Isnin, 18 Oktober 2021

APA ITU CONCENTRATION CAMP

 



APA ITU

TAHANAN DALAM

KAMP KONSENTRASI

AMIN

BACA INI DAHULU

 


BACA INI

DAHULU

AMIN



Memahami hadis berdasarkan fakta sejarah Islam

KEBENARAN berpaksikan fakta akan melahirkan keimanan jitu. Umat Islam harus bersikap kritis terhadap sumber keyakinan mereka. Khususnya sumber sejarah kelahiran agama Islam.

Justeru, Islam difahami bukan hanya dari sudut perspektif teologi, sebaliknya sumber sejarah. Ia tanda agama sentiasa relevan bersama fakta yang saling mengukuhkan – Islam historis.

Dalam disiplin ilmu sejarah sesuatu sumber itu benar-benar dianggap “yakin” setelah dibuktikan dengan pembuktian konkrit terhadap peristiwa berlaku. Sudah tentu paling konkrit adalah peristiwa yang dirakamkan dalam tempoh masa paling hampir. Seterusnya didokumentasikan.

Justeru, pertanyaan seringkali oleh sarjana revisionis atau ahli sejarawan mengenai sumber otentik Islam. Apakah ia benar-benar mengandungi fakta dipercayai? Apakah rakaman kejadian sejarah itu tidak berlaku sebarang kesilapan?

Pertanyaan ini muncul lebih kuat bagi sejarawan mengkaji Islam. Sesuatu sumber Islam yang disandarkan dari nabi lebih diyakini seandainya tidak melebihi jarak lebih 100 tahun selepas Rasulullah wafat. Malangnya sumber sejarah Islam dipakai sehingga hari ini telah ditulis selepas 100 tahun bahkan lebih setelah kewafatan nabi.

Ironinya, sumber paling awal ditemui pada tulisan antara 750-800 Masehi bererti ia sangat jauh meninggalkan jarak masa kewafatan baginda. Sumber ini terbuku dalam rujukan sirah paling autentik seperti sirah Ibn Ishaq dan itulah sandaran rujukan kaum Muslimin sehingga hari ini.

Menurut pengkaji, Norman Calder bahawa ulama sirah Islam hari ini sekadar menisbatkan karya mereka kepada ulama sebelumnya yang dianggap itu sumber paling autoriti tanpa kajian kritis.

Kebanyakan sumber Islam hari ini masih berlegar tentang penafsiran ulama terhadap peristiwa berlaku bukan tentang apa yang terjadi saat itu. Maka seringkali penafsiran ulama Islam cenderung kepada sejarah keselamatan (salvation history) bagi mengukuhkan ‘ideal naratif sejarah nabi’ berdasarkan keyakinan penulis.

Ada pun begitu, dalam disiplin keilmuan Islam, para sarjana Islam telah mengembangkan suatu disiplin metodologi khususnya hadis bagi memelihara keautentikan sumber tersebut melalui “sanad” bagi memastikan sesuatu sumber dipelihara dari kesalahan.

Namun dalam keilmuan revisionis ia tetap berlaku kelemahan yang boleh dipersoalkan khususnya mengenai laporan terhadap rakaman peristiwa.

Hal ini disokong dengan penggunaan kata ‘isnad’ juga muncul kebelakangan iaitu pada abad ke 2 Hijrah. Penggunaan kata isnad tidak diguna pakai dalam kitab tafsir pertama umat Islam seperti Tafsir Muqatill Ibn Sulaiman. Bahkan penggunaan isnad baru digunakan selepas itu dalam sumber tafsir rujukan Islam. 

Ini bermakna isnad belum jadi bukti kukuh keyakinan sumber dalam disiplin ilmu sejarah.

Perlukah tolak hadis?

Persoalannya apakah harus menolak sumber hadis kerana dilihat dari sudut disiplin sejarah banyak terjadinya kelemahan?

Tidak perlu tolak hadis. Kita harus membezakan bahawa hadis bukan sumber sejarah tetapi sumber teologi. Hadis dan sejarah keduanya saling melengkapi. Sebaliknya hadis tidak boleh dijadikan sandaran satu-satunya sumber dalam memahami disiplin kemunculan Islam hari ini.

Namun umat Islam memerlukan hadis sebagai sumber teologi mengenai hal ghaib yang dapat kukuhkan keimanan mereka. 

Namun untuk keimanan lebih tercerah, umat Islam harus berpegang pada sumber pengetahuan data-data sejarah. Hal ini penting bahawa kita sesekali tidak berasa lebih bagus dan meyakini pendapat kita paling benar dalam menyingkapi soal keagamaan, kerana kita akan menjumpai pelbagai kontradik dalam penafsiran ulama terhadap sumber-sumber sejarah keislaman.

Justeru sikap ini sekali gus membentuk keteguhan iman dan sikap rendah diri terhadap sesuatu kebenaran.

Maka kita semua harus bersedia berlapang dada terhadap wacana persoalan mengenai sumber sejarah dan keyakinan Islam pada hari ini. Walaupun ia datang dari sumber kedua Islam – Hadis.

Bayangkan seandainya perbahasan revisionis ini rancak diwacanakan di dalam khalayak masyarakat Melayu fahaman Islam ‘mazhab tebal’ atau kelompok konon pejuang hadis di Malaysia?

Sedia atau tidak?

Apakah kita sudah bersedia berbeza pandangan?

Selama ini wacana sumber sejarah keyakinan Islam tidak dibincangkan secara kritis di Malaysia. Mungkin kerana bersikap berbeza mengenai hal ini pasti dihukum sesat dan dilabel anti hadis. Lihat apa yang terjadi kepada arwah Kassim Ahmad. Seorang sarjana kritis ilmu hadis akhirnya dipijak-pijak oleh penguasa agama.

Pemikiran kritis beliau ditentang habis-habisan oleh kelompok majoriti Melayu Muslim yang tidak boleh bersikap berlapang dada.

Inilah punca kerana gagalnya memahami kebenaran dan membezakan kefahaman hadis dari sudut teologi dan perspektif Islam sejarah.

Agamawan hari ini tidak boleh berpuas hati dengan kajian sumber keilmuan Islam yang sedia ada. Sama ada malas atau lemah daya stamina intelektual terhadap wacana sumber Islam kritis.

Justeru sikap “taken for granted” oleh agamawan dalam hal-hal sumber keilmuan Islam telah mematikan perkembangan ilmu. Pemikir Islam, Arkoun menyebut ini sebagai punca kelesuan dalam usaha menyegarkan pemikiran Islam.

Anehnya sikap ini jarang terjadi kepada pengkaji di Barat. Bukan soal kerana mereka orientalis, tetapi budaya ilmu tinggi daripada sikap mereka harus dicontohi umat Islam khususnya agamawan hari ini. 

Sikap malas mengkaji dan tidak bersetuju terhadap perbezaan menyebabkan kita mabuk dalam wacana sendiri tanpa melihat kelemahan diri. Maka, keilmuan Islam sentiasa mengalami krisis kemunduran dan sentiasa berlegar dalam soal sesat dan haram!

Demikian betapa pentingnya memahami sesuatu sumber Islam bukan sahaja dari perspektif teologi (hadis) tetapi penting bersikap kritis terhadap Islam Sejarah.

Ayuh semarakkan sikap kritis ilmu dan berlapang dada dalam meraikan perbezaan pandangan!8

Semoga kita tidak mudah terperangkap dalam dogma kejahilan diri sekali gus terhindar dari sikap cepat memperlekehkan pandangan keilmuan yang berbeza dengan kita! – 18 Oktober, 2021.

* Mohd Syazreen Abdullah adalah penulis buku Bercakap dengan Quran dan Membebaskan Allah Dari Islam. Beliau bekas penuntut pengajian Islam di Universiti Yarmouk, Jordan dan aktif menulis tentang isu-isu pemikiran agama dan budaya.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.




LEPAS LU

BACA GUA NAK

TANYA

PADA AHAD

8 OGOS 2021

JAM 8.15 PAGI

LU BUAT APA?

AMIN

PADA  SENIN

4 OKTOBER 21

JAM 9.45 MALAM

LU BUAT APA?

AMIN

INI BUKAN APA

YANG BERLAKU

200 TAHUN DULU

AMIN

INI BERLAKU

HANYA 

DUA BULAN DULU

DAN SATU LAGI

DUA MINGGU DULU

AMIN

LU LUPA KE?

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

JANGAN RISAU

AMIN

SALAH JAWAB

LUPA FAKTA

TAK KENA ROTAN

TAK MASUK JIL

KAH KAH KAH

ZAHID SABRI ANWAR

 




Zahid tahu dana Yayasan Akalbudi disalah guna, kata pendakwaan

SEJAK 2014 lagi Ahmad Zahid Hamidi tahu beliau menyalahguna dana Yayasan Akalbudi dan cuba menutup perbuatannya, kata pendakwaan pada perbicaraan kes rasuah melibatkan presiden Umno itu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran ketika berhujah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah berkata terdapat bukti jelas Zahid mengetahuinya kerana tertuduh berhenti membayar bil kad kredit menggunakan cek Yayasan Akalbudi selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan.

HARI INI

ZAHID PEMEGANG

KUNCI UMNO

AMIN

SABRI MAHU

ZAHID KENA HUKUM

AMIN

BILA ZAHID DIDAPATI

BERSALAH MAKA

KERUSI PRESIDEN

JATUH PADA SABRI

AMIN

ANWAR MAHU ZAHID

BEBAS HINGGA

SELESAI PRU15

AMIN

LEPAS PRU15

HANYA ZAHID SEDIA

BUAT DEAL DENGAN

ANWAR

KHALAS

JADI SEKARANG

KITA LIHAT NAFAS

ZAHID DALAM

DUA ALAM

AMIN

APEK TIBAI APEK DI BELAKANG RUMAH KITA




APEK TIBAI APEK

DI BELAKANG 

RUMAH KITA

AMIN

LEPAS NI APEK

NAK CURI

 TANAH KITA

KHALAS

Unknown commented on 

"DUNIA MAKIN HURU HARA"

Apasat mau jadi tukang cebok olang punya hal. Lia olang mau belak kasi lia olang belak la... Itu apek sama apek punya hal la... Kasi lia olang galuh sampai mampos la. Apa lu peduli... Itu apek kapiat mati lagi bagut la.. Sumua kasi mati, ini lunia jadi aman.


 Lu pigi Iran ka, Pakistan ka, beli satu bom nuklear, kasi campak itu bom dalam itu China Merah... habis sumua mati... lunia musti jadi aman, itu Jesus the Crist atau Imam Mahadi pun sulah datang, manyak aman lunia... apek sepet kapiat sulah takdak lagi tapi itu Yankee Dodo masih ada !

SEBARKAN POENCERAHAN AKAN BAHAYA CHINA MERAH

 




SEBARKAN

PENCERAHAN AKAN

BAHAYA DIBAWA

CHINA MERAH

KHALAS

Unknown commented on

 "AMERIKA KUASA PENJAJAH LAMA - CHINA MERAH BARU"

Botul tu. Tukar Tiub ni ingat dia buat bising besar tang China Merah kuasa imperialis baru kat sini boleh mengubah pendirian kerajaan kakistokrat yang ada sekarang ni. Kerajaan kakistokrat ini tidak mampu menjana ekonomi dari sumber lain melainkan dengan bergantung kepada impot-ekspot dengan China Merah yang merupakan rakan dagang terbesar. Dengan Singapore pun sebagai rakan dagabg kedua terbesar. Masa Mamak Kerala berkuasa 22 bulan tu pun tak boleh wat apa-apa, terpaksa senyap-senyap tutup mulut menerima perjanjian-perjanjian perdagangan dan pembinaan yang telah dibuat dengan kerajaan kleptokrasi lanun tu..



 cuma diubahsuai sedikit untuk menjaga air muka kerajaan mamak kerala tu, tapi mulut mamak kerala senyap tutup tak berani melanyak China Merah seperti dia pernah layak Yankee Dodo dan Iron Lady Briton tu. Kalau Tukar Tiub nak pandangannya di amik serius oleh banyak orang, masuklah bertanding dalam PRU15 atau paling cepat PRN Melaka akan datang ni. Masuk parlimen, buat bising kaw kaw di sana baru ada pihak seperti media-media berpengaruh akan yang amik perhatian. Baru berita-berita sensasi tang kejahatan China Merah disiarkan, baru la diorang akan mulai sedar... macam zaman Tunku Abdul RAHMAN yang wat propaganda Cina itu komunis jahat !

KALAU TAK. MENGUNDI LAWAN CARA LAIN

 


MENGUNDI OK

AMIN

TAAK MENGUNDI

LAWAN CARA LAIN

KHALAS

capt salai commented on

 "HOT TER KINI TER NOWW"

Tuan Tt..tolong bg nasihat den nk poei ngundi ke tak? Tak undi takut si katak pengkianat monang..nak undi takut yang den undi tu pun jadi katak..sobab den tengok macam berudu jo yang jadi calon

UMAT ISLAM DITINDAS - BILA NAK MELOMPAT

 



Sila melompat ke bumi lain, jangan buat kerosakan di sini – Hadi

KUALA LUMPUR – Islam ialah ketetapan Allah manakala manusia dan hak asasinya mengikut sempadan kejadiannya tanpa melampaui batas yang ditetapkan.

Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang berkata, Allah menetapkan manusia dengan tugas untuk beribadat  seperti para malaikat dan juga tugas untuk memakmurkan bumi dengan menguruskan makhluk lain dengan kemampuan akal dan ilmu.

“Ia termasuklah juga kemampuan jasad secara individu dan kolektif dengan bermasyarakat.

“Justeru, hak asasi manusia adalah berkonsepkan peranan dan hikmah mereka diciptakan oleh Allah,” katanya menerusi Minda Presiden Pas pada hantaran di Facebooknya hari ini.

Menerusi tulisannya yang bertajuk Islam dan Hak Asasi Manusia, Abdul Hadi berkata, masalah yang wujud adalah dalam kalangan manusia itu sendiri yang menjadi makhluk perosak yang meminda ketetapan Allah.

WOIT

CAKAP BEDEGAR

DEGAR

KAH KAH KAH

BILA NAK BUAT

DEMO SOKONG

WARGA UIGHUR

AMIN

1 JUTA DALAM

PENJARA

AMIN

PEREMPUAN

 DIMANDULKAN

KURANGKAN

UMMAH PENGANTI

AMIN

BILA NAK BUAT

 BANTAHAN

AMIN

SAJA TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

 NAK TUNGGU 

KETETAPAN 

DARI SAPA

KAH KAH KAH

DAJJAL UDAH MUNCUL

 




DAJJAL
SUDAH

MUNCUL

NEGARA DALAM

BAHAYA

KAH KAH KAH

TERIMA KASIH

 



5,434 kes baru Covid-19, terendah sejak 28 Jun

SEBANYAK 5,434 kes baru Covid-19 dicatatkan setakat tengah hari tadi, angka terendah direkodkan sejak Jun, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Malaysia mencatat 5,218 kes pada 28 Jun lalu.

Dr Noor Hisham menerusi Twitter memaklumkan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara kini 2,396,121 kes.

Pecahan kes mengikut negeri akan dikemas kini di laman web CovidNow selepas tengah malam ini.

TERIMA KASIH

BARISAN HADAPAN

AMIN




MAKHLUK HALUS MILIK ULAMAK

 



INI MAKHLUK HALUS

MILIK ULAMAK

AMIN

Unknown commented on 

"ADA MAKHLUK HALUS"

Trik ni bomoh guna sejak sebelum merdeka lg tp masih boleh digunakan zaman internet ni. Perasan tak sumer pompuan 30 thn kebawah bomoh boleh nampak ganguan mahkluk halus tp yg berusia 55 keatas bomoh kata makhluk halus sumer dah cabut lari.


 Lg satu nak halau makhluk halus musti kena berduan dgn bomoh sambil bukak seluar dalam. Kalau tak bukak seluar dalam makhluk halus tak nak keluar. Keh keh keh. Raikanlah amalan bebas berfkkir dan bebas buat pilihan.

KJ - JADI MENTERI SUSAHKAN RAKYAT




KHAIRY MASA INI

JADI MENTERI 

SEDANG 

SUSAHKAN RAKYAT

AMIN

BILA JADI  PM NANTI

BAGAIMANA AGAKNYA

RAKYAT BIASA AKAN

RAKYAT TERSEKSA

KHALAS

HOT TER KINI TER NOWW

 



Melaka mengundi 20 November, umum SPR




HOTT  HOTT 

TER KINI

TER NOW TER NOW

AMIN

HARI HARI AKHIR SAEKOR UMNO

 




Undi di rancangan Felda bukan lagi deposit tetap BN, kata peneroka



UNDI di kawasan Felda bukan lagi deposit tetap Barisan Nasional (BN) seperti dalam hampir setiap pilihan raya umum yang lalu, menurut beberapa peneroka.

Sebaliknya, mereka akan menyokong mana-mana parti berteraskan Melayu dan Islam yang mampu menyelesaikan masalah terutamanya membabitkan isu di ladang peneroka.

Seorang pemimpin masyarakat di Felda Sungai Tengi, Mohd Fadli Zainal Abidin berpandangan penyelesaian isu ladang adalah keutamaan setiap peneroka di dalam negara.

“Dapat selesaikan isu ladang, maka dapatlah (parti politik) tangkap hati peneroka.

“Sekarang hati sakit, keadaan menekan… Bukalah parti apa pun, bukalah pejabat di sini, orang dah tidak peduli,” katanya kepada The Malaysian Insight ketika ditemui baru-baru ini.

Hulu Selangor yang menempatkan Felda Sungai Tengi merupakan antara 54 kerusi Parlimen yang mempunyai tanah rancangan tersebut, selain 92 kawasan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mohd Fadli, 52, yang merupakan peneroka generasi kedua berpendapat kelebihan kini di pihak Perikatan Nasional yang dipimpin bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana Muhyiddin memansuhkan kira-kira 80% hutang peneroka, sejurus sebelum presiden Bersatu itu meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Oleh itu, mereka akan mengambil sikap tunggu dan lihat sekiranya perdana menteri dari Umno, Ismail Sabri Yaakob dapat menyelesaikan masalah mereka.

“Kalau Ismail Sabri boleh selesaikan isu ladang, kita tengok nanti macam mana. Kalau OK kita akan sokong dia,” katanya.

Isu membabitkan ladang peneroka yang dimaksudkannya itu berlarutan sejak beberapa tahun lalu selepas pengurusan bertukar tangan kepada Felda Technoplant Sdn Bhd.

Peneroka mendakwa pihak pengurusan tidak menguruskan ladang mereka dengan baik dan menyebabkan hasil kutipan kelapa sawit yang berkurang.

Peneroka pula terpaksa berhutang dengan Felda untuk sara hidup selepas ladang mereka tidak membuahkan hasil yang memuaskan.

“Alasan yang diberi tiada buruh, dah berapa tahun masalah kurang buruh ini tidak selesai, kalau tiada buruh siapa nak kerjakan ladang.

“Kalau ladang dapat diuruskan dengan baik, hasil kutipan ladang cantik, peneroka boleh bayar hutang, selesai masalah peneroka. Apa lagi peneroka mahu?” soal Mohd Fadli.

Mohd Fadli bagaimanapun berkata peneroka serik untuk memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan.

“Kalau PH (jadi kerajaan lagi) senang cerita, jaga Felda memang melingkup… Tiada langsung bantuan zaman mereka,” katanya.

PH antara lainnya cuba menangani masalah hutang tersebut melalui Kertas Putih Felda yang dibentang di Parlimen pada 2019 bagi memulihkan skim tanah rancangan tersebut.

Pada masa sama, kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad waktu itu menyalurkan peruntukan segera RM77 juta kepada peneroka bagi menangani tunggakan hutang.

Ia meliputi tunggakan bayaran khairat kematian dan hutang kepada Felda Technoplant Sdn Bhd untuk operasi ladang, bantuan kos sara hidup dan deposit penanaman semula.

Isu melibatkan Felda Technoplant Sdn Bhd timbul apabila peneroka yang memberi kebenaran pengurusan kepada syarikat itu memperoleh hasil lebih rendah berbanding tanah diusahakan sendiri.

Tinjauan The Malaysian Insight pada masa itu mendapat peneroka berkenaan optimis namun berhati-hati dengan apa-apa pelan baharu untuk menyelamatkan institusi itu.

Seorang lagi peneroka Sungai Tengi, Ismail Halidi berkata zaman paling gemilang bagi generasi pertama sepertinya ketika negara ditadbir BN yang dipimpin Najib Razak sebagai perdana menteri.

Namun kesempitan ekonomi dan ketiadaan bantuan pada waktu ini menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk mengundi, katanya.

“Zaman pentadbiran Najib peneroka betul-betul terbela, berbagai jenis bantuan disalurkan, masuk pemerintahan selepas itu habis, peneroka macam terabai.

“Peneroka nak satu sahaja. Apabila ekonomi baik, ladang diuruskan dengan baik dan sempurna, kita mampu bayar hutang. Kalau tiada hasil, macam mana kita nak bayar hutang, nak bayar pakai apa.

“Dalam keadaan sekarang kerajaan pun tidak boleh tolong peneroka, jadi kita sekarang hendak mengundi pun dah malas,” kata Ismail, 73.

Pentadbiran Najib antara lain memperkenalkan Felda Global Ventures (FGV) Holdings Bhd yang berjaya mengutip dana RM10.4 bilion sewaktu disenarai di pasaran saham.

Seorang lagi peneroka generasi pertama, Sayuti Abdul Samad pula percaya kesempitan yang dialami pada waktu ini berpunca daripada kegagalan pengurusan ladang.

Walaupun mengakui pernah menjadi deposit tetap BN, Sayuti melihat peluang kini terbuka kepada mana-mana parti mendapatkan sokongan peneroka.

“Bagi pilihan raya umum dahulu, sekarang belum boleh tentukan peneroka pilih mana, Umno, Bersatu, atau PAS.

“Dulu ya memang BN, sekarang tidak lagi… Semua parti Melayu boleh bersaing, terserah kepada mereka,” kata Sayuti, 76.

Pada 7 Julai, kerajaan PN pimpinan Muhyiddin bersetuju dengan cadangan Felda untuk melupuskan kira-kira 80% pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, pelupusan itu akan dilaksanakan melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat, terutama bagi generasi pertama.

Katanya, pemansuhan hutang itu akan memudahkan proses penjanaan semula Felda.

Lembaga tersebut kini dipimpin ahli Parlimen BN Idris Jusoh sebagai pengerusi, yang berjanji untuk mengambil alih FGV Holdings bahagian penting dalam Pelan Pemulihan Felda.

Usaha itu bagi Felda menamatkan perjanjian pajakan tanahnya dengan FGV, yang membolehkan syarikat itu memajak 350,000 hektar tanah perladangan bagi RM248 juta setahun waktu ini.

Perjanjian itu juga membolehkan FGV mengaut keuntungan 15% bagi tempoh 99 tahun. – 18 Oktober, 2021.

SABAH DULU

DEPOSIT TETAP

AMIN

SEKARANG DAH

TAUBAT 

AMIN

KALI INI PENEROKA

FELDA CABUT LARI

KAH KAH KAH

TAK MAU JADI

BARUA LAGI

TAK MAHU JADI

 DEPOSIT TETAP

GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

INI TANDA BAIK

KAH KAH KAH

INI TANDA

HARI HARI AKHIR

SAEKOR UMNO

KAH KAH KAH

PENYAKIT CHINA MERAH DAH BERJANGKIT

 




Johor cari cara tangani isu rumah tak terjual, kata MB

KERAJAAN negeri Johor akan mencari kaedah terbaik bagi menangani isu lebih 70,000 unit rumah tidak terjual, tidak diduduki atau terbiar di sekitar bandar raya ini, menurut Menteri Besar Hasni Mohammad.

Menurutnya antara faktor permasalahan itu adalah dasar dan syarat baharu pemilikan rumah seperti Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Sehubungan itu, beliau berkata, antara usaha yang akan dilakukan adalah bekerjasama dengan syarikat hartanah yang terlibat dan memperkenalkan program penyewaan kepada generasi muda. 

“Kita akan berbincang dan bekerjasama dengan ejen hartanah yang mempunyai rekod tentang unit (rumah yang) sudah siap dan tidak terjual, jenis-jenis unit dan kadar sewa yang sesuai. 

“Di bandar raya Johor Bahru, lebih 70,000 unit rumah yang tidak terjual, belum diduduki dan mungkin sudah dijual, tetapi tidak diduduki, ditinggalkan sepenuhnya oleh pemilik. Kita tidak boleh berada dalam keadaan sebegini jika mahu menjadi bandar raya yang dinamik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Teres Kos Sederhana Rendah dan Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ), Taman Setia Indah di Pusat Komuniti Taman Ekoflora, di Johor Bahru hari ini.

Mengenai Belanjawan Johor 2022, Hasni berkata golongan B40 dan M40 serta golongan belia yang sukar mendapat pekerjaan adalah antara isu yang akan diberi tumpuan ketika pembentangan belanjawan yang dijadualkan pada 25 November ini.

Menurutnya pendekatan bersifat mengembang perlu diguna pakai bagi memulihkan kembali sektor ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Selain itu, beliau berkata, belanjawan itu akan mencari penyelesaian untuk membantu kumpulan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian di rumah.

“Ramai yang berminat untuk membuat perniagaan dalam talian sebagai kaedah menambah pendapatan mereka dalam keadaan pandemik Covid-19. Hakikatnya, ekonomi belum pulih sepenuhnya. Kerajaan perlu membantu,” katanya. – Bernama, 17 Oktober, 2021.

INI PENYAKIT

CHINA MERAH

AMIN

PADA KETIKA INI

EVERGRANDE 

PEMAJU RUMAH

TERBESAR DI

CHINA MERAH

 JATUH MUFLIS

AMIN

APAKAH DI JOHOR INI

SYARIKAT

CHINA MERAH  

PUNYA KERJA ?

KAHALAS 

RAKYAT WAJIB

DIBERI TAHU

AMIN

BAGAIMANA DENGAN

KERJA JAHAT

NAK BAWA MASUK

700,000  WARGA 

CHINA MERAH

AMIN

INI AKAN MENGALIH

DEMOGRAPI MELAYU

AMIN

KHALAS