharusnya  menjadikan Amerika bumi subur untuk para intelektual awam, pemikir kiri dan kesatuan buruh  kembali mempanglima politik  Amerika.

Apa sangkut pautnya semua ini dengan kita di Malaysia?

Kita di Malaysia wajib  faham apa yang telah berlaku, yang terjadi dan yang akan terjadi di Amerika akan mempengaruhi politik dunia – termasuk kita. Rumah Putih adalah kiblat sistem ekonomi kapitalis.   Malaysia  adalah salah satu dari jaringan negara yang menggunakan sistem ekonomi kapitalis.  Jika kapitalis Amerika Sarekat  sakit kita akan sakit sama. (TT)