Khamis, 24 Jun 2021

PROJEK PECAHKAN UMNO SEDANG RANCAK

 

INI PROJEK 

BAIK

AMIN

RAKYAT WAJIB

SOKONG

KAH KAH KAH

ANWAR SEDANG

BIKIN UMNO

HURU HARA

KHALAS


Surat tersebar tukar kerajaan palsu, fitnah, kata pejabat Hishammuddin

HISHAMMUDDIN Hussein menafikan surat kepada Yang di-Pertuan Agong yang tersebar kononnya beliau sudah bersedia untuk mengetuai sebuah kerajaan baharu menggantikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Surat dengan kepala surat pejabat Bendahari Umno itu turut menyenaraikan 34 nama anggota jemaah kabinetnya, yang dikemukakan untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong.

Pejabat komunikasi Hishammuddin dalam satu mesej di Twitter berkata surat yang dikaitkan dengan menteri luar negeri itu palsu dan tidak benar.

“Ini hanyalah provokasi politik yang berniat jahat, mengadakan fitnah untuk mengelirukan umum,” kata mesej itu.

Hishammuddin kemudian berkongsi tweet berkenaan melalui akaun Twitter rasminya di @HishammuddinH2O.

Foto surat lima halaman itu tersebar di media sosial awal malam ini.

Halaman pertama surat itu menunjukkan cop terima oleh Istana Negara bertarikh hari ini. Surat itu bertarikh 22 Jun dan mempunyai tandatangan Hishammuddin.

Awal hari ini, Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Aziz mendedahkan beliau mengumpulkan 25 surat akuan bersumpah menyokong Hishammuddin untuk jadi jurucakap mereka, sekiranya kumpulan ini dititah mengadap oleh Yang di-Pertuan Agong.

Nazri berkata langkah itu dibuat kerana mereka hilang kepercayaan kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang memberi sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri.

Tindakan Ahmad Zahid itu, katanya, bertentangan dengan keputusan Umno menolak kerjasama politik dengan Anwar dan PKR serta DAP.

Semalam, Nazri menggesa Biro Disiplin dan Majlis Kerja Tertinggi Umno untuk menggantung Ahmad Zahid serta merta daripada jawatan presiden kerana tindakannya melanggar ketetapan parti.

Ketetapan tiada kerjasama dengan PKR dan DAP, serta dengan Bersatu, dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno 2020 yang berlangsung pada hujung Mac lalu. – 23 Jun, 2021.

SHAHIDAN TIBAI

ZAHID

KAH KAH KAH

MAT MASLAN

TIBAI SHAHIDAN

KAH KAH KAH

NAZRI  TIBAI

AZLINA 

KAH KAH KAH

 KU LI TIBAI 

TOK MAT

 KAH KAH KAH 

TOK MAT 

TIBAI KJ

KAH KAH KAH

LOKMAN TIBAI

SEMUA

KAH KAH KAH

ANWAR KETAWA

KAH KAH KAH 

KHALAS



HADI DAN ANWAR SAMA

 




HADI DAN ANWAR

SAMA

Unknown commented on 

"NAK TAHU HAL 

ANWAR 

TANYA

 RAFIZI SEKARANG"

Anwar ni,mcm hadi bagi parti pas..makin penyokong dia puja,makin rosak parti.anwar dan hadi plak makin rasa diri hebat...padahal sudah ketinggalan zaman.umpama mercedes batman ,memang hebat,tapi hebat sebagai barang klasik je lah

ZAHID TIPU NAZRI

 


BIJAK

SEMUA INI

PROJEK ANWAR

KAH KAH KAH



Nazri dakwa ditipu Zahid supaya tarik sokongan terhadap Perikatan


MOHAMED Nazri Abdul Aziz mendedahkan penarikan sokongan ahli-ahli Umno terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Januari lalu dirancang oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu memberitahu MalaysiaNow beliau kemudian rasa tertipu apabila presiden Umno itu sendiri tidak menarik balik sokongan terhadap PN.

“Dia (Zahid) yang merancang lepas tu dia sendiri tak tarik diri, dia tipu, kalau tidak kenapa saya nak tarik diri takde sebab. Saya memang rasa saya ditipu.

“Benda ini dirancang oleh presiden. Dalam kalangan kumpulan ahli Parlimen ketika itu presiden membuat keputusan kita tarik diri satu demi satu,” katanya, seperti dipetik portal itu.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu menarik balik sokongan terhadap PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin beberapa jam selepas Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lalu.

Penarikan sokongan itu dibuat selepas Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub juga menarik sokongan terhadap Muhyiddin sehari sebelumnya.

Nazri juga memberitahu MalaysiaNow beliau akan mematuhi keputusan yang dibuat Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, untuk kekal bersama kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.

“Jadi saya ikut parti punya keputusan saya orang parti jadi saya ikutlah,” katanya.

Semalam, Nazri mengaku beliau mengatur usaha mengumpul surat akuan bersumpah (SD) ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Hishammuddin Hussein.

Nazri memberitahu Sinar Harian, sokongan mereka bagaimanapun bukan untuk mengangkat Hishammuddin sebagai perdana menteri menggantikan Muhyiddin.

“Saya boleh sahkan perkara itu kerana saya sendiri yang mengusahakannya sejak dua minggu lalu, setelah kita dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti sekali lagi ke Istana Negara bermula 9 Jun lalu.

“Yang sign (tandatangan) SD ini melibatkan 25 ahli Parlimen BN daripada keseluruhan 41 orang.

“Tujuannya disebabkan kami sudah hilang keyakinan terhadap ketelusan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mewakili parti sewaktu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong tempoh hari,” katanya, seperti dipetik akhbar itu.

Malaysiakini semalam melaporkan Nazri mendedahkan sokongan Umno terhadap Anwar Ibrahim pada 2018 adalah supaya parti itu tidak dibubarkan jika presiden PKR jadi perdana menteri.

“Ketika itu, saya rasa perlu rapat dengan PM akan datang, dan kemudian pujuk dia supaya tidak bubarkan Umno.

“Kerana (perdana menteri ketika itu) Dr Mahathir Mohamad mahu bubarkan Umno,” katanya seperti dipetik.

Anwar tidak lagi diperlukan selepas Umno menjadi sebahagian daripada kerajaan PN.

“Sekarang saya yakin Umno tak akan dibubarkan.” – 24 Jun, 2021.


RAMAI BELUM

SEDAR INI

RANCANGAN

NAK PECAH

UMNO

KAH KAH KAH



HOK GONI MU TANYO DOLAH SANI

 


HOK GONI

MU TANYO

DOLAH SANI

panglimo potaseh commented on 

"BERI VAKSIN 

PADA SEMUA"

Abam cucok vaksin kek bahu ko
 ..kek buntot ..sajo tanyo ..

VAKSIN MASI DLM PERCUBAAN

 


VAKSIN

MASIH DALAM

PERCUBAAN


Unknown commented on 
"BERI VAKSIN 
PADA SEMUA"

Aritu kita kata bagi dia orang dulu suntikan vaksin tu sebab lum tau lagi keberkasanan vaksin-vaksin tu. Kalau ada yang tak kena, mereka akan jalan dulu. Nampak jahat tul niat dan harapan kita tu, tapi tak boleh salahkan kita berpikiran camtu sebab perangai buruk mereka yang menjadikan kita MELUAT dengan mereka.

DARI SURVEY CELAH KANGKANG SAMA BAU SAMA RASA

 




DARI SURVEY

CELAH KANGKANG

PEREMPUAN

SEMUA BANGSA

SAMA BAU

SAMA RASA

capt salai commented on 

"MEMAHAMI 

BAHASA BINATANG"

Kalau ezi ngn tak tak nk mkn dio cakap macam mano..kalau dio cium kangkang amoi kt kubo cino tu nk bg tau bau ikan masin macam mano kah kah kah

IKAN PUYU NAIK KE DARAT

 


IKAN PUYU 

NAIK KE DARAT

SawahSelangor commented on

 "BUDAK KERBAU"

- Ikan puyu tu maybe dari sungai(ini tak dapat dipastikan sawah tempat aku ada sistem parit sendiri). Ikan puyu di sawah selangor datang dari parit. - Ikan puyu ni boleh naik darat. Boleh mengesot. 


Masa musim hujan biasa berlaku. Pernah aku tangkap masa mengesot di tanah. - Ikan haruan boleh hidup di dalam lumpur, air yang makin kering pon boleh hidup.

JERUK MAMAN - TANGKIH CELOR



JERUK MAMAN

TANGKIH CELOR


panglimo potaseh commented on

 "BUDAK KERBAU"

Boto tu TT dulu sawah dah macam supomakit ..somuo ado yg tak do uwan dan atok kau jo. Uwan den tiap ari ko sawah bawak tanggok dan koghopai ..bilo potong lam ko duwo lobih dio balik, tanggong ponoh dongan semilang, tilan, kijing, sipot sodot, puyu ..pucok paku, tangkih, maman. Orang kampong jam tu tak ko pasa walau pun kombong ghogo 20 sen sokati

BERI VAKSIN PADA SEMUA

 


BERI VAKSIN

PADA SEMUA

Unknown commented on

 "AWAS JANGKITAN

 VIRUS ANJAPEM10"

Kenapa bg vaksin kpd ahli parlimen dulu? Nak jadi contoh ? Atau depa takut mati kah kah kah, kalau front liner diberi vaksin kerana mereka bekerja, yang AP ini semua buat apa ya ? Sajalah tanya kot kot kita tak nampak kerja, asyik beratip saban hari dalam FB, media hebat walafiat mereka, tapi tapi hakikatnya semua puak hanya pentingkan diri a bunch of bloody fuckers, 



yang tunggu masuk penjara nak elak, yang jatuh hukum rayuan, yang sondol konsipirasi begitu lah selama lamanya semua ada bab, tapi paling afdal ialah majoriti rakyat masih terima golongan ini sebagai Bossku, sampai pencurik dapat gelaran Bossku, dah tahu pencuri tapi tak apa sebab orang KITA lah kah kah hebat lah kah kah kah

PROJEK TUTUP MATAHARI



PROJEK

TUTUP MATAHARI 

-

Unknown commented on 

"TUTUP MATAHARI DENGAN KABUS - PROJEK BILL GATES LEPAS KOBID"

Ingatkn makin hari makin pandai rupany lg makin bahalol... Sib baik ko tak duduk malaysia, klu tak lencun ko kena ludah... Ade ke nak dikabuskan matahari... Projek virus ko gagal sebab matahari panas sangat ke... Hahahahah Woi gate, jgn sampai kami buat kipas besor pacak dekat banjaran titiwangsa tiup kabus ko nnti, baru padan muka ko nnti...

GERAKAN REPUBLIKAN ?

 


ADAKAH INI

TANDA GERAKAN

REPUBLIKAN

AMIN



Bekas peguam negara 


jelaskan kerajaan 


tidak tertakluk 


di bawah gesaan 


Raja Melayu


ATAU GERAKAN

OPURTUNIS

ANTI ZAHID

ANTI ANWAR

KAH KAH KAH

NAFTALI NI SAPA?

 


NAFTALI NI

SAPA ?

Unknown commented on 

"ANWAR AKAN 

ANGKAT SUMPAH"

Fuck u la hisham rais. 
If naftali can be pm, Anwar too can be

BUDAK KERBAU

 

 BUDAK KERBAU

Aku ingat lagi satu  petang  Emak aku membawa berita gembira.    Berita ini sampai  setelah kami sekeluarga menetap hampir tiga tahun di Sekolah Umum Batu Serambai.

‘ Pak Cik Jaafar dan Kak Jah... nak beri kita  sejenjang sawah...’ Berita gembira dari Emak aku.

‘ Beri macam mana Mak ? ‘ Aku mahu penjelasan.

‘ Sawah dia luas... tak da sapa nak buat sawah... dia ajak kita buat  sawah... bayarlah apa yang patut.... ‘ Emak aku menambah cerita.

Aku kenal Pak Cik Jaafar dan Kak Jah ini.  Mereka ayah dan ibu kepada Usop kawan sedarjah  aku. Pak Cik Jaafar bekas  tentera sama seperti Abah aku.  Kak Jah pula  emak saudara  kepada Cik Gu Jaaman yang  kini telah menjadi Guru Besar  di sekolah  Emak aku di Batu Serambai. Jadi kami  semuanya sekampung dan sekeluarga.

Abah aku satelah berhenti dari menjadi askar telah  menubuhkan satu kumpulan ‘ geng’ lama. Mereka  ini semuanya  berkas askar. Mereka – lima orang – telah    bersetia kawan untuk sesama bantu membatu dalam projek buat kebun sayur dan juga buat sawah.

Kebun sayur ‘ geng askar’ ini di buat di tanah antara sekolah dengan rumah Raja Husin. Tanah ini milik Raja Husin. Tuan tanah  amat senang hati  kerana tanah setengah ekar ini diusahakan. Jika tidak tanah ini terus menjadi  belukar  tempat aku main Perang Jepun.

Geng askar  ini menjadikan keluarga kami    rapat.  Sesekali ketika bergotong royong di sawah Pak Cik Mail  - kami akan makan tengah hari ramai-ramai  di tengah sawah.  Sawah Pak Cik Mail ini tidak jauh dari sawah yang keluarga aku buat.

Sawah yang Abah dan emak aku usahakan  tidak luas. Dalam hitungan orang  Ngeri Sembilan sawah ini satu jenjang. Berapa luas aku pun tidak tahu. Hasil padi tidak sampai 300 gantang.   

Padi yang kami  tuai  ini menghasilkan beras kampung.  Beras padi kampung lebih wangi dari beras yang kami beli di kedai Kuala Klawang.

Sawah oh sawah. Aku tidak mungkin jadi aku kalau tidak kerana  sawah. Sawah dan lopak-lopak padi inilah yang  membina perwatakan aku hingga aku mendewasa  seperti aku wujud hari ini.

Jenjang sawah kami tak jauh dari sungai. Di kiri  di kanan dan di hadapan jenjang sawah orang lain. Sawah kami  di belakang sawah Raja Husin.  Sawah kami menjadi sempadan ke sungai. Melintas sungai ialah kebun  getah dan dusun  orang kampung termasuk dusun durian Pak Cik Jaafar.

Bersawah ketika Emak dan Abah aku  ke sawah  masih belum moden. Menanam padi hanya setahun sekali.  Cangkul dan rembeh  masih alat  utama untuk ke sawah. 


Telah ada mesin tolak  moden jenis Kabota buatan Jepun. Jentera  besar sedikit dari mesin tolak potong rumput ini  boleh disewa  untuk membajak tapi tak ramai yang  menggunakan.  Ini kerana sawah tidak luas  dan tidak memerlukan jentera.

Jangan silap faham – turun ke sawah juga  ada disiplin dan peraturan. Ianya wajib dilakukan  dengan masa dan ketika yang tepat.   Waktu dan tarikh ini bukan mengikut  kalender atau arloji. Kalender dan arloji Ini konsep moden yang lahir dari revolusi industri.  

Konsep masa orang Melayu  berpandukan alam. Konsep masa orang Melayu pun lahir dari membuat sawah. Sawah bermusim justeru masa dan waktu Melayu berpandukan musim.
 
Membuat sawah inilah yang melahirkan budaya Melayu.  Melayu wujud   kerana sawah. Asas budaya Melayu asli  lahir dari  membuat sawah. 

Aku amat yakin akan bab  ini.  Apa tah  lagi bila aku  menganut dan menggunakan pandangan Karl Marx. Pandangan kaum Marxis untuk menganalisa masyarakat adalah melalui pembuatan.  Pembuatan adalah kunci kehidupan manusia. Manusia membuat maka manusia wujud.

Melayu buat sawah  maka budaya Melayu adalah budaya sawah. Wataknya : budaya Melayu  semi feudal dan semi konservatif.

Air  yang masuk ke sawah aku  tak boleh aku tahan. Air ini  wajib berjalan terus untuk  mengalir ke sawah yang lain. Air ini bukan milik peribadi.  Air seperti udara adalah milik  semua. Semua orang kampung – semua warga tahu – air sungai dan air bonda bukan milik peribadi.

Betul tali  air  lalu ke  dalam sawah Raja Husin ke sawah aku. Betul sungai melintas dalam tanah Pak Cik Jaafar – tapi sungai, tali airi dan bonda masih milik bersama.  Mustahil air  diswastakan. 

 Bersawah melahirkan semangat  kekitaan yang maha  kuat lagi  ampuh untuk orang Melayu.

 Sikap  dan budaya setia kawan  dan kekitaan inilah yang aku  alami  ketika aku membesar dalam sawah. 

Dari sinilah  timbulnya sikap dan semangat gotong royong. Sawah padi menyusun orang Melayu untuk  pandai bekerjasama – bijak  tolong menolong.

Bila musim hujan sampai ertinya  permulaan musim ke sawah. Air sungai akan di tutup. Empang batu di Ulu Klawang ditutup agar air akan  masuk ke bonda. Ketika inilah waktunya  sawah wajib mula di kerjakan. 

Parit, pembetung   dan laluan air memulakan  bergotong royong  - laluan air wajib dibaiki.  Sawah di cangkul dan dibajak  - tolong menolong.  Hari sawah aku – esok sawah kau.  Inlah sikap ‘ geng askar’   yang Abah aku menjadi anggota.

Sesudah  talian air mantap   benih padi akan disemai. Aku ingat lagi kami menyemai benih padi di kawasan tanah lapang  di sebelah rumah. Ini tanah milik sekolah.  Abah aku berkebun  disini dan menjadikan  tapak semaian benih padi. 

Tapak  semaian wajib di jaga kerana ketika ini burung pipit dan burung tempua  berkeliaran. Ketika  menunggu benih bercambah dan membesar  sawah dibajak sekali lagi.  Kali ini rumput rampai  dan jerami batang padi musim lepas  dilanyak dalam lumpur untuk dijadikan baja.

Kemudian masuk musim mengubah. Musim mengubah  bermakna  anak padi di ubah  dari tapak semaian  untuk ditanamkan ke dalam sawah yang kini  selut berlumpur. Biasanya ini tugas orang perempuan. Agak ulit – membongkok untuk menanam.  Benih padi  wajib  ditanam tersusun rapi – jarak yang betul agar  padi hidup subur. 

Ketika ini  Emak aku akan turun ke sawah di waktu petang. Pagi Emak aku  mengajar.  Kami adik  beradik hanya mengekor sama – buat ramai. 

Dua minggu satelah mengubah -  anak padi menjadi tegap  dan subur. Sebulan kemudian  masuk musim merumput.  Merumput ini amat menarik kerana lopak  sawah penuh dengan air. Dalam lopak  air ini  ada puyu dan haruan. 

Sampai hari ini aku masih belum tahu dari mana puyu, sembilang, haruan dan katak ini datang.  Ketika  sawah  berlumpur dan agak kering di bajak  semua hidupan ini tak nampak batang hidung.  

Tiga bulan satelah anak  padi di tanam mereka berkeliaran dalam sawah.   Kalau dalam lubuk aku  faham mereka  sentiasa ada disana. Tapi yang tertiba pelbagai  ikan berada dalam lopak sawah - dari ceruk mana mereka  datang.

Ketika ini juga di permatang sawah akan ada pacat. Dalam sawah pula akan ada lintah. Dari mana mereka datang?

Inilah soalan ilmiah yang aku sendiri tidak memiliki  ilmu untuk menjawab.  

Kerana pacat dan mensiang yang tumbuh permatang sawah pernah aku pernah  membuat satu cadangan. Aku anggap cadangan aku ini amat bijak.

‘ Mak kenapa kita tak simen aje... permatang... senang kita nak berjalan... tak calar balar ... tak gatal kaki terkena mensiang...’  Cadangan bijak aku.

‘ Bilo kau kayo nanti... kau bueklaaa..’ Ini jawapan  dari Tok Wan Rahmah  aku yang sesekali datang juga ke  sawah membawa kail untuk mencuba nasib di lubuk di tengah sawah.

Aku ingat lagi sesudah musim merumput – ketika menunggu  padi bunting bersusu -  ramai burung Wakwak datang mencari belalang. Abah aku amat bijak. Selalu Abah aku  berjaya dapat memerangkap dua tiga ekor Wakwak untuk di goreng.  

Musim pertama kami ke  sawah padi naik ke kepok hampir 200 gantang.  Kepok padi kami di belakang rumah sebelah reban ayam.   Kami sekeluarga gembira.  Aku tak tahu berapa  ringgit sewa  sawah yang perlu di  bayar pada Pak Cik Jaafar. 


Biasanya Emak atau  Tok Wan  aku akan menyuruh aku menjemur padi sebelum hari Rabu. Ini kerana pada hari Rabu mesin padi akan sampai dari Peradong. Ini mesin milik Syarikat Kerjasama Pesawah Jelebu. Kampung Peradong  dijadikan pusat padi untuk daerah Jelebu. 

Mesin padi ini bergerak dari kampung ke kampung di seluruh Jelebu mengikut  hari yang ditetapkan.  Selepas musim menuai  setiap minggu mesin padi akan sampai. Kemudian dua minggu sekali atau  bila pelanggan kurang  tarikh baru yang akan diumumkan.

Tapi Emak aku tetap dengan budaya Melayu. Kami masih ada lesung kayu.  Lesung penumbuk padi bukan lesung kaki. Emak aku juga membeli alat pengipas  padi yang di buat dari papan. Alat ini  untuk mengangin padi sebelum di jemur.

Baru nak masuk musim   ke dua keluarga aku ke sawah Abah aku pula membawa satu lagi berita baik.

‘ Kita akan dapat kerbau...’  Ayah aku bercakap pendek.

‘ Kerbau apa pulak...’ Aku menyoal.

‘ Kerbau kerajaan... kerajaan bagi pada orang  kampung yang buat sawah... Ini rancangan kerajaan untuk bantu orang  kampung....bila kerbau dah beranak... kita pulangkan anaknya pada kerajaan... ibu kerbau kita punya...kerbau milik kita....‘ Penerangan jelas dari Cik Gu Zaleha. 

‘ Berapa ekor... sapa lagi dapat.. bila nak dapat...’ Aku  menembak soalan satu per satu dengan tidak sabar menunggu jawapan.

Dua minggu kemudian pada petang Sabtu sebuah  lori  dari Jabatan Pertanian Jelebu  sampai. Lori ini membawa 8 ekor kerbau. Lori ini  telah berhenti depan padang sekolah. Lapan keluarga  telah dipilih.  

Dari apa yang aku dengar kerbau ini didatangkan  dari Kelantan.  Umur kerbau ini betingkah. Ada  yang agak tua kerana tanduknya panjang melintang. Ada yang masih dara tanduknya pendek menjulur.

Siapa orang kampung yang dapat kerbau itu aku tidak ingat lagi. Tapi aku tidak akan melupakan Raja Deraman dan anaknya Ujang. Raja Deraman juga mendapat sekor kerbau. Kerbau dara sama sebaya  dengan kerbau aku. 

Keluarga Raja Deraman ini duduk di sebelah rumah Raja Husin tak jauh dari rumah aku. Ujang ini setahun lebih muda dari aku.

Aku tidak dapat tuliskan disini betapa gembiranya aku  pada petang itu.   Keluarga aku mendapat seekor kerbau. Orang Kampung Batu Serambai dapat kerbau di beri oleh kerajaan.  Di kampung kami tidak pernah  ada kerbau. Jadi langkah  kerajaan ini adalah  ini permulaan dengan harapan kerbau lapan ekor kerbau ini akan membiak.

Kerbau aku ini telah bertindik hidung.  Telinganya telah ada angka.  Hidungnya telah ada cincin. Aku hanya  membawa tali untuk  membawa  kerbau ini pulang.

Kandang kerbau – beratap zink -  yang Abah aku telah sediakan lebih awal  terletak  ini di bawah pokok jambu sebelah tandas tidak jauh dari tapak semaian padi. Petang itu  aku dengan penuh kegembiraan telah  membawa Sang Kerbau ke kandangnya.

Malam itu sesudah makan keluarga kami bersidang.   Persidangan untuk mencari nama yang sesuai  kepada kerbau ini.

‘ Kembang... namanya... hidung dia kembang dan harap dia akan berkembang membiak...’ Cadangan dari Cik Gu Zaleha. Semua bersetuju.

‘Isam.... kobao ni kau jaga... jangan lupo... ni kobao kerajaan...’ Tok Wan aku memberi ingatan.


Semenjak malam itu aku menjadi budak kerbau. Kawan dan teman baik aku ialah Ujang anak Raja Deraman.   Kami berdua ada kerbau. 

Setiap  petang balik dari sekolah  selepas makan aku akan membuka  tali  Kembang. Aku akan tarik Kembang ke  kawasan yang  banyak rumput.    Aku mula belajar mengenal kawasan lapang di sekeliling kampung. Juga mengenal kawasan kebun getah yang berumput.

Ujang ada aku bertukar maklumat. Kami saling bantu membantu. 

Kadang kala aku membawa buku cerita untuk dibaca ketika kerbau aku makan rumput. Jika tidak  aku wajib   menunggu Kembang  kenyang  meragut rumput mungkin satu dua jam. Ini membosankan. Buku cerita memadamkan kebosanan.

Kadang kala aku ikat Kembang di tepi sungai yang banyak rumput dan aku mandi dalam sungai. Sebagai budak kerbau aku wajib kreatif untuk membunuh kebosanan. 

Pulang dari meragut  aku wajib memasang api untuk mengasapkan kandang. Asap ini untuk menghalau nyamuk dan agas dari menyerang Kembang.

Ramai tak sedar – malah aku sendiri juga terperanjat – bila aku memahami perangai Kembang. Kerbau bukan macam lembu  terberak di mana rasa  nak terberak. Kerbau memiliki sifat yang bersih. Kerbau akan keluar dari kandang dan terberak di luar kandang.

Badan kerbau berlumpur kerana ada sebab. Bukan kerana kerbau pengotor.   Kulit kerbau tidak berbulu seperti kambing atau lembu. Justeru kerbau senang menjadi mangsa nyamuk dan agas. Kulit kerbau tidak kasar.

 Kerbau suka berlumpur kerana lumpur di badan  menjadi alat  pendinding  dari serangan  nyamuk.  Lumpur  juga jadi pendingin dari  panahan cahaya matahari. 

Pada awalnya aku tak sedar perkara ini. Setiap petang sebelum  masuk kandang aku akan membawa Kembang ke bonda . Disini aku akan membersihkan  semua lumpur.  Aku mahu Kembang  mandi dan dilihat bersih.

‘ Biarkan berlumpur... nyamuk tak datang...’ Ujang memberi penerangan.

‘ Kobao kito ni daro lagi...’ Ujang memberi penjelasan.

‘ Belum bunting  lagi ko.. ‘ Aku bertanya.

‘ Bolom kono lagi... kampong kito mano ado kobao  jantan... di Komin adolaaa... bolom berancuk mana nak bunting..’  Ujang menerangkan seolah-olah dia pakar binatang.

Sesekali aku lihat  ke  pantat Kembang.  Betulkah Kembang masih dara.  Dalam hal ini aku  kurang arif.  Tapi aku  mahu Kembang bunting.  Aku merasa ini satu maslah besar.  Di kampung Batu Sarambai  hanya ada 8 ekor kerbau dan semuanya  betina. 

‘ Komin ado banyak kobao..’ Ujang memberi maklumat.

Ujang meyakinkan aku   kerbau jantan pasti ada.  Kampung Kemin  ini  sebatu lebih jauhnya dari kampung kami. Kampung ini mengarah ke pekan Kuala Klawang. Sawah di kampung ini juga agak luas.

Aku menyimpan harapan  agar Kembang akan jumpa jantan dari Kampung Kemin. Tanpa  jantan Kembang aku tidak akan bunting. Selagi tak beranak Kembang bukan milik aku. Kembang akan terus jadi milik  Jabatan Pertanian.

Waktu bermain aku kini tidak sebebas sebelum aku ada Kembang. Kembang kini menjadikan sebahagian dari jadual  harian aku.  Tali yang mengikat hidung Kembang itu juga sedang mengikat  aku sama.

Aku dan Ujang sedang menunggu  musim sawah selesai. Bila musim sawah selesai -  padi semua telah dituai – sawah akan menjadi padang.  Aku akan lepaskan Kembang.

Aku mahu Kembang pecah dara. (TT)



TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/06/24/budak-kerbau/



NAK TAHU HAL ANWAR TANYA RAFIZI SEKARANG

 


NAK TAHU

HAL ANWAR

TANYA RAFIZI

SEKARANG

cikminah commented on

 "NIAT TONG 

CHINA JAHAT"

Anwar ibarat ketam, 
menyuruh anak berjalan lurus.

Unknown commented on 

"NIAT TONG 

CHINA JAHAT"

https://m.malaysiakini.com/news/580115 Dah sah! Kerajaan Pakatan Harapan runtuh kerana Anwar subahat dengan UMNO dan sabotaj. Tapi akhirnya, Anwar ditipu UMNO juga dan gagal Jadi perdana menteri.

MUHYIDIN BERNAFAS DALAM LUMPUR

 

MUHYIDIN

BERNAFAS DALAM

LUMPUR

KAH KAH KAH

KINI DAPAT 

OXYGEN DARI

GERAKAN ANTI

ANWAR-ZAHID

AMIN



Kami tidak sokong usul tidak percaya, kata ahli Parlimen BN

SEMUA 42 ahli Parlimen Barisan Nasional tidak akan menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan untuk perbahasan di Dewan Rakyat apabila Parlimen bersidang nanti.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menegaskan untuk mengurangkan suhu politik, seperti yang dititah nasihat oleh Raja-Raja Melayu, sidang Dewan Rakyat nanti mesti memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan pandemik Covid-19.

“Kami amat mengharapkan sidang Parlimen ini akan dapat memberi tumpuan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Oleh yang demikian dan bagi menjunjung titah Tuanku supaya suhu politik dapat diredakan maka kami setuju untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

BN mempunyai 38 ahli Parlimen dari Umno, termasuk 3 yang sudah menarik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Baki empat ahli Parlimen lagi terdiri daripada MCA (2), MIC (1) dan PBRS (1).

Kenyataan itu juga menyebut ahli-ahli Parlimen BN sepakat untuk terus mendukung pelan pemulihan negara keluar daripada pandemik Covid-19, seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun lalu.

Semua menteri dan timbalan menteri BN juga akan memastikan komitmen melaksanakan tugas dan peranan mereka dalam urusan pandemik Covid-19 sesuai dengan portfolio masing-masing, kata kenyataan itu.

“Apa yang pasti keutamaan ahli-ahli Parlimen daripada Umno dan BN adalah demi kelangsungan hidup rakyat dengan fokus kepada keselamatan dan kesejahteraan di samping masa hadapan negara Malaysia,” kata mereka.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang sebelum ini menyeru moratorium politik sehingga dua tahun bagi membolehkan negara fokus kepada usaha untuk memenangi peperangan melawan pandemik Covid-19.

Pada Ahad, Muhyiddin berkata usaha membuka semula Parlimen akan diteliti sebuah jawatankuasa bersama yang disertai wakil kerajaan dan pembangkang. – 23 Jun, 2021


NAK BUAT

MACAM MANA

KAH KAH KAH

RAMAI TAK

MINAT DENGAN

ABANG NON

KAH KAH KAH