Sabtu, 21 Ogos 2021

HOT HOT TERKINI TER NOW

 



AL-FATIHAH
SULTAN MELAKA

MANGKAT

AMIN

MELAYU TETAP MELAYU BERJOGET DAN BERTANDAK

 



 MELAYU TETAP

 MELAYU

BERJOGET 

BERTANDAK

AMIN

BERITA GANJIL LAGI PELIK

 



 YA AMPOON

YA MAULANA

APA MAKNA

BERITA  INI

KHALAS





Istana Johor timbulkan keraguan isu lantik PM baharu

BEBERAPA kenyataan istana Johor mengenai pemilihan pemimpin menunjukkan keraguan raja pemerintah negeri itu dalam isu pelantikan perdana menteri baharu.

Kenyataan tersebut, salah satunya di platform media sosial Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar antara lain memetik hadis diriwayatkan Abu Hurairah mengenai sifat munafik.

“Tanda orang munafik ada tiga iaitu – apabila dia bercakap dia berdusta, dan apabila dia berjanji dia memungkiri, dan apabila diberi amanah dia telah mengkhianati.”

Pada masa sama, anakanda baginda Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris pula menegaskan mengenai kepentingan prinsip seseorang pemimpin.

Platform media sosialnya menyiarkan slogan: “Pemimpin sebenar tidak boleh dibeli” dengan imej bendera Malaysia.

Satu lagi kenyataan di platform itu menyebut sikap Johor untuk tidak menyokong keputusan yang dianggap memberi kesan buruk.

“Apa-apa keputusan yang menjejaskan perlembagaan, kedaulatan institusi diraja dan kesejahteraan rakyat, Johor tidak ingin terlibat.

“Keutamaan adalah kestabilan negara, kehidupan rakyat, dan bukan kepentingan peribadi.”

Kenyataan itu muncul sewaktu Raja-Raja Melayu bakal bersidang bagi mesyuarat khas selepas Yang di-Pertuan Agong menerima nama calon perdana menteri baharu dari para ahli Parlimen.

Semalam, baginda menerima menghadap 114 ahli Dewan Rakyat yang dilaporkan menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kesembilan.

Ismail baru sahaja dilantik menjadi timbalan perdana menteri sebelum Muhyiddin Yassin meletak jawatan perdana menteri pada Isnin, selepas kerajaan Perikatan Nasional tumbang.

Seramai 95 ahli Parlimen dilaporkan menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bagi jawatan itu. – 20 Ogos, 2021

 

SELESAI KE

BELUM

AMIN

ATAU ADA 

TERTINGGAL

GELODAK 

BELUM DIMAKAN

AMIN



WARGA PAKISTAN BANGUN MELAWAN IMPERIALIS CHINA MERAH

 


 TIDAK MAHU

TANAH AIR MEREKA

DI JAJAH OLEH CHINA

AMIN

.

 WARGA PAKISTAN

MULA SEDAR

AMIN

KINI BANGUN

LAWAN KUASA

IMPERIALIS BARU

AMIN

Protests in Pakistan erupt against China’s belt and road plan

Demonstrations shut down Gwadar, where Chinese are blamed for lack of water and electricity and threat to local fishing

Protes meletus di bandar pelabuhan Pakistan, Gwadar terhadap kekurangan air dan elektrik yang teruk dan ancaman terhadap mata pencarian, sebahagian daripada tindak balas yang semakin meningkat terhadap projek jalan raya dan jalan raya bernilai jutaan dolar di negara itu.


Minggu ini, penunjuk perasaan termasuk nelayan dan pekerja tempatan lain menyekat jalan di Gwadar, sebuah bandar pesisir di Bakuchistan بلوچستان. 


Mereka membakar tayar , melaungkan slogan dan sebahagian besarnya menutup kota, untuk menuntut air dan elektrik.


Mereak menentag kemasukan  pukat tunda China yang memancing secara haram di perairan berdekatan dan kemudian membawa ikan ke China. Dua orang cedera ketika pihak berkuasa menyerang penunjuk perasaan.


Pada hari Jumaat seorang pengebom berani mati membunuh dua kanak-kanak, dalam serangan terhadap warga China yang memandu di sepanjang lebuh raya utama ke pelabuhan, menurut seorang pegawai kanan Pakistan.


 "Pengebom berani mati dapat meletupkan kereta terakhir konvoi ketika konvoi berjalan ," katanya, mengesahkan bahawa dua kanak-kanak mati dan seorang jurutera China cedera.


Tanggungjawab terhadap serangan itu dituntut oleh Tentera Pembebasan Punjab (BLA), yang seperti kumpulan militan lain di wilayah itu menuduh orang Cina mengeksploitasi sumber mineral di Baluchistan بلوچستان, dan sebelumnya telah menyerang warga China dan konsulat China di Karachi.


 KITA JUGA

WAJIB SEDAR

BAHAYA

CHINA MERAH

AMIN


BERITA UNTUK MAT SABU DAN GUAN ENG




 BERITA INI

DITUJUKAN

KHAS UNTUK

MAT SABU 

DAN

 GUAN ENG

AMIN

APAKAH MEREKA

TELAH BERSEDIA

AMIN



Pembangkang akan lebih gigih hadapi PRU15, kata Anwar

PELANTIKAN Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kesembilan merupakan cabaran bagi pembangkang untuk berusaha lebih gigih menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Anwar Ibrahim.

Pada masa yang sama, Anwar selaku ketua pembangkang, menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas pelantikan Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno semalam.

“Kami mengambil maklum bahawa keputusan ini dibuat menurut lunas-lunas Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.

“Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak Covid-19 dan ekonomi segera diatasi dan ditangani demi rakyat.

“Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja lebih gigih menuju PRU15, agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima pada PRU yang lalu,” katanya dalam kenyataan.

Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikan Ismail Sabri sebagai perdana menteri kesembilan selepas mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan semalam berkata perkenan itu berdasarkan surat akuan yang diterima daripada 114 ahli Dewan Rakyat pada 18 Ogos membolehkan Ismail mendapat majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Pelantikan Ismail Sabri itu bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang terpaksa meletak jawatan pada Isnin lalu selepas selepas hilang majoriti sokongan ahli Parlimen.

Ismail Sabri, 61, dijadual mengangkat sumpah di Istana Negara, 2.30 petang ini.  – 21 Ogos, 2021.    

 

BERSEDIA UNTUK

DITIPU OLEH

ANWAR 

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH

TAK JERAN

TAK PUAS

KENA 

KELENTONG

KAH KAH KAH

PRU15 ANWAR

AKAN PUTAR

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH 

KALI INI 

I GOT THE SUPOT

KAH KAH KAH



PANDANGAN CIKMINAH YANG TEPAT

 



 PANDANGAN

CIK MINAH YANG

TEPAT LAGI BETUL

AMIN

cikminah commented on

 "SIAPA ISMAIL SABRI"

Kalau saya di tempat Ismail, saya takkan gembirakan hati sesiapa pun yg beri sokongan bersyarat because, Ismail kena terima kenyataan, you can please some people some time but you cannot please all the people all the time. You penuhi syarat satu kumpulan, you will lost support kumpulan lain.



 Jadi, lebih baik buat kerja utk gembirakan hati rakyat. Rakyat gembira and they will give you their full support. Untuk ini, mula-mula saya akan minta Tun Dr.Mahadir ketuai MPN. Beri dia kebebasan untuk buat kerja kerana saya percaya, Tun mampu selesaikan banyak masalah, terutama yg berkaitan Ekonomi, COVID dan Education. Kemudian, tumpukan perhatian kpd menubuh kabinet. 



Pilih hanya MP yg berpengalaman dan berkebolehan termasuk dpd pembangkang yg boleh bantu Tun menyelesaikan masalah negara. Pedulikan mereka yg mengkritik dan mengugut untuk dapat jawatan dan habuan atau melepaskan tengkok yg dah tercekik.Kalau rakyat gembira, supporters bersyarat takkan berani menarik sokongan. Tumpukan perhatian kpd menyelesaikan masalah COVID, ekonomi dan membantu rakyat yg terjejas. Tegas dan adil dalam semua tindakan. You can never get respect and love tanpa sebarang usaha. Usaha itu tangga kejayaan. InstaAllah, anda akan kekal jadi PM sampai PRU15 dan mungkin PRU16 juga tanpa meminta rakyat menyanyi lagu "Anak Kecil bermain Api".

INI BUKAN KEBENARAN

 


 INI 

BUKAN MENEGAK

KEBENARAN

AMIN

INI MENEGAK

KEKOTERAN

AMIN

Unknown commented on 

"IKUT BOSS KU"

Gua pun takde masaalah jika pak mail jd PeeM gua sokong dia. Masa najib jd PeeM gua sokong najib. Masa Muiden jd PeeM gua sokong muiden masa madey jd PeeM gua pon sokong madey mcm tt. Kalu anwar menang undi aritu gua pun sokong anwar. Bro, kalu kita sokong the winner senang keja. Kejujuran, kesetiaan, amanah itu sumer cliche. Kebenaran yg tulen ialah kesenangan cari makan.Kah kah kah

TANDA PAKATAN AKAN LINGKUP PRU15

 

 

TANDA PAKATAN

AKAN LINGKUP

DALM PRU15

KHALAS

Yeop sepet commented on 

"MADEY BUAT 

LAWAK BERDIRI"

Abam dah mula ckp,ajak PH fokus pd pru15.sudah feeling the heat,dia dah mula test market sokongan dlm PH,sume org dah mula maki dia.tp apa2 pun amanah skg tanggung sama dosa dgn agong yang lantik punca kematian ramai org. 

ketaksuban depa nak naikkan Anwar walaupun peluang lebih cerah kalu calonkan org lain,di dlm keadaan memerlukan perubahan kerajaan,ustaz Ahmad awang bisu membuta sbgai ulama sokong kaum lut jadi pemimpin,apa lancau sume2 nie?????mail bera lega hati,ada org tlg tanggung sama dosa dia.

KALKULATOR ANWAR ABIS BATERI

 

 

KALKULATOR

 ANWAR

ABIS BATERI

AMIN



capt salai commented on

 "SALAH KIRA ?"

Cer lu tanya agong bro..kut kut kalkulator dia rosak..atau pun memang nuar yg guna kalkulator rosak dari dulu lagi,kira nombo tak pernah betul kahkahkah kalau bateri habis soh dia guna sempua je la kalau tak reti guna soh guan eng ajar


SAH ANWAR ADA NUMBO

 


 MAT SABU

GUAN ENG

ADAKAH TUAN TUAN

TELAH BERSEDIA

AMIN




Pembangkang akan lebih gigih hadapi PRU15, kata Anwar



SIAPA SEDIA

SIAPA SIAGA

KHALAS

IKUT BOSS KU

 


 IKUT BOSS KU

AMIN

capt salai commented on

 "SIAPA ISMAIL SABRI"

Takde masalah ngn p.mail selagi dia tak ikut telunjuk Bosslu & wak jait.kes julur pisang pun dia takde tengok la barisan kabinet dia nanti kalau tak ok wa serah kt brader tt untuk telanjangkan

ANWAR AKAN BAWA NUMBO BARU

 


ANWAR BAWA 

NUMBO BARU

KE PARLIMEN

KAH KAH KAH

Nazrio commented on 

"SHERATON 

OOH SHERATON"

Bang nong PH dsai vs ismaiL PN Saya toLong bagi tarikh terbaiK untuk bang nom [dsai] bawaK "nomor baru" ke parLimen. .... ini takwim PN ..... 21.08.2021 angkat sumpah [ijab QobuL] perkahwinan parti2 PN 22.8.21 hingga 05.09.21 honey moon...jangan kacau 6.9.21 takwim parLimen ... google "aLmarhum poLymath tesLa" tentang kekuatan nomor 369... google juga 69 yingyang keLuarga 69 p ramLee ... ini Lah tarikh paLing merdu ranuM serta mustajab untuk dsai tumbangkan semaiL sobri bersesusian hitam putih yingyang 69 sebuan bendera dan tanda tak percaya tanya p ramLee kenapa terbkngkar pada 69..... aminm.nazriO


PULUT DAN BONTOT

 



PULUT & BONTOT

AMIN

panglimo potaseh commented on 

"KERANA PULUT 

SANTAN BINASA"

Kirna pulut santan binasa. 
Kirna bontot Abam dapat bala.

MUHYIDIN BUAT LANGKAH SYARATTON

 

 MUHYIDIN

BUAT LANGKAH

SYARATTON

AMIN

APAKAH  YG GILA

JAWATAN AKAN

TERIMA

KHALAS



Muhyiddin mahu Bersatu tolak semua jawatan Kabinet, kata sumber

MUHYIDDIN Yassin mahu Bersatu menolak semua jawatan dalam kabinet sebagai salah satu strategi dan persediaan parti itu memenangi PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dedah sumber parti.

Beberapa sumber memberitahu The Malaysian Insight, presiden Bersatu itu mencadangkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) yang berlangsung baru-baru ini.

Salah satu sumber parti berkata, Muhyiddin mencadangkan demikian kerana mahu menonjolkan naratif bahawa Bersatu bersedia untuk menjadi pembangkang demi menolak kumpulan kleptokrat.

“Ini adalah naratif yang cuba dimainkan oleh Muhyiddin. Bersatu mahu menjadi pembangkang yang akan mengkritik segala tindak-tanduk kerajaan baharu yang didominasi parti yang terdiri pemimpin kleptokrat.

“Dengan cara ini sokongan rakyat akan beralih kepada Bersatu dan memudahkan parti itu memenangi pilihan raya akan datang,” katanya.

Bagaimanapun tiada keputusan dibuat mengenai cadangan Muhyiddin, tambah sumber.

Kumpulan kleptokrat itu merujuk kepada para pemimpin Umno yang kini berdepan pelbagai tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang di mahkamah.

Pemimpin berkenaan antara 15 ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan ke atas Muhyiddin menyebabkan beliau terpaksa meletak jawatan perdana menteri minggu lalu.

Kumpulan tersebut kemudiannya menyokong bekas timbalan perdana menteri Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri kesembilan, dan tindakan sama diumumkan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan sokongan PN itu bersyarat, selagi kerajaan yang dibentuk Ismail berintegriti dan menterinya bebas pertuduhan jenayah di mahkamah.

Kerajaan yang dibentuk itu pula perlu hormat prinsip pengasingan kuasa dan melindungi kebebasan badan kehakiman, tegas Muhyiddin selaku pengerusi gabungan PN.
.
Seorang lagi sumber parti melihat, cadangan itu menunjukkan tekad Muhyiddin untuk menyingkirkan Umno dalam PRU15 terutama Ahmad Zahid Hamidi dan kumpulannya.

Jelasnya, ia sebagai balasan ke atas layanan kumpulan berkenaan ke atas Muhyiddin selama ini.

Bagaimanapun, hubungan Muhyiddin dengan Ismail Sabri setakat ini tiada masalah dan masih berjalan dengan baik, kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Menurutnya, hasrat Muhyiddin agar Bersatu tidak memegang sebarang jawatan itu juga tidak dipersetujui oleh beberapa ahli MKT.

“Ada beberapa ahli MKT yang bimbang cadangan Muhyiddin untuk tidak memegang jawatan dalam kabinet juga akan merisikokan pengaruh parti itu terutama dalam kerajaan.

“Dan juga ada kebimbangan jika Bersatu menolak jawatan kabinet, parti itu akan berdepan (masalah) untuk mencari sumber dana bagi PRU15,” katanya.

Tambah sumber itu, Muhyiddin dalam mesyuarat itu bagaimanapun tidak memaksa MPT mengikut cadangannya.

“Itu merupakan pandangan peribadi Muhyiddin yang beliau rasa akan bawa kemenangan besar pada Bersatu,” katanya.

Sumber itu berkata oleh kerana itu, tiada keputusan dibuat semasa mesyuarat MPT terutama bagi jawatan timbalan perdana menteri.

Perkembangan itu seterusnya membuka ruang untuk pemimpin parti berkenaan melobi untuk meraih jawatan dalam kabinet Ismail, katanya.

“Sebab itu kita melihat sudah ada beberapa pemimpin Bersatu yang secara tidak langsung cuba untuk melobi dan membuat kempen untuk merebut jawatan timbalan perdana menteri.

“Antara empat pemimpin yang melobi jawatan itu ialah Mohd Redzuan Md Yusof, Azmin Ali, Hamzah Zainuddin dan Ahmad Faizal Azumu,” katanya.

Redzuan dan Azmin merupakan anggota MPT manakala Hamzah dan Ahmad Faizal masing-masing setiausaha agung dan timbalan presiden Bersatu.

Sumber itu berkata Hamzah dan Azmin pula mungkin dalam kedudukan sukar untuk melobi jawatan tersebut kerana sudah ada penolakan daripada ahli parti yang lain terhadap mereka.

“Jika dulu penolakan ini hanyalah secara diam-diam dan tidak begitu terbuka namun kali ini ahli MPT yang lain tidak sembunyi lagi dan mengkritik dua pemimpin ini secara depan-depan,” katanya.

Tujahan Muhyiddin ke tampuk utama kuasa bermula pada 2016 apabila beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno semasa pentadbiran Barisan Nasional.

Tindakan itu dibuat atas alasan melanggar disiplin parti kerana mengkritik skandal 1Malaysia Development Bhd yang mengaitkan perdana menteri waktu itu, Najib Razak.

Muhyiddin kembali semula sebagai menteri dalam kabinet Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad selepas gabungan parti itu menang pilihan raya umum 2008.

Kerajaan itu tumbang apabila Dr Mahathir meletakkan jawatan selepas Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu pada 24 Februari, 2020.

Tindakan Muhyiddin melalui percaturan politik yang popular dengan nama jolokan Langkah Sheraton seterusnya membentuk kerajaan Perikatan Nasional,

Muhyiddin muncul sebagai menjadi perdana menteri pada 1 Mac 2020 dengan gabungan Perikatan Nasional yang didukung Bersatu, Umno, PAS dan juga GPS.

Muhyiddin seterusnya meletakkan jawatan pada minggu lalu selepas ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadapnya.

Tindakan itu membolehkan Umno kembali menguasai kerajaan apabila Ismail diumumkan sebagai perdana menteri kesembilan semalam. – 21 Ogos, 2021.

 

SYARAT MUHYIDIN

MASUK AKAL

AMIN

TAPI POLITIKUS

GILA KUASA

TAK PERNAH PIKIR

JAUH KE DEPAN

AMIN



SIAPA ISMAIL SABRI

 

 PMP

AMIN

KITA NANTI

KITA TUNGGU

KITA BUKA MATA

KITA BUKA TELINGA

DAN

KITA BUAT RUMUSAN

AMIN




Warna-warni Ismail: Dari pemimpin mahasiswa menjadi perdana menteri pandemik

Jika ada senarai orang yang mungkin menjadi perdana menteri pada satu hari nanti, Ismail Sabri Yaakob, seperti Abdullah Ahmad Badawi yang berkhidmat dari 2003 hingga 2009 mungkin tidak berada di dalamnya.

Namun, tidak seperti Abdullah, yang mendapat jawatan itu selepas 22 tahun pemerintahan penuh dengan pelbagai perkembangan naik dan turun, Ismail sebaliknya akan mengambil alih jawatan tersebut dari seseorang yang dilihat belum sempat memanaskan kerusi tersebut namun terpaksa meletakkan jawatan, sehingga mengganggu tugas besar menggalas tanggungjawab membawa keluar negara daripada krisis terbesar manusia pada ketika ini.

Namun walaupun penggal perdana menteri sebelumnya singkat, Ismail, 61, berdepan cabaran kerana pelbagai perkara berlaku sebelum beliau menduduki jawatan itu.

Beliau kini akan merasai sendiri apa yang dialami oleh mereka yang menduduki kerusi panas ketika pandemik Covid-19.

Tidak banyak yang diketahui mengenai lelaki yang bakal mengangkat sumpah jawatan perdana menteri hari ini bagi menyambung pentadbiran Perikatan Nasional (PN) selepas kejatuhannya daripada kuasa.

Ismail juga turut memecahkan beberapa rekod.

Antara lain, beliau adalah timbalan perdana menteri yang paling cepat menjadi perdana menteria.

Beliau juga adalah bekas ketua pembangkang tunggal di Parlimen yang menjadi perdana menteri.

Tiga tahun lalu, beliau memegang jawatan menteri luar bandar dan wilayah, ia bukanlah jawatan “berpengaruh” jika seseorang mahu menjadi perdana menteri.

Mungkin barangkali, pengecualian boleh diberikan kepada Tunku Abdul Rahman, Ismail ialah satu-satunya perdana menteri yang tidak pernah memegang protfolio pendidikan.

Namun siapakah sebenarnya Ismail Sabri Yaakob?

Aktivisme di kampus

Sebenarnya anak jati Temerloh yang merupakan anak pasangan yang berasal dari Kelantan memiliki kisah lampau yang berwarna-warni, seperti juga pakaian-pakaiannya yang menonjol ketika tampil dalam acara rasmi.

Tidak ramai yang tahu penglibatannya dalam aktivisme mahasiswa pada awal 80-an.

Sebagai pelajar undang-undang di Universiti Malaya, yang merupakan kubu aktivis mahasiswa radikal, Ismail aktif dalam PMUM, persatuan universiti bagi pelajar sarjana muda yang lantang, bahkan menjadi presidennya pada 1982.

Temerloh adalah tempat kelahiran ramai aktivis dan kebanyakannya daripada golongan sayap kiri.

Ismail juga tidak terkecuali.

Abangnya, Kamarazaman Yacob, merupakan antara pimpinan PMUM pada tahun 1970-an, selain menganggotai Kelab Sosialis UM yang memperjuangkan isu-isu kemiskinan bersama pemimpin pelajar terkemuka pada masa itu termasuk Hishamuddin Rais, Yunus Ali, Adi Satria dan Hassan Karim.

Kemuncak aktivisme kampus di Malaysia ditanda dengan demonstrasi-demonstrasi di seluruh negara sepanjang pentadbiran perdana menteri Abdul Razak Hussein.

Antaranya Demonstrasi Baling pada Disember 1974 di Kuala Lumpur di mana mahasiswa memperjuangkan isu petani di Baling, Kedah.

Pihak berkuasa kemudian menahan aktivis-aktivis mahasiswa yang terlibat termasuk Kamarazaman dan Adi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Bekas aktivis Hishamuddin, yang kini berusia 70 tahun, berpendapat pelantikan Ismail adalah tanda kepimpinan Umno sedang menjalani perubahan generasi.

“Dari segi umurnya, Ismail masih dikira muda berbanding yang lain,” kata bekas tahanan ISA yang beberapa dekad hidup dalam buangan di luar negara kepada MalaysiaNow.

Hishamuddin turut berkata, pelantikan Ismail sebagai perdana menteri merupakan sesuatu yang bersejarah kerana beliau datang dari latar belakang keluarga orang biasa.

Hishamuddin menambah, dari segi perjuangan politik, selain mendapat pendedahan daripada abangnya, persekitaran tempat Ismail membesar di Lubuk Kawah dan Temerloh, Pahang merupakan pusat pergerakan perjuangan nasionalis Melayu.

“Dia tahu sejarah Umno, saya pernah berbincang dengannya mengenai perkara ini di London, ketika beliau muda dan menjawat jawatan selaku setiausaha politik kepada Sabbaruddin Chik,  seorang pemimpin terkemuka Umno dan bekas ahli Parlimen Temerloh yang berkhidmat dalam Kabinet Mahathir.

“Beliau tahu dan sedar tentang Umno,” kata Hishamuddin merujuk kepada pertemuannya dengan Ismail semasa menetap di London, United Kingdom pada awal 1990-an.

Masa depan yang mencabar

Salah seorang temannya yang tidak mahu dinamakan berkata orang-orang di sekeliling Ismail selalunya akan “penat” dengan beliau, dan mungkin boleh bertukar memusuhinya.

“Dua pembantunya pernah bertanding melawan beliau dalam pemilihan Umno,” katanya.

Kerana itu, beliau menambah, Ismail sangat berhati-hati memilih orang yang berada di sekelilingnya.

“Bahkan sangat berhati-hati, sehingga kadang-kadang dia pilih orang yang salah sebagai kawan. Tapi itu memang asam garam mana-mana ahli politik,” katanya.

Ismail Sabri Yaakob mengetuai sidang media dihadiri 21 ahli Parlimen Barisan Nasional yang mendukung pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Namun pada masa ini, cabaran terbesar Ismail adalah menguruskan pentadbiran yang bertanggungjawab melawan pandemik dan memilih mana teman dan musuh dalam pentadbirannya.

Setiap langkah pentadbirannya akan diamati secara dekat.

Beliau sudah tentu tidak mempunyai ilusi jawatannya selamat semata-mata kerana menerima sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Apa pun, situasi buruk yang menjadikan perdana menteri sebelumnya ditumbangkan adalah disebabkan beberapa bulan komplot dan perancangan yang dilakukan oleh orang yang sama memberikan angka sokongan kepadanya.

Dan ia masih segar dalam memori.


INI PMP

PERDANA MENTERI

PANDEMIK

AMIN