Selasa, 21 September 2021

MAK CEK MAI - CARI KETUM

 

MAI CEK MAI

CARI KETUM

TEPI SAWAH

KAH KAH KAH

KU LI YANG LENGKAP


KU LI 

IALAH PM

YANG DINAFIKAN

UNTUK RAKYAT

MALAYSIA

AMIN



Rakyat sudah tidak percaya Dewan Rakyat, kata Ku Li

AHLI Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata rakyat sudah tidak lagi percaya institusi Dewan Rakyat kerana ia dicemari dengan politik korupsi.

Jelas beliau rakyat kini melihat ia sebagai sebuah institusi yang dipengaruhi dan dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu dan bukan lagi tempat membela nasib rakyat.

“Mereka juga merasakan ia adalah cara untuk memperkayakan beberapa orang sahaja, sementara orang ramai keciciran. Orang ramai percaya bahawa Dewan Rakyat kini dilanda kekotoran korupsi politik,” katanya ketika membahaskan usul titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata korupsi politik ini datang dari pelbagai bentuk sama ada jelas atau tidak kelihatan dan ia bukan mudah untuk ditafsirkan.

Justeru itu katanya usaha perlu dilakukan bagi mencari jalan untuk menghapuskan ‘ulat-ulat’ yang mengerumuni Dewan Rakyat kerana ia akan membantu membina semula negara dengan amalan baik sekaligus menyumbang kepada kestabilan politik dan ekonomi.

“Sekiranya politik ini terjebak dalam jaringan korupsi, segala kenyataan mulut-mulut di Dewan Rakyat tiada gunanya kepada rakyat.

“Aktiviti politik kita dengan parti-partinya hendaklah bergerak dengan betul kerana inilah asas kewujudan negara kita,” katanya.

Pada 10 September lepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen sebagai usaha reformasi insitusi tersebut.

Malaysia menyaksikan pertukaran kerajaan serta perdana menteri sebanyak tiga kali selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – 21 September, 2021.

KU LI 

LENGKAP

AMIN

PEMBELAJARAN

PENGALAMAN

KETURUNAN

AMIN

TIDAK ADA

KES MAHKAMAH

AMIN

TAK ADA

KES PISANG

AMIN

TAK ADA 

KES  BERZIANA

AMIN

TIDAK MEMILIKI

KHAIRY

AMIN

TIDAK  MEMILIKI

ROSMAH

AMIN

TIDAK MEMILIKI

JO LO

AMIN

SAYANG SEKALI

KU LI 

TIDAK DAPAT

MEMIMPIN KITA

SEMUA

AMIN




YA AMPOON - ANAK RAJA GUA MUSANG

 

YA AMPOON

ANAK RAJA

GUA MUSANG

KAH KAH KAH

INI CADANGAN

LAST KOPEK

KAH KAH KAH


Umno asal masih parti yang sah, kata Ku Li

AHLI Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno asal yang ditubuhkan pada tahun 1946 masih merupakan parti yang sah dan beliau berminat untuk menghidupkannya semula.

Bercakap di Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh mencabar semula keputusan Mahkamah Tinggi pada 1988 yang memutuskan Umno lama sebagai parti yang tidak sah.

Beliau berkata apa yang berlaku selepas itu munculnya Umno baharu menjadi titik hitam sejarah parti kerana ia mengubah matlamat parti kepada politik yang gila kuasa dan mengejar kekayaaan.

“Parti yang kononnya dikenali sebagai Umno baru ini tidak mempunyai visi persejarahan. Ia juga tiada akar umbi di kampung-kampung mahu pun di bandar. Sesungguhnya ia bukanlah suatu pergerakan, jauh sekali sebuah parti politik. Ia hanya merupakan suatu badan yang dibebankan ke atas ahlinya.

“Umno baru menjadi parti kepada suatu golongan politik baru yang menyalahgunakannya untuk memperkaya diri. Ia mula bersifat seolah-olah seperti perusahaan komersial. Ini merosakkan jiwa kemelayuan. Perangai tamak haloba mengatasi segala-galanya.

“Di samping itu prinsip akhlak hancur berkecai begitu juga halnya dengan mutu kelakuan mereka yang cuba meraih jawatan awam dan kuasa politik. Kehancuran ini amat terasa di bidang dasar ekonomi berkaitan dengan penswastaan harta awam, iaitu aset nasional untuk faedah rakyat jelata,” katanya ketika membahaskan usul titah diraja.

Justeru itu katanya beliau bertanggungjawab membetulkan ketidakadilan sejarah dan menebus kembali hak politik, undang-undang dan keperlembagaan Umno asal.  

“Sebenarnya ia adalah rampasan kuasa melalui sistem undang-undang dan institusi kita yang lemah. Kita perlu menukar keadaan ini demi memastikan ia tidak berulang lagi. Sesungguhnya ia merupakan suatu perangkap terhadap parti politik.

“Saya tidak sekali-kali berhenti dan meninggalkan Umno asal. Saya pernah bertanding jawatan presiden pada 1987. Maka itu saya berhak mengaku diri saya sebagai wakil keperluan atau agent of necessity untuk Umno yang ditubuh pada 1946 dan juga wakil terkanannya di Dewan Rakyat.

“Saya ini sebahagian asal daripada parti Umno di Parlimen dengan tujuan mengembalikan hak undang-undang dan keperlembagaan Umno dan membuat apa jua yang patut bagi mengembalikan kedudukannya di bidang politik nasional dan di dalam kepentingan nasional,” katanya.

Pada 4 Februari 1988, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan haram. Ia berpunca daripada tindakan sekumpulan ahli Umno atau lebih dikenali Kumpulan 11 memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan pemilihan parti yang berlangsung pada 24 April, 1987.

Isu cawangan hantu atau cawangan yang tidak berdaftar telah dibangkitkan pada perbicaraan menyebabkan keseluruhan Umno diharamkan dan didaftarkan semula pada Februari 1988. – 21 September, 2021.

HARI HARI

AKHIR PENDEKAR

GUA MUSANG

AMIN

WALAU APA PUN

KU LI TERUS

JADI CALON TETAP

PERDANA MENTERI

KHALAS




PANDANGAN BETUL

 




PANDANGAN 

BETUL & BAIK

AMIN

cikminah commented on 

"JANGAN PAKSA PAKSA"

Vaksin memang tidak boleh halang Virus Covid menyerang kita, akan tetapi jika tidak di vaksin, serangan menjadi lebih teruk daripada yg sudah divaksin. Mereka yg sudah lengap divaksin akan menerima serangan paling tinggi peringkat ke3 sahaja berbanding dgn mereka yg tidak divaksin, menerima serangan di peringlat 4 dan 5 yg boleh membawa maut.



 Buktinya, biras saya yg kedua2 buah pinggangnya tidak berfungsi dan terpaksa buat dialisis dan suaminya yg sebelah badan diserang stroke, baru2 ini diserang virus Covid. Mujur mereka berdua sudah lengkap divaksin jadi, serangan hanya takat peringkat ke3 dan sembuh tidak sampai seminggu.

PERBANDINGAN MASUK AKAL

 



PERBANDINGAN

MASUK AKAL

AMIN

ToraTora commented on 

"JANGAN PAKSA PAKSA"

vaksin macam pakai jaket buletproof dan helmet kevlar then kamu pergi perang....dgn amunasi kecil atau splinter dari letusan kamu beroleh perlindungan (tapi tak jamin 100% sebab bukan semua bahagian tubuh covered), dan kalau kena hentam direct hit dgn amunasi kaliber besar memang kamu terus jalan walaupun pakai jaket buletproof dan helmet kevlar....


kalau tak pakai langsung jaket buletproof + helmet kevlar memang kamu boleh selamat tapi kamu kena menyorok dalam lubang dan jgn pergi mana-mana. Selepas perang dimenangi then baru kamu keluar. Pilih lah samada mahu sama-sama berjuang atau mahu menyelamatkan diri kamu

TUKAR BALAI

 


TUKAR BALAI

KHALAS

panglimo potaseh commented on 

"BUKAN TUGAS

 KITA JAGA MORAL"

Apo hokoman yg akan di terima oleh polis yg berparti yang melibatkan dadah dan pantat haram ni ..biasa nye tukar balai je ..ini baru adil ..sebab semalan di parlimen anak aruah Karpal dedahkan yg pegawai atasan Polis dan BPR masih tak di usik walau pun terlibat dingan Kartel Dadah dan nyeludupan ..kalau suara perlimen pon tak sapa pedulik apa lagi suara Paria ..

FAKTA BETUL

 



FAKTA BETUL

AMIN

Unknown commented on 

"JANGAN PAKSA PAKSA"

Masa kecik dulu, kita tanam cacar, suntik vaksin polio. Tak ada masalah pun. Ubat vaksin tu ikut resepi masa Edward Jenner 200 tahun dulu. Ubat vaksin Sinovac China merah, orang putih cakap tak berkesan. 


Tapi sinovac ikut resepi Pak Jenner, mgapa tak baik? Dah berpuluh juta dinegara miskin dah suntik. Orang putih kata resepi 'vaksin' baru dia orang yang terbest, nama pun terer, mRNA cam Marvel Hero.

BILA TAKUT

 


BILA KITA

TAKUT KITA

TAK BEBAS

AMIN

BILA TAK BEBAS

SENANG DI KONTROL

KHALAS

Unknown commented on 

"BUKAN TUGAS

 KITA JAGA MORAL"

Gerombolan yang sengaja menggunakan isu penjagaan moral kononnya untuk mempertahankan agama dan bangsa tetapi sebenarnya memperbodohkan mereka yang ketakutan dengan azab neraka dan tidak dapat membau surga untuk meraih undi bagi berkuasa supaya dapat membolot semua kemudahan untuk kepentingan diri dan hasil dari ini jelas menunjukkan mereka sendiri tidak bermoral


PERDANA MENTERI MALAYSIA

 



PERDANA MENTERI

MALAYSIA

AMIN

Unknown commented on 

"NAJIB PENASEHAT SABRI"

Dulu rosmah memang dah ada jawatan penasihat perdana menteri bertaraf perdana menteri merangkap perdana menteri mentor merangkap mursyidul am perdana menteri… najib tukang sain borang… altantoya pulak tugas dia mendakap perdana menteri

LANTIK SEGERA

 



WOIT MAIL

LANTIK NAJIB

CEPAT CEPAT

AMIN

"NAJIB PENASEHAT SABRI"

Samoga cepatlah mail lantik najib. Dgn itu maka boleh lah rakyat nak tanya azila apsal bunuh mongolia. Takde angin ribut ko pegi bunuh dia. Senang nak tanyo pensakwaraya.bukak balik kes rajak baginda. Apsal pendakwaraya tak teruskan kes?dnaaaa? Mau ada yg terberakkk.kahkahkah

MACAM ROSMAH

 




38 KILO ++

DAH MACAM

ROSMAH

KHALAS

Unknown commented on 

"TAK TAK DAN EZI

 BALIK KAMPUNG"

Gemok betul tak tak tu.

 Dah macam rosmah. Berapa beratnya?

NAJIB PENASEHAT SABRI

 


LANGKAH BAIK

LAGI BIJAK

AMIN

SABRI LANTIK

NAJIB 

JADI PENASEHAT

AMIN

NAJIB DARI DULU

DAH ADA PENASEHAT

BIJAK  LAGI BISTARI

 AMIN 

MAKNANYA 

MALAYSIA 

DIURUSKAN OLEH

 ROSMAH MANSOR

AMIN

 MALAYSIA

KEMBALI SEPERTI

 SEBELUM PRU14 

KHALAS

ToraTora commented on 

"SOKONG 

LANTIKAN NAJIB"

Nanti najib pulak lantik kak mah jadi penasihat


JANGAN PAKSA PAKSA

 

JANGAN PAKSA

JANGAN HUKUM

JANGAN SUSAHKAN

ORANG RAMAI

AMIN

FAKTA MEMBUKTIKAN

DAH KENA 2DOS

PUN KOBID MASIH

HINGGAP

AMIN 

TERIMA HAKIKAGT

VAKSIN

 INI MASIH 

DALAM KAJIAN 

KHALAS




Jangan paksa kami suntik, kata individu tidak yakin vaksin

MASIH ada rakyat tolak vaksinasi kerana tidak yakin, sedangkan Malaysia tengah berusaha menyuntik 80 peratus populasi dewasa terhadap Covid-19 menjelang hujung bulan depan.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight kenapa mereka enggan disuntik adalah kerana tiada bukti mereka tidak akan dijangkiti koronavirus walaupun mereka diberikan vaksin.

Mereka juga berkata kurangnya maklumat tentang vaksin dan keberkesanannya, antara penyebab mereka menolak suntikan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan menjangkakan 80% populasi dewasa akan diberi vaksin pada akhir bulan depan, ketika Covid-19 akan menjadi endemik.

Pada Isnin, 18.45 juta orang atau 78.8% populasi dewasa telah lengkap divaksinasi dua dos.

Ini bermaksud kadar vaksinasi dewasa sebanyak 80% dapat dicapai pada hari ini (Selasa), dan 100% dewasa akan menjelang 8 November.

Bagi Mike yang berusia 41 tahun, beliau tidak berminat untuk ditunik memandangkan keberkesanan vaksin tidak lengkap.

“Info tentang vaksin tidak jelas dan sangat samar. Yang saya bimbang, kenapa hendak letak benda asing dalam tubuh saya. Saya tidak faham ini.

“Situasi sekarang walaupun kita diberi vaksin sepenuhnya, kita masih boleh dijangkiti,” katanya yang tidak mahu dikenali.

Mike, yang bekerja sebagai guru muzik swasta, berkata beliau telah memberitahu pelanggannya tentang keadaannya dan mereka tidak meraguinya.

Katanya, ada beberapa perubahan gaya hidup terpaksa beliau hadapi kerana tidak divaksin.

“Saya jarang sangat keluar. Tetapi, saya masih boleh guna MySejahtera untuk ke kedai runcit, cari makanan.

“Saya suka bawa keluarga saya keluar untuk makan makanan yang sedap, tetapi saya lebih memlilih ubah gaya hidup ini daripada mengikut orang ramai.”

Mike juga berkata isterinya, yang juga tidak divaksin, menyokong pendiriannya.

“Memanglah dia takut. Tapi, kami dapat maklumat yang sama (mengenai vaksin). Dia sokong dan kami bersama dalam hal ini.”

Mengenai masalah rakan dan keluarga, beliau berkata pada awalnya terdapat beberapa reaksi negatif dari mereka.

Katanya rakan-rakannya tidak selesa dengan seseorang yang tidak diberi vaksin, sementara keluarganya prihatin terhadap kesihatannya.
.
“Saya bukan antivaksin. Jika statistik boleh buktikan hasil 100% tak dijangkiti virus, saya akan dapatkan suntikan itu.

“Dan, jika saya dijangkiti virus itu, kerajaan kena tanggung 50% bil perubatan.”

Pada 1 September, Khairy berkata kerajaan mungkin akan mempertimbang untuk mewajibkan vaksinasi terhadap Covid-19 bagi mengatasi antivaksin.

Walaupun tidak diwajibkan mendapatkan vaksin, di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), hanya mereka yang telah menyelesaikan dua dos sahaja dapat mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dibenarkan - dari ekonomi hingga sosial, dari makan di premis hingga ke masuk pejabat.

Bersedia ambil tindakan undang-undang

Seorang wanita berusia 41 tahun yang cuma ingin dikenali sebagai Noor berkata keyakinannya terhadap vaksinasi masih rendah berdasarkan jumlah kes Covid-19 yang tinggi setiap hari.

Katanya beliau dan suami bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan jika mereka dipaksa ambil vaksin.

“Saya masih ada masalah untuk percaya tidak kira berapa banyak mereka (pihak berkuasa) kata vaksin itu selamat.”

Noor, yang merupakan perunding kesihatan dan menguruskan ladang sendiri, berkata beliau tidak pasti dengan keberkesanan vaksin sama ada ianya selamat untuk semua orang.

“Saya tahu ianya tidak sesuai untuk semua. Ia (vaksin) mungkin baik untuk sesetengah orang, tetapi saya ragu-ragu jika semuanya baik untuk saya.

“Saya tidak mahu ambil risiko. Saya tahu risiko dijangkiti Covid-19. Peluang dijangkiti lebih tinggi daripada memasukkan sesuatu yang lebih awal (vaksin) ke dalam tubuh saya.”

Mengenai aktiviti sosial tanpa vaksinasi, ibu kepada lima anak itu berkata beliau tidak terganggu dengan makan di premis.

Noor berkata satu-satunya alasan beliau akan dapatkan vaksin adalah jika suaminya dilarang masuk masjid.

“Suami saya juga tidak diberi vaksin dan kami tidak ada pelan sampailah bila betul-betul perlu. Jika ia diwajibkan, kami akan lawan.

“Jika dipaksa, kami mungkin pertimbang guna tindakan undang-undang. Buat masa ini kami tidak percaya (vaksinasi).”

Sementara itu, Mary, pemilik perniagaan dalam talian berusia 39 tahun dan mempunyai keadaan autoimun, juga tidak yakin dengan vaksin tersebut.

“Kami tidak pasti adakah vaksin akan menyumbang kepada lebih banyak komplikasi. Terdapat kes bagi mereka yang diinokulasi sepenuhnya.

“Ada yang ragu-ragu sebab masalah kesihatan mereka. Jadi, masih ada yang tidak percaya untuk ambil vaksin yang ditawarkan itu.”

Katanya beliau tidak mahu memperburukkan lagi sistem tubuhnya yang sudah lemah.

“Saya bukan antivaksin dan istilah ini cukup menghina. Ramai orang ada banyak alasan sensitif dan peribadi untuk tidak ambil vaksin.

“Saya prokebebasan perubatan, tetapi bukan provaksin. Saya agak terganggu oleh tekanan untuk dapatkan vaksin.

“Tiada siapa ada hak ke atas tubuh orang lain. Hanya sebab seseorang divaksinasi, itu tidak bererti mereka tidak akan dijangkiti virus.”

Mary berkata walaupun beliau tidak mempunyai masalah kesihatan, beliau tidak akan ambil vaksin memandangkan vaksin itu masih belum matang.

“Saya tidak percaya syarikat farmasi. Vaksin dibuat dalam masa satu tahun, sedangkan ia perlu masa antara lapan hingga 15 tahun.

“Saya rasa asasnya lebih kepada untuk kaut keuntungan.”

Bagi pekerjaan dan aktiviti sosial, beliau berkata kerjanya kebanyakannya menjual dalam talian dan tiada interaksi dengan pelanggan.

“Saya masih keluar, tetapi saya tiada masalah untuk tidak makan di premis. Saya hanya elak tempat yang sesak.

“Ibu saya tidak diberi vaksin tetapi ayah saya disuntik. Ada juga rakan saya yang tidak mahu ambil vaksin.”

Mengenai kemungkinan kerajaan mewajibkan vaksinasi, Mary berkata beliau akan berunding dengan ahli Parlimennya dan mungkin ambil tindakan undang-undang. – 21 September, 2021.

 YANG ANTI VAKSIN

JUGA  MEMILIKI

HUJAH ILMIAH

AMIN

ADA PEMENANG

HADIAH NOBEL 

JADI JURUCAKAP

YANG MENOLAK

VAKSIN

AMIN

MALAH 

BEKAS CEO

SYARIKAT

 BUAT PFIZER

PUN TAK CAYA

PADA PFIZER 

KHALAS 

ISREAL YANG 100% 

WARGA TELAH 

DIVAKSIN PUN

MASIH RAMAI WARGA

KENA SERANG

KHALAS



BUKAN TUGAS KITA JAGA MORAL

 

BUKAN TUGAS

ORANG RAMAI

JAGA MORAL

AMIN

JUGA BUKAN

TUGAS POLIS

JAGA MORAL

AMIN


2 anggota polis antara 14 ditahan berparti liar

DUA anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel Sokongan antara 14 individu ditahan polis dipercayai menyertai parti liar di sebuah kondominium mewah di Changkat Raja Chulan, di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Sahar Abd Latif berkata tujuh lelaki dan tujuh wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun  ditahan dalam operasi pada  9.30 malam itu juga positif dadah jenis ketamin.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis turut menjumpai dadah jenis ketamin seberat kira-kira 5.56 gram dianggarkan bernilai RM834.

“Hasil semakan lanjut identiti pengunjung mendapati dua lelaki yang ditahan adalah anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel Sokongan dari Cawangan Tugas Am.

“Penganjur parti liar itu adalah seorang lelaki berusia 39 tahun dan pengunjung dijemput hadir melalui panggilan telefon oleh penganjur di kondominium mewah yang disewa dengan harga RM220 sehari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sahar berkata semua pengunjung telah dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Mereka turut disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 melibatkan Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) kerana memiliki dadah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti parti liar.

“Pihak pengurusan hotel, servis apartment dan kondominium dimohon memberi kerjasama untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti ini. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti tidak bermoral ini boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau menghubungi balai polis berdekatan,” katanya. – Bernama, 20 September, 2021. 


PDRM

SEDIA BERKHIDMAT

UNTUK MENJAGA

KESELAMATAN

ORANG RAMAI

BUKAN JAGA

MORAL

 ORANG RAMAI

AMIN

MORAL BERBEZA

PELBAGAI BEZA

AMIN

DI  SIAM

KETUM HALAL

AMIN

DI BELANDA

GANJA HALAL

AMIN

NAK JAGA 

MORAL APA

AMIN

MALAYSIA ADA

30 JUTA WARGA

ADA 30 JUTA

JENIS MORAL

NAK JAGA 

MACAM MANA 

KHALAS 

ADA BANYAK 

TUGAS LAIN UNTUK NEGARA

KHALAS