Selasa, 17 Ogos 2021

LETIH DENGAN POLITIK - MARI RAYAKAN BUDAYA KITA

 


LETIH DENGAN POLITIK

MARI RAYAKAN

BUDAYA KITA

KHALAS 

MACAM JURU CAKAP AGONG PULAK

 


PRINCE CHARLES

ADA  JEMPUT

  SENATOR YUMADI

KE ISTANA 

BUCKINGHAM

UNTUK JAMUAN  

MAKAN MALAM

AMIN

LU TAK CAYA

LU TANYA 

PRINCE CHARLES

SENDIRI

KHALAS 




Agong titah nasihat suasana politik baharu, kata Anwar

PEMIMPIN parti politik yang dipanggil mengadap ke Istana Negara hari ini mencapai persefahaman ke arah “hala tuju baharu” yang akan membentuk suatu lanskap baharu politik, kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Beliau menyebut bentuk politik yang membangun dan bukannya menghukum, seperti titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada ketua dan wakil parti politik yang mengadap di Istana Negara.

“Isunya bukan saja pelantikan seorang perdana menteri baharu tetapi lebih penting, seperti yang ditekankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, untuk menggagas suatu bentuk politik baharu yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat” katanya kepada pemberita di luar Istana Negara, petang tadi.

Presiden PKR bertemu pemberita bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu selesai majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Majlis turut disertai ketua dan wakil parti politik termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, serta Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili presiden Abdul Hadi Awang.

The Malaysian Insight difahamkan Bersatu diwakili setiausaha agungnya Hamzah Zainuddin sementara Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Abang Johari Openg menyertai mesyuarat secara sidang video.

Majlis mengadap berlangsung ketika 220 ahli parlimen diberi masa sehingga 4 petang esok untuk menamakan perdana menteri pilihan mereka melalui surat akuan kepada Yang di Pertuan Agong

Titah nasihat

Anwar memaklumkan Al-Sultan Abdullah memulakan majlis dengan menasihati mereka tentang pentingnya semua pihak bersatu menghadapi Covid-19 dan kesan ekonominya.

Al-Sultan Abdullah juga bertitah perdana menteri baharu akan dipilih mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan tetapi pada masa sama politik mesti berubah.

“Yang menang jangan jadi seperti pernah berlaku ‘memakan’ yang kalah,” katanya, merumuskan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Anwar, semua pemimpin parti yang hadir nampak mempunyai konsensus untuk menghentikan politik cara lama dan membina politik baharu yang lebih membangun.

Majlis difahamkan berlangsung serentak dan bukannya berasingan seperti majlis mengadap pada Jun lalu dan ketika kemelut pembentukan kerajaan selepas pentadbiran Pakatan Harapan runtuh pada hujung Februari 2020. – 17 Ogos, 2021.


SENATOR

YUSMADI JUGA

DAPAT PANGGILAN

DARI OBAMA

AMIN

YUSMADI DIAJAK

MAIN GOLF

AMIN

LU TAK CAYA

LU GI TANYA

OBAMA

KAH KAH KAH 



BERITA MUSTAHIL

 


BERITA INI

TAK BETUL

AMIN

MUSTAHIL SABRI

ADA NUMBO

KAH KAH KAH

YANG ADA NUMBO

HANYA 

ANWAR IBRAHIM

KHALAS



Ismail Sabri dahului saingan calon PM, kata sumber

PERIKATAN Nasional mempunyai jumlah sokongan paling tinggi setakat ini untuk kembali sebagai kerajaan dan menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri, kata sumber parti.

“Ada 100 ahli Parlimen sokong Ismail Sabri, 15 ahli parlimen Umno sokong Tengku Razaleigh Hamzah.

“Anwar Ibrahim ada 92 sokongan dan ada 13 yang sokong Shafie Apdal,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Sumber yang maklum mengenai surat akuan sokongan calon perdana menteri berkata ahli-ahli parlimen PN termasuk beberapa wakil rakyat bebas menandatangani dokumen itu, semalam.

Ismail yang juga naib presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri mendapat sokongan daripada PN yang mempunyai 50 ahli parlimen serta 23 ahli parlimen Umno yang sebelum ini mendukung Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Beliau juga disokong wakil rakyat MCA (2), MIC (1), PBS (1), PBRS (1) dan empat ahli parlimen bebas bekas PKR.

Anwar pula mendapat dukungan daripada 35 ahli parlimen partinya sendiri PKR, DAP (45) dan Amanah (11) serta empat daripada wakil rakyat Sabah, Sarawak dan bebas.

Sokongan kepada Shafie datang daripada Warisan (8), Pejuang (4) dan seorang ahli parlimen bebas, sementara Tengku Razaleigh disokong 15 ahli parlimen yang menolak kepimpinan Muhyiddin.

Awal hari ini, ketua pemuda Warisan Azis Jamman berkata partinya sedia menyokong Anwar jadi perdana menteri sekiranya ketua pembangkang itu mendapat “angka ajaib” yang diperlukan, tambahan kepada seluruh 105 ahli parlimen pembangkang sekarang.

Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang di-Pertuan Agong melantik sebagai perdana menteri seorang ahli Dewan Rakyat “yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.”

Awal hari ini, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun meminta ahli parlimen menyerahkan kepada Istana Negara sebelum 4 petang esok surat akuan sokongan mereka.

The Malaysian Insight mengumpulkan maklumat ini daripada beberapa sumber sebelum dan selepas majlis mengadap ketua dan wakil parti politik dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang tadi.

The Malaysian Insight mengesahkan maklumat dengan seorang pemimpin parti pembangkang dan sedang mendapatkan maklumat tambahan daripada beberapa pihak. – 17 Ogos, 2021.



LU TAK CAYA

ANWAR ADA

NUMBO ?

AMIN

LU GI TANYA

YB SAMSUL

AMIN

KALAU MASIH

TAK CAYA 

LU GI TANYA

YB DOLAH SANI

KAH KAH KAH

 MASIH TAK CAYA

 GI TANYA SULTAN 

MELAKA

KHALAS



MAK JANDA AKAN SAMAN MUHHYIDIN

 

 DAH JANDA

KE BELUM JANDA

KAH KAH KAH

TAPI BERANI SAMAN

MACAM PERANGAI

 JANDA

KAH KAH KAH

BAGUS SAMAN INI

AKAN KELUAR

BANYAK KESAH

KAH KAH KAH



Najib mahu saman Muhyiddin

UALA LUMPUR –  Najib akan saman fitnah terhadap  Muhyiddin Yassin.

Selain Muhyiddin, Najib juga akan melakukan perkara yang sama terhadap Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan.

“Perangai dia sebijik dengan  Mahathir (Mohamad). Buat video propaganda sedih-sedih. Suka lempar tuduhan tidak berasas. Saya tak main propaganda. Saya tak main air liur. Saya berdasarkan bukti, kebenaran serta data dan sains.

“Kami cabar kamu buat laporan polis bahawa ada yang suruh kamu ganggu kes utama, kamu tak berani. Sampai kita perlu buat untuk kamu. Suruh kamu keluarkan bukti, kamu tak ada.

“Sebab itu, peguam saya akan mengemukakan saman fitnah serta mohon kepada mahkamah untuk ambil tindakan terhadap Muhyiddin dan Wan Saiful Wan Jan kerana menghina mahkamah,” katanya dalam kenyataan di Facebook malam ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Muhyiddin semasa mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri hari ini dan dalam kenyataannya beliau didakwa turut mengheret nama Najib.

Menurut Najib, Muhyiddin kata dia turun sebab ada yang rakus kuasa mahu jawatan dia.

“Tapi dia sudah lupa siapa yang rakus kuasa untuk tikam belakang Mahathir dan khianat gabungan dia untuk rampas kuasa setelah parti dia kalah begitu teruk sekali kepada BN pada PRK Tanjung Piai dan mula minta nyawa pada kami.

“Siapa yang rakus untuk kekalkan kuasa sehingga hentikan parlimen selama tujuh bulan dan selepas dipaksa bersambung, dia tak benarkan ordinan darurat dibentang sehingga terpaksa menipu YDP Agong?” soalnya lagi.

Menurut Najib, Muhyiddin berkata, jalan paling mudah untuk dia kekalkan kuasa ialah dia bersuhabat dengan “kleptokrat” tetapi dia tidak akan buat begitu.

“Tapi dia lupa bahawa “kleptokrat” juga yang dia minta nyawa dan naikkan dia jadi PM pada tahun lalu.

“Dia kata dia dipecat sebagai Timbalan PM oleh saya sebab 1MDB. Tidak dia dipecat sebagai TPM sebab dia berkomplot dengan Mahathir dan Mukhriz sejak tahun 2014 untuk tumbangkan saya sebagai presiden UMNO dan PM – jauh sebelum isu 1MDB.

“Okay. Kamu fitnah bahawa kamu khianat saya sebab 1MDB.
Adakah 1MDB sebab utama kamu khianat Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) untuk naik ke Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri?

“Adakah 1MDB sebab utama khianat Mahathir untuk naik ke Presiden dan Perdana Menteri?  Sampai sekarang dia tak nak mengaku bahawa sebab utama dia perlu undur ialah rekod dia amat teruk sekali. Kegagalan world-class,” dakwa Najib.- 

 

MUHYIDIN WAJIB

BOCORKAN SEMUA

BAGI RAKYAT TAHU

AMIN

BIAR RAKYAT

TAHU SIAPA

PENYAMUN INI

AMIN



KLUSTER MAHKAMAH PASANG DUA TAJUR

 



TIM MAHKAMAH

BIJAK


PASAR DUA TAJUR

SATU DENGAN

ANWAR IBRAHIM

SATU LAGI 

 DENGAN

ISMAIL SABRI

MANA KENA

AKAN BINGKAS

AMIN

UNDI UNTUK

TIDAK DIHANTAR

KE SUNGAI BULUH

KHALAS

INI BUKAN SD AZILAH ATAU SD YUSUF RAWTHER

 


SD INI BUKAN

SD YUSOF RAWTHER

UNTUK ANWAR

AMIN

SD INI BUKAN

SD AZILAH

 UNTUK NAJIB

AMIN 



Speaker Dewan Rakyat minta surat akuan sokongan PM sebelum petang esok

YANG di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun meminta ahli Parlimen menghantar surat akuan kepada Istana Negara menyatakan sokongan mereka kepada anggota Dewan Rakyat untuk jadi perdana menteri yang baharu.

Beliau meminta surat akuan itu dihantar kepada Istana Negara sebelum 4 petang esok.

“Pada melaksanakan perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya dengan ini memberi notis kepada Yang Berhormat spaya menyerahkan satu surat akuan yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Yang Berhormat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-9,” katanya dalam pekeliling kepada semua anggota Dewan Rakyat.

The Malaysian Insight melihat salinan pekeliling itu yang bertarikh hari ini.

Sekurang-kurangnya tiga ahli Dewan Rakyat mengesahkan kepada The Malaysian Insight menerima notis berkenaan.

Notis itu menyebut surat akuan berkenaan boleh dihantar secara faks, e-mel atau WhatsApp, tetapi tidak boleh secara serahan tangan kerana Istana Negara bagi pencegahan pandemik Covid-19.

Surat akuan itu perlu diserahkan kepada setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong, Nazim Mohd Alim.

“Mana-mana surat akuan Yang Berhormat yang tidak mematuhi perkara-perkara di atas ataupun yang diterima lewat tidak akan diambil kira,” kata Azhar.

Beliau juga mengingatkan mereka supaya menjaga kerahsiaan surat akuan masing-masing sehingga Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri.

Ini kali pertama seorang Yang di-Pertua Dewan Rakyat terlibat dalam proses pemilihan seorang perdana menteri.

Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyebut seorang perdana menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan “seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.”

Perlembagaan tidak menyebut, dan sebelum ini juga, Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak terlibat dalam proses pemilihan perdana menteri.

Beberapa sumber parti politik malam tadi mengesahkan Yang di-Pertuan Agong memanggil ketua atau wakil parti mengadap di Istana Negara, 2 petang ini, susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin semalam.

Muhyiddin hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk kekal perdana menteri selepas 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan mereka.

Pada 4 Ogos, Muhyiddin berkata peletakan jawatannya tidak timbul dan beliau mengumumkan kesediaan mengusulkan undi percaya untuk menguji keabsahannya di Dewan Rakyat apabila bersidang pada September.

Seminggu kemudian Muhyiddin menawarkan tujuh cadangan pembaharuan sebagai ganti mendapatkan sokongan daripada ahli parlimen untuk mengekalkan kerajaannya.

Parti pembangkang menolak tawaran Muhyiddin, yang mereka sifatkan “cubaan rasuah terbuka melalui televisyen” sementara beberapa wakil mereka juga memfailkan laporan polis. 

Semalam, Muhyiddin menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. 

Katanya, beliau letak jawatan untuk mempertahankan prinsip daripada kumpulan ahli politik kleptokrat yang rakus kuasa. – 17 Ogos, 2021.

SD INI UNTUK

PADAMKAN

SEMUA SD YANG

SEDIA WUJUD

KHALAS



PASAI APA GUNA NAMA GENG SAKAI ?

 


ADA SAPA TAHU

CERITA PASAL

APA NAMA

GENG SAKAI

AMIN


3 Geng Sakai didakwa

KUALA LUMPUR – Seramai tiga lagi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali ‘Geng Sakai’ didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Ketiga-tiga suspek didakwa atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang antara Januari 2015 dan Jun 2021.

Suspek, Sukhdave Singh Jesvir Singh, 20, R Logeswaran, 23, dan A Jayaprakash, 18, dibicarakan dihadapan Hakim MM Edwin Paramjothy.

Ketiga-tiga tertuduh hanya mengangguk namun tidak ada sebarang pengakuan direkodkan.

Ini kerana, kesemua mereka telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Flat Sri Selangor, antara Januari 2015 dan 20 Jun 2021, dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan dibarisi oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad, Nur Ainaa Ridzwan, Maryam Jamielah Manaff dan Rajdeep Singh Bhupinder Singh.

Hanya Logeswaran diwakili oleh peguam R Kirthiraj mewakili manakala dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim kemudian membenarkan permohonan untuk memindahkan kes ketiga-tiga tertuduh dan kes 19 lelaki yang didakwa sebelum ini atas pertuduhan sama ke Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini, seramai 19 ahli daripada 23 orang disyaki ahli Geng Sakai yang ditahan sudah didakwa di mahkamah sama pada 13 Julai lalu.

Pada Jun lalu, polis berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah terbabit susulan penahanan 24 ahli di sekitar ibu negara, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu.

Pada 13 Julai lalu, seramai 19 lelaki termasuk Rosli Sahak (dipercayai ketua kumpulan itu yang digelar Sakai) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sama atas pertuduhan serupa. 


SAPA TAHU

SIAPA DIA

ROSLI SAHAK

AMIN



GEROMBOLAN INI ASALNYA BONEKA INGGERIS

 






GEROMBOLAN INI

ASALNYA BONEKA

INGGERIS

KHALAS 

Anto nyo beraga @ Antoniobraga commented on "MAHIADIN

 GANTI MUHYIDIN"

Pada aku la tt...selagi munke UMNO dan munke bekas UMANO jadi pemerintah negara ni selagi itulah negara ini x kan aman,maju dan tenteram....Kenkadang tu aku rasa orang melayu ni macam x boleh la jadi pemerintah negara...


semua watak macam kaki gebang kedai kopi..sembang kencang apa pun tarak...Jadi pada pendapatan aku la...naikkan pemerintah yang bukan dari tong UMNO SEBAB DIORANG BAWA BUDAYA umno KEDALAM pemerintahan negara..aaaaaaaaa mak nya biru#

ANWAR KLIM CUKUP NUMBO

 


ANWAR KLIM

CUKUP NUMBO

SEKARANG

 BUKTIKAN

AMIN

Unknown commented on 

"MASA ANWAR 

TELAH SAMPAI"

Bro, gua pun ragu2 Anwar ada cukup nombo tp dibuatnya dia dpt buktikan cukup nombo apa kita nak buat tt? Hentam dah hentam dah, brp bnyk tulisan nganjing kita dah buat, tp kalu dia naik jugak kita pindah Finlandlah.

AWAS ! MENJELMA KEMBALI

 



AWAS !

MENJELMA KEMBALI

AMIN

panglimo potaseh commented on 

"TEMPAH BAJU"

Malikul dari PM penoh skrg dah jadi PM kertaiker ..gaji/elaun kiro camno ..naik ko turun ..kamsen dapek tak ..tanyo jo ..kihkihkih ..atau dapek bantuan Kovid One off ..

KUASA SEKARANG - AKHIRAT LEPAS MATI

 


KUASA SEKARANG

AKHIRAT LEPAS 

MATI

AMIN

Unknown commented on 

"SAPA SOKONG 

KLUSTER MAHKAMAH"

Kluster mahkamah ni kaki rasuah & skondeng duit rakyat ke bukan kes yg di ampun agong . Kena jelas sikit bodoh piang hang ni asyik dok tembak Abam saja .hang ni orang Islam tak takut kena jawab di akhirat nanti. Janji geng Abam pun ada sokong juga.

POLITIK BARU TITAH AGONG

 


POLITIK BARU

MACAM MANA?

AMIN 




Agong titah nasihat suasana politik baharu, kata Anwar


BOLEHKAH

POLITIKUS

BERUBAH

AMIN

MANDAT RAKYAT

 


 MANDAT RAKYAT

AMIN


capt salai commented on 

"SAPA DAPAT

 KONTREK 5G"

Hahaha padan muka..nak sangat jadi PM aritu masa sailang atok tak ingat ketepikan mandat rakyat,nak sangat jadi PM bila dah gagal buat muka kesian..poodahhh..eh ramai pulak bersimpati pada pengkianat ni pelik betol la rakyat malaysia ni..adoiii

KALAU TAK BUNUH DIA MELAWAN BALIK

 



 KALAU TAK BUNUH

DIA  AKAN

MELAWAN BALIK

AMIN

cikminah commented on 

"TAHNIAH MUHYIDIN"

Muhyiddin patut sumbat Najib dan semua kluster mahkamah ke Sg.Buluh masa dia berkuasa. Sekarang Najib nak saman Muhyiddin sebab fitnahkan dia dgn tuduhan dia mendesak mintak Muhyiddin campor tangan dalam kesnya di mahkamah sedangkan dia suci murni, tak pernah buat salah. Semuanya salah Muhyuddin. Padanlah muka Muhyiddin sebab tak nak dengar nasihat Tun Madat dan percaya pada penyangak ni. KARMA, KARMA.....Aminnnnn

TEMPAH BAJU

 


 

DAH TEMPAH 

BAJU MELAYU

AMIN

Unknown commented on

 "ANGKAT TANGAN PASRAH"

Ko jangan TT, ada yg dh tempah baju melayu ke? Kah Kah Kah Kah Kah

SALAH CAMPUR TANGAN HAL MAKAMAH

 


 SALAH CAMPUR

TANGAN HAL

MAHKAMAH

AMIN

Unknown commented on 

"AL JIBUN WAL TAMAT TUN"

Campurr urusan mahkamah. Ketuk kepala hakim buat kerja laju2..kasi masukkn jel geng penyamon. Melawan kalu kasi haram umno. Dah alang2 tergolek..kasi havoc la mudin.kehleh



Unknown commented on

 "OOH WAK - 

TAKUT PASAI APA"

Lambat. Mudin terlalu lembab. Sepatutnya dia masok campor mahkamah. Percepatkan jel penyamon2 negara. Kasi bunuh dulu musuh awal2.kahkahkah Tinggal satu lagi..jadi pm sementara. Kasi cepat haramkan umno.khalas



MUHIYIDIN CADANG DIRINYA SEKALI LAGI

 

 MUHYIDIN CADANG

DIRINYA SEKALI

LAGI

KAH KAH KAH

DUA SOALAN 

TIMBUL

AMIN

PERTAMA:

ADAKAH AGONG

TERIMA

KEDUA:

ADAKAH RAKYAT

TERIMA

AMIN




Terpulang kepada Agong untuk cari pemimpin yang mempunyai majoriti

KUALA LUMPUR –  Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan dia akan kembali sebagai perdana menteri.

Bercakap media semalam setelah selepas melepaskan jawatannya, Muhyiddin berkata: “Well, let’s see” sambil menyifatkan peletakan jawatan itu tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, Muhyiddin percaya beliau adalah perdana menteri yang mempunyai undi terbesar walaupun tidak meraih majoriti.

“(Tapi) saya percaya, sebelum saya berhenti ini, saya lah perdana menteri waktu itu yang mempunyai ‘majoriti’ (sokongan undi yang terbesar, meski tidak meraih majoriti),” katanya seperti yang dilapor Malaysiakini.

Muhyiddin berkata, ahli Parlimen lain yang mendakwa mereka memperoleh majoriti juga tidak pernah dapat membuktikannya.

Beliau dipercayai merujuk kepada Presiden Parti Keadialan Rakyat, Anwar Ibrahim walaupun tidak menyebutnya.

“Pernah juga (ada) satu ahli Parlimen satu ketika itu dia pergi kata dia ada ‘convincing and formidable’ (majoriti yang kukuh dan meyakinkan), tapi kebelakangan ini tidak dengarlah.

“Kami ahli politik, ada maklumat sendiri. Tak ada sesiapa yang mempunyai sokongan tertinggi berbanding saya,” tambahnya.

Muhyiddin mendakwa “ramai rakyat Malaysia” yang ingin dia kekal sebagai perdana menteri, namun dia harus mematuhi demokrasi berparlimen.

“Ramai rakyat Malaysia meminta ‘Abah, tolong terus dan jangan berhenti, kami mencintaimu’. Ini sangat menyentuh. Saya harap saya dapat melakukannya tetapi di bawah demokrasi berparlimen, kedudukan perdana menteri adalah berdasarkan ketentuan Perlembagaan Persekutuan, “katanya.

“Bagaimana (seperti) saya telah sebutkan dalam ucapan saya kepada seluruh rakyat Malaysia, kalau ikut perasaaan saya, macam mana yang dihasratkan oleh ramai rakyat Malaysia minta supaya terus kekal. ‘abah jangan berhenti, kami sayang’. Sangat menyentuh hati.

“Saya harap saya dapat kekal, tapi di bawah sistem demokrasi berparlimen, lantikan seperti jawatan perdana menteri ini bersandarkan peruntukan dalam perlembagaan,” katanya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seseorang perdana menteri mempunyai mesti mempunyai sokongan majoriti dari keseluruhan ahli Parlimen. Seseorang ahli parlimen boleh meraih sokongan tertinggi, namu pada masa sama tidak mempunyai majoriti.

Muhyiddin berkata, kini terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mencari pemimpin yang mempunyai majoriti mengikut prosedur Perlembagaan.

 

KRISIS INI

TAK SELESAI

AMIN

HINGGA PRU15

AMIN

HANYA PRU15

BOLEH BUKTIKAN

SECARA TERBUKA

SAPA ADA SOKONGAN

KHALAS