Sabtu, 28 Ogos 2021

TULARKAN BERITA INI

 


 TULARKAN 

BERITA INI

 BERI TAHU MAK CIK

BERI TAHU PAK CIK

BIAR BANI MELAYU

SEDAR BAHAYA

CHINA MERAH

AMIN

APA SUDAH JADI ?


CIK GU 

ANWAR IBRAHIM

KATA

KHEMAH BESAR

KAH KAH KAH

ANAK MURID 

ZAHID HAMIDI 

KATA LAIN PULAK

KAH KAH KAH


 


Tiada lagi PN, Keluarga Malaysia jadi jenama kerajaan baharu – Zahid

KUALA LUMPUR – Tiada lagi penjenamaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas pembentukan Kabinet baharu hari ini, kata Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri,  Ismail Sabri akan menggunakan jenama Keluarga Malaysia susulan kedudukannya yang tidak sekuat seperti sebelum ini.

“Jenama ini dipakai memandangkan kerajaan ini merupakan kerjasama politik longgar antara Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan PBRS), Parti Perikatan Nasional (PPBM, PAS dan STAR), GPS dan PBS,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

 

MANA 

YANG BETUL

KAH KAH KAH

YANG BETUL

SABRI TAHU

SYARATTON

ADA SYARAT

AMIN

 DENGAN

SYARAT BARU 

SELAMAT

KAH KAH KAH



UMNO SEDANG KOREK APA ?

 

 

INI NAMANYA

KOREK LUBANG

JUBO TOMMY

AMIN

NAK CARI TANGAN

MADEY

AMIN

TANGAN MADEY

BUAT  APA?

KHALAS


Tubuh segera RCI siasat pendedahan Tommy – UMNO

KUALA LUMPUR – Penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendedahan yang dilakukan oleh Tommy Thomas mengenai campur tangan politik dalam institusi kehakiman.

Itu antara ketetapan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini bersama Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden parti, kata presidennya,  Ahmad Zahid Hamid dalam satu kenyataan.

“UMNO mesti menjadi pelopor kepada usaha reformasi institusi dalam pelbagai cabang kerajaan. Ini termasuklah untuk mewujudkan Parlimen yang lebih efisien, pentadbiran telus dan bersih, pendanaan politik, Akta Anti Lompat Parti, campur tangan politik dalam pelbagai institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang seperti Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan lain-lain,” katanya lagi.

“Kerajaan hendaklah mempertahankan peranan dan sistem demokrasi berparlimen sebagai wahana semak dan imbang kepada kerajaan,” kata Ahmad Zahid.

Menurutnya, kerajaan baharu hendaklah segera memfokuskan usaha untuk menangani Covid-19 dan proses vaksinasi agar mencapai imuniti kelompok yang mampu mengurangkan risiko kematian akibat serangan virus.

UMNO juga menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan baginda melantik Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

“UMNO mendokong penuh pelantikan tersebut dan parti akan membantu Perdana Menteri merangkap Naib Presiden 1 UMNO bagi memastikan kelancaran perjalanan pentadbiran kerajaan,” katanya.- 

 KOREK

LUBANG JUBO

NAK BUKTIKAN

TANGAN MADEY

ADA DALAM

LUBANG  TOMMY

AMIN

BILA BUKTI ADA

MAKA KES NAJIB

KES ZAHID

KES TIM BANDUA

ADALAH KERJA

JAHAT

 TANGAN MADEY

KHALAS



PERANAN PELACUR

 



KANG KANG

TETAP

KANG KANG

AMIN 

SEKALI 

 MENGANGKANG

TERUS 

MENGANGKANG

AMIN



Pas beri penuh kepercayaan kepada Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Pas menyambut baik pembentukan Kabinet yang diumumkan oleh Sabri Yaakob.

Presidennya, Hadi  berkata, parti itu memberikan sepenuh kepercayaan kepada Ismail untuk mentadbir Putrajaya

 

TAK CAYA

TANYA KU LI

KHALAS



KEADILAN UNTUK NAJIB DAN ZAHID

 



SOKONG SOKONG

RAKYAT SOKONG 

AMIN 



Jangan lengahkan keadilan untuk Ahmad Zahid Hamidi


SECARA tiba-tiba Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti malam tadi mahu satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan campur tangan politik dalam institusi peguam negara dan badan kehakiman.

Umum mengetahui bahawa presiden Umno sendiri dan beberapa rakan lain sedang berdepan dengan beberapa pertuduhan di mahkamah, termasuklah bekas perdana menteri Najib Razak yang sudah pun didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada Julai tahun lalu.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Beliau kini dalam proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Zahid pula sedang berdepan dengan puluhan tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi beliau. 

Segala bukti dan keterangan sudahpun dikemukakan oleh pihak pendakwaan dengan begitu teliti dan cermat sekali. Ia turut dilaporkan dalam media tempatan dan antarabangsa.

Tidak masuk akal

Zahid perlu menyedari hakikat ini. Tidak masuk akal untuk menimbulkan persepsi bahawa kes-kes mahkamah yang sedang dihadapi beliau dan rakan-rakannya merupakan satu campur tangan politik.

Adakah beliau mahu memberi gambaran bahawa beliau dianiaya oleh sistem perundangan kita?

Jika benar terdapat campur tangan politik dalam badan kehakiman atau pun dalam Jabatan Peguam Negara, bagaimana Zahid boleh jelaskan beberapa keputusan mahkamah yang memihak kepada Umno sejak setahun yang lalu?

Pada 20 Mei, mahkamah memulangkan semula wang berjumlah RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018, yang didakwa milik Najib dan Umno, kepada Najib.

Pada 3 Mac sebelumnya, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan 16 bekas ahli Umno untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi perisytiharan Umno sebagai tidak sah kerana kononnya melanggar perlembagaan.

Persepsi

Adakah badan kehakiman hanya ‘adil’ apabila keputusan memihak kepada Umno atau Najib dan ‘berat sebelah’ apabila tidak memihak kepada mereka?

Jika ini persepsi yang ingin ditimbulkan, ia amat tidak sihat dan menghina integriti para hakim kita.

Saya cadangkan lebih baik Zahid fokus kepada perbicaraan beliau di mahkamah dan segerakan proses ini kerana mahkamahlah merupakan medan paling sesuai untuk membuktikan kebenaran berpihak kepada beliau.

Jika kes ini sering tertangguh, saya khuatir ia akan melewat-lewatkan keadilan buat Zahid  sendiri. – 28 Ogos, 2021. 

* Mohamad Siddiq Azani, 
pengerusi Biro Undang-Undang 
Armada Bersatu Malaysia.

SLESAIKAN

KES NAJIB

AMIN

SELESIKAN

KES ZAHID

DENGAN SEGERA

AMIN

JANGAN

 LAMBATKAN

AMIN

LAGI LAMBAT

LAGI TAK ADIL

KHALAS



DUA HULUBALANG MASIH BERTARUNG

 


 DUA HULUBALANG

MASIH BERTARUNG

KHALAS

Unknown commented on 

"KU LI 

TERTINGGAL BAS"

Isham, siapa pegang rekod calon tetap perdana menteri Malaysia terlama, Ku Li atau Abam?

RAKYAT PAKISTAN BANGUN LAWAN IMPERIALIS BARU

 




 RAKYAT PAKISTAN

 BANGUN MENENTANG KUASA IMPERIALIS

 BARU

AMIN

APA MAKNA BERITA INI ?

 



APA MAKNA

BERITA INI ?

JENG JENG JENG





Tubuh segera RCI siasat pendedahan Tommy – UMNO


JENG JENG JENG

KAH KAH KAH

JENG JENG JENG

KU LI TAK MENCEMAR DULI

 



 KU LI 

TIDAK BERANI

MENCEMAR DULU

KHALAS

Raja Kumbang commented on

 "KU LI

 TERTINGGAL BAS"

Ini bukan situasi setakat tertinggal bas, bas yang ditunggu pun silap stesyen. Nak kata tak faham, mustahil kot, dah tua bangka & dah berpuluh tahun jadi MP. Bilangan MP Umno tak sampai separuh dalam kerajaan campuran ni. Masih lagi dalam angan angan kebanyakan orang UMNO ni. Zaman abang besar dah berlalu weh.


KELUAR SUNGAI BULUH MASIH KAYA

 



KELUAR 

SUNGAI BULUH

MASIH KAYA

AMIN

Unknown commented on

 "PROJEK SABRI

 TOLAK ZAHID"

Jangan gumbira bila dah masuk sungai buluh. Bila keluar nanti, masih lagi jutawan!. Kena sita harta juga. Duit yang dicuri berbiliun kena dapat balik, itu duit rakyat. Komunis Cina merah dashyat!



 Kalau bersalah rasuah, bukan saje hukuman, semua harta perasuah disita juga! https://www.theguardian.com/world/2021/jan/05/china-sentences-top-banker-to-death-for-corruption-and-bigamy https://www.bbc.com/news/world-asia-china-33095453

ZAMN TELAH BEREDAR - HARI BERGANTI

 




 ZAMAN BEREDAR

HARI BERGANTI

AMIN

Unknown commented on

 "KU LI 

TERTINGGAL BAS"

Nape dalam syaratton ni tak masuk nama ku li bagi la apa apa jawatan pun janji dia diam. Orang tua bukan dia nak apa pun nak perhatian je. Kesian jugak taktau berapa kali betukar pemimpin dah dia duk tepi tepi orang tengok sebelah mata je..


Bayan budiman commented on

 "KU LI 

TERTINGGAL BAS"

Pihak yang tak puas hati dengan kabinet baru ni aku tak hairan. Sebabnya mereka tidak berada dalam lantikan itu...nak puaskan hati semua orang memang sangat mustahil. Oleh itu bersyukurlah kita kerana masih dapat hidup dengan aman dan diberi kesihatan yang baik.

ALAM BERI INGATAN

 



ALAM BERI INGATAN

UNTUK SEMUA

UMAT MANUSIA 

BERUBAH ATAU 

MUSNAH

AMIN



Unknown commented on

 "KELMARIN 

ALAM BERBISIK LAGI"

Ikut ramalan Tt bisikan alam tu bawa petanda apa.. ingatan dari tuhan atau benda semulajadi. Atau ekonomi akan lumpuh atau politik huru hara atau nak perang dunia. Atau dunia dah makin hujung. Leh Tt bagi pandangae sikik. What your reading Tt, tiru kata kata Tt kat madey dekat dekat keputusan pru14 nak klua aritu..

TAHNIAH UNTUK BONNIE

 



TAHNIAH


Bonnie Bunyau hadiah emas pertama Paralimpik untuk Malaysia

ATLET Sarawak Bonnie Bunyau Gustin menepati sasaran menghadiahkan emas pertama untuk Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 melalui acara angkat berat kategori lelaki lebih 72kg.

Kejayaan itu bertambah manis apabila beliau juga memecahkan rekod kejohanan dengan angkatan seberat 228kg. Rekod sebelum ini 227kg dicipta Rasool Mohsin dari Iraq pada Rio 2016.

Bonnie, 22, seterusnya mencuba untuk memecahkan rekod dunia 230kg yang diciptanya di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza ke-11 di Dubai, Jun lepas, namun tidak berjaya selepas percubaan keempat mengangkat 231kg.

Pingat gangsa dimenangi atlet Mesir Mahmoud Attia sementara gangsa milik Micky Yule dari Great Britain.

Pada Mei, Bonnie menang emas di Kejohanan Angkat Berat Para Dunia 2021 di Bangkok dan mencipta rekod dunia dengan angkatan 226kg, yang dipecahnya sendiri sebulan kemudian.

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 adalah penampilan sulung beliau, sekali gus menjadi kemuncak pencapaian cemerlang peribadinya tahun ini selepas kejayaan di Bangkok dan Dubai. – 28 Ogos, 2021.



BONNIE BUNYAU

KEADILAN UNTUK NAJIB

 


 LAMBAT ERTINYA

SEKSA

AMIN

LAMBAT ERTINYA

ZALIM

AMIN



Jangan lengahkan keadilan untuk Ahmad Zahid Hamidi


BERI KEADILAN

SEGERA

AMIN 

KELMARIN ALAM BERBISIK LAGI

 




 KELMARIN 

JUMAAT 27/8/2021

ALAM BERBISIK LAGI KEPADA 

WARGA DUNIA

AMIN 

SABRI NAK TERAJANG ZAHID

 


 SEMUT BERKUMPUL

CARI GULA

AMIN

AHLI UMNO

BERKUMPUL CARI

PROJEK

AMIN

PROJEK DIBAWAH

TANGAN SABRI

AMIN 




Lantikan menteri usaha Ismail Sabri kuasai Umno, kata penganalisis

PELANTIKAN baharu jemaah menteri dari kalangan pemimpin Umno menunjukkan usaha percaturan Ismail Sabri Yaakob untuk menguasai pemilihan parti akan datang, kata penganalisis.

Pengkaji Universiti Malaya Awang Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata percaturan itu jelas kelihatan memandangkan pemilihan Umno dijangka akan diadakan hujung tahun ini.

“Sebenarnya ada dua percaturan – satu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan satu untuk pemilihan parti akan datang.

“Tapi yang sekarang ini nampak Ismail bentuk strategi untuk melawan pengaruh presiden Ahmad Zahid Hamidi untuk ambil alih parti,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Awang Azman juga menjangka akan timbul gesaan daripada Umno agar pemilihan parti dipercepatkan sebelum PRU15 dan tidak ditunda tidak seperti semasa PRU14.

“Keadaan ini akan menyebabkan Umno berpecah.

“Kumpulan Ismail Sabri akan membuat gesaan untuk mempercepatkan pemilihan kerana bimbang jika dibuat selepas pilihan raya kedudukan mereka akan terancam.

“Jika Zahid masih berkuasa dalam Umno ini kemungkinan kumpulan pemimpin tidak dipilih menjadi calon dalam PRU15,” katanya.

Senada dengannya seorang lagi pengkaji, Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar yang melihat demikian berdasarkan usaha Ismail membawa semula muka lama ke dalam Kabinet.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu berpendapat Ismail Sabri bertindak demikian kerana pemimpin berkenaan membentuk kumpulan yang setia kepada naib presiden Umno tersebut.

Tindakan Ismail Sabri itu membolehkan bekas menteri seperti Noh Omar, Noraini Ahmad, Mahadzir Khalid dan Shahidan Kassim kembali mengetuai kementerian.

Percaturan itu akan menguntungkan Ismail sekiranya ingin segera merebut jawatan presiden, namun akan memecah belahkan parti jika pemilihan diadakan kemudian, katanya.

“Pelantikan Kabinet ini sudah pasti akan memberi kesan dalam pemilihan parti terutama jika Ismail Sabri memilih untuk bertanding untuk jawatan presiden.

“Namun jika pemilihan diadakan selepas pilihan raya ia akan menyebabkan perpecahan dalam Umno terutama apabila Zahid memilih untuk meletakkan kumpulannya dalam (PRU15).”

Ismail Sabri mengekalkan majoriti menteri kabinet Muhyiddin Yassin dalam senarai anggota jemaah menterinya dan beberapa menteri dan timbalan menteri ke portfolio lain.

Jumlah anggota Kabinet itu juga kekal dengan 32 orang menteri dan 38 timbalan, sama dengan jumlah jemaah menteri dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Beberapa menteri yang digugurkan kali ini termasuk Mohd Redzuan Md Yusof dari Bersatu, senator Zulkifli Mohamad, Khairuddin Aman Razali dari PAS dan Shamsul Anuar Nasarah dari Umno.

Tiga bekas menteri Umno iaitu Noh Omar, Shahidan Kassim dan Mahadzir Khalid, yang tiada dalam kabinet Muhyiddin, dilantik semula dalam barisan jemaah menteri ini.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia Dr Azmil Tayeb pula berpandangan, selain dapat mengekalkan kuasa, Ismail Sabri juga dapat melemahkan pengaruh Zahid melalui pelantikan itu.

“Saya melihatnya seperti itu kerana politik Umno berasas naungan. Lebih mudah untuk Ismail Sabri untuk mengatur langkah seterusnya jika beliau berjaya menguasai Umno,” katanya.

Beliau juga tidak menolak andaian bahawa pelantikan itu satu strategi menguatkan Umno untuk menghadapi PRU15 dan mencetus perkembangan baharu politik.

Jelasnya, beliau menjangka kesannya lebih luas termasuk ke atas bekas ahli Parlimen Umno yang lompat parti menyertai Bersatu.

“Impaknya sama ada ahli Parlimen Bersatu akan masuk semula Umno atau bertanding tiga penjuru yang memberi kelebihan kepada Umno.

“Besar kemungkinan parti Bersatu akan terbubar selepas PRU15 nanti seperti Semangat 46,” katanya. – 28 Ogos, 2021.

 MASA INI

DUIT BERKILO KILO

AKAN TURUN

KAH KAH KAH

UMPAN DISANA SINI

AMIN

NAJIB ZAHID

POKET TAKKAN

KOYAK 

AMIN 

AHLI UMNO 

SEMUA SUKA HATI

AMIN 

KENDURI KENDARA

KAH KAH KAH



AKHIRNYA - HATI KAMI SENTIASA BERSAMA KAMU

 




 AKHIRNYA

HATI KAMI

SENTIASA BERSAMA

KAMU

AMIN 


Pembunuh Robert F Kennedy diberi parol

LELAKI yang disabitkan bersalah menembak mati Robert F Kennedy dalam pembunuhan yang menggemparkan Amerika Syarikat (AS) pada 1968, diberikan parol, semalam.

Sirhan Sirhan, 77, pernah mencuba 15 kali sebelum ini untuk dibebaskan daripada hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan kira-kira lima dekad lalu.

Bagaimanapun, keputusan undi panel Lembaga Parol di California itu bukan bermakna Sirhan akan dibebaskan secara automatik.

Keputusan itu tertakluk kepada semakan tiga bulan sebelum diserahkan kepada Gabenor Gavin Newsom.

Kennedy yang juga adik kepada bekas presiden AS John F Kennedy ditembak mati di sebuah hotel di Los Angeles ketika berkempen untuk pencalonan presiden Demokrat.

Sirhan disabitkan bersalah dan dihukum mati pada 1969 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh.

Beberapa tahun kemudian, hukuman mati terhadapnya ditukar kepada penjara seumur hidup. – AFP, 28 Ogos, 2021.

KAMU JADI

MANGSA

 KONSPIRASI

JAHAT

AMIN 



KU LI TERTINGGAL BAS

 



 KALI INI

KU LI TERINGGAL

BAS

KAH KAH KAH

KU LI TAK FAHAM

APA ITU LANGKAH

SYARATTON

KAH KAH KAH

 

Umno kecewa dengan Kabinet Ismail Sabri, kata Ku Li

UMNO akan kecewa dengan barisan Kabinet Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kata veteran parti Tengku Razaleigh Hamzah malam ini.

“Sudah tentu Umno kecewa dengan barisan Kabinet terbaru ini. Mari kita berdoa agar gaji mereka ini dibayar sekurang- kurangnya separuh daripada jumlah yang dibayar kepada mereka di bawah Muhyiddin (Yassin),” kata ahli Parlimen Gua Musang itu dengan nada sinis dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap Kabinet yang diumumkan Ismail Sabri hari ini, yang mengekalkan sebahagian besar ahli Parlimen dalam kerajaan bekas perdana menteri Muhyiddin.

Mereka yang dikekalkan termasuk menteri Bersatu dan Umno yang portofolio ditukar, seperti Khairy Jamaluddin yang mengambil alih Kementerian Kesihatan daripada Dr Adham Baba, yang dipindahkan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dua muka baharu daripada Umno ialah Noh Omar sebagai menteri pembangunan usahawan dan koperasi dan Mohamad Alamin sebagai timbalan menteri pendidikan II.

Noh, ahli Parlimen Tanjung Karang, dan Mohamad, ahli Parlimen Kimanis, kedua-duanya berada dalam pasukan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin awal bulan ini, membawa kepada pengundurannya sebagai perdana menteri dan diganti oleh Ismail Sabri.

Tengku Razaleigh juga termasuk dalam kumpulan Zahid, dan juga pernah mengkritik pentadbiran Muhyiddin.

Ketika kumpulan Zahid menarik sokongan terhadap Muhyiddin, Ismail Sabri mengetuai memimpin 23 ahli Parlimen Umno yang lain mengesahkan sokongan mereka terhadap pemimpin Bersatu itu menjadi perdana menteri.

Umno kemudiannya menyokong Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri parti itu selepas Muhyiddin meletakkan jawatan pada 16 Ogos.

Bagaimanapun, Tengku Razaleigh dikhabarkan akan menjadi ahli Parlimen tunggal yang tidak memberikan sokongan kepada Ismail Sabri menjadi perdana menteri dalam akuan bersumpah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Agong meminta setiap ahli Parlimen menyatakan satu pilihan untuk jawatan perdana menteri dalam akuan bersumpah mereka, dan kemudian memanggil 114 ahli Parlimen untuk mengesahkan pendirian mereka secara bersemuka.

Sementara itu, pembangkang yang mempunyai 105 ahli Parlimen menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim. Terdapat 220 ahli Parlimen di Dewan Rakyat, ketika ini. – 27 Ogos, 2021.

LANGKAH 

SYARATTON

ADA SYARAT

AMIN

JANGAN LUPA

SYARAT INI

KHALAS