Rabu, 27 Oktober 2021

SENIMAN MENINGGALKAN KITA

 


AL-FATIHAH


Pencipta lagu Antara Anyer dan Jakarta meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pencipta lagu Antara Anyer dan Jakarta yang dipopularkan Datuk Sheila Majid, Oddie Agam meninggal dunia hari ini pada usia 68 tahun.

Allahyarham Oddie menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Persahabatan di Jakarta, Indonesia akibat kegagalan buah pinggang.
Pada 2017, Oddie atau nama sebenarnya, Imran Madjid pernah diserang angin ahmar.

Menurut laporan CNN Indonesia, berita pemergian Oddie disahkan rakannya, Stanley Tulung di akaun media sosialnya.

“Innalillahi wainnailaihi rojiun. Selamat jalan Bang Oddie Agam yang berpulang 27 Oktober 2021 jam 11.00. Semoga tenang di sana,” tulis Stanley.

Allahyarham Oddie yang mula melibatkan diri secara profesional dalam industri muzik Indonesia pada 1984 memahat nama sebagai antara karyawan muzik disegani.

Selain Antara Anyer dan Jakarta, Oddie turut mencipta lagu Aku Cinta Padamu, Tua Sebelum Waktu dan Begitulah Cinta yang berjaya membawa nama Sheila menjadi gemilang di Indonesia. – MalaysiaGazette


SABRI MULA CERET BERET

 




Dr M sekali lagi kecam layanan terhadap Najib

Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengecam layanan diberikan kepada Najib Razak yang menikmati kebebasan tanpa menjalani hukuman walaupun sudah disabitkan bersalah dalam pertuduhan jenayah susulan mahkamah membenarkan bekas perdana menteri itu terbang ke Singapura.

Mahathir berkata Najib terus bebas seperti orang yang tidak bersalah sepanjang proses rayuannya yang bermula April lalu.

“Najib Razak telah dihukum penjara dan denda kerana kesalahan money laundering. Kononnya kerana dia membuat rayuan hukuman tidak dilaksana,” kata bekas perdana menteri itu dalam tulisan diblognya.

“Sepanjang masa dia bebas seperti orang yang tidak salah. Kes tidak didengar kerana bermacam alasan.”

Mahathir turut mempersoalkan tindakan Mahkamah Rayuan yang belum membuat keputusan terhadap Najib bahkan dibenarkan mendapatkan semula pasport untuk melakukan perjalanan ke luar negara tanpa apa-apa bantahan oleh peguam negara.

“Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib. Tetapi keputusan ditangguh. Sudah enam bulan berlalu. Mahkamah belum buat keputusan.

“Sekarang banduan ini dibenar ke Singapura.”

Mahathir dengan nada bimbang turut mempersoalkan bilakah keputusan Mahkamah Rayuan dibuat kerana Najib mungkin akan merayu di Mahkamah Persekutuan pula jika beliau didapati bersalah.

“Ini juga akan ambil masa. PRU15 pun sudah tiba. Najib belum disah oleh Mahkamah Persekutuan yang ia bersalah.”

Menurutnya, jika keadaan sedemikian rupa, “Najib boleh bertanding dalam PRU15.”

“Rakyat tentu berbangga. Curi 10 ringgit masuk penjara serta merta. Curi satu billion ringgit boleh lepas dari penjara.

“Ramailah penyangak dan perasuah sekarang bebas menjelajah seluruh dunia sementara hukuman ditangguh atau pertuduhan dibatal.”

Najib yang kini dalam proses merayu sabitan tujuh pertuduhan berprofil tinggi melibatkan RM42 juta dana SRC International yang dikaitkan dengan 1MDB, juga turut memohon supaya tarikh perjalanan ke Singapura untuk melawat anak perempuannya ditangguhkan bagi menumpukan perhatian kepada kempen Umno dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal diadakan November depan.

Isterinya, Rosmah Mansor juga turut dibenarkan ke Singapura ketika perbicaraan bagi pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar sedang berjalan.

 

SEMUA INI

BERLAKU KERANA

ANWAAR IBRAHIM

GILA NAK JADI 

PERDANA MENTERI

AMIN

JATUH KERJAAN

PAKATAN HARAPAN

AMIN

ANWAR TIPU

MAT SABU

TIPU GUAN ENG

I GOD DI NUMBO

AMIN

KACAU MELAKA

BAGI JATUH

AMIN

BABAK SEJARAH INI

WAJIB TERUS

DI INGATI

AMIN

JANGAN BERI PELUANG SABRI CERET BERET

 




Tiada masalah tangguh bentang RUU MA63, kata KM Sarawak

TIADA masalah besar yang berbangkit susulan penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan Perlembagaan Malaysia selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ketua Menteri Abang Johari Openg.

Jelasnya beliau dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan Peguam Negara (AG) menjelaskan lebih lanjut cadangan pindaan kepada anggota Kabinet.

“Tiada masalah, saya difahamkan oleh Wan Junaidi terdapat beberapa perkara (yang perlu penjelasan) seperti Perkara 160 mengenai definisi persekutuan. Mereka hanya mahukan penjelasan mengenai perkara tertentu, itu sahaja.

“Tiada masalah besar, ia hanya soal berkaitan pemahaman dan penjelasan oleh AG,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri satu majlis di Kuching, hari ini.

Pada 25 Oktober lalu, Wan Junaidi dilaporkan berkata Kabinet akan menetapkan tarikh baharu untuk pembentangan rang undang-undang tersebut.

Menurut Wan Junaidi penangguhan itu susulan tiada kata sepakat dicapai mengenai cadangan pindaan terhadap beberapa artikel berkaitan Perlembagaan Persekutuan semasa sesi perbincangan pada 24 Oktober lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

RUU berkenaan sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat semalam (26 Oktober), diikuti bacaan kali kedua pada 28 Oktober.

Tarikh baharu bacaan kali pertama rang undang-undang itu akan ditetapkan selepas taklimat daripada Peguam Negara berhubung perkara berkenaan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat (29 Oktober) ini. – Bernama, 27 Oktober, 2021.

DAYAK & KADAZAN

BERI TEKANAN

AMIN

TURUN KE JALAN

RAYA

AMIN

INI MASA TERBAIK

MASA KERAJAAN

LEMAH 

AMIN

JANGAN BERI

PELUANG

SABRI 

CERET BERET

KAH KAH KAH

SISTEM PEMBELAJARAN WAJIB DI REFORMASI

 




SISTEM KAEDAH

PEMBELAJAFRAN

WAJIB DI REFORMASI

KHALAS

Unknown commented on

 "JUAL DONGENG TAK ARAB"

Parents tak dibenar masuk sekolah, kena jumpa cikgu besar, dulu dulu parents masuk semacam, tengok apa cikgu buat, sekarang ini ramai ramai cikgu graduate ini main Facebook main what's app, main tok tok, business tudung kuih kuih biskut ubat kuat Tupperware so gaji tetap jalan, so ok lah ketuanan melayu baik, dasar kaya tercapai ooopppssss yang capai kekayaan luar biasa melayu macam Najib lah kah kah kah

JANGAN SALAH FAHAM

 


Bomoh Ayah Su mengaku tidak bersalah rogol pesakit 

SEORANG bomoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Pasir Mas hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita yang mendapatkan rawatannya, dua minggu lepas.

Jusoh Jaafar, 67, yang digelar ‘Ayah Su’ membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Rozaidi Yaacob.

Warga emas itu didakwa merogol mangsa yang berusia 23 tahun dengan menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan tradisional di dalam bilik sebuah rumah beralamat di Bunut Susu, pada kira-kira 3 petang, 14 Oktober lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 28 Oktober untuk sebutan semula kes dan penetapan jaminan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Itah Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Nur Fatin Syahirah Abu Hasan. – Bernama, 27 Oktober, 2021.

WOIT

RAMAI TAK FAHAM

TENTANG BOMOH

DAN PERUBATAN

TRADISIONAL MELAYU

AMIN

DOKTOR MODEN

GUNA JARUM

UNTUK SUNTIKAN

 UBAT

AMIN

BOMOH MELAYU

GUNA JARUM

ASLI YANG TELAH

DIKERASKAN 

UNTUK MENYUMBAT

KAH KAH KAH 

TAK CAYA

 TANYA USTAD 

MOKHTAR SENIK 

KHALAS

INI MASJID 700 TAHUN - HARTA UNESCO - HARTA UMAT MANSUIA

 


 MASID 700 TAHUN

HARTA UNESCO

AMIN

HARTA UMAT 

MANUSIA

KHALAS 

Unknown commented on

 "NIAT BAIK 

JALAN KE NERAKA"

Alaa... TT, apa salah nya, kat Kelante pun ade masjid rwjabebtuk Cina. Banyak masjid di Eropah, Australia, NZ dan lain-lain pun bentuk bangun an bentuk kotak macam sebijik banglow. Itu kan dalam wilayah China jadi memang lah hak diorang nak ubah ke bentuk budaya China. Kat Siam sana pun ada masjid bentuk pagoda. TT ko mudah terpengaruh dengan portal berita Gravitas ni. Portal berita ini jenis macam setan melaga-lagakan masyarakat dunia untuk cari makan. 


Tengok muko pompuan tu pun dah bonci... sama gak dengan muka jantan berjambang kontot satu lagi portal berita yang tak henti memburukkan China Merah. Aritu ada satu berita tang keganasan agama di Bangladesh di mana puak Isle ekstrim 'bergasak' dengan puak Hindu.. Portal berita ni mesti lah memihak kepada puak Hindu sebab dua ni portal berita India. Jadi jelas berita yang disiarkan tidak boleh dipercayai... nak cari makan punya pasal, tak kesah kesan kemudian harinya...! Jadong celaka botul!

PAKAR MOTIBASI

 


 

PAKAR MOTIBASI

BUKAN

PAKAT MASTUBASI

KHALAS


Unknown commented on

 "JUAL DONGENG 

TAK ARAB"

Satu masa dulu budak2 melayu berpusu2 hadir mendengar ceramah pakar motibasi siap bayar beratus ringgit utk dengar. Masa tu pakar motibasi tumbuh mcm cendawan buat duit sbb nak jd pakar motibasi tak perlu lesen. Perbualan yg selalu kita dengar antara budak2 muda waktu tu ialah " aku byr 200 ingit dengar motibasi Dr Polan pergh.. tak rugi, berbaloi bro " dgn nada membuat sapa tak pegi dengar rasa koman. Punyalah mangkuk berjemaah budak2 ni.

RAJA MELAKA DAH BANGUN

 




 RAJA MELAKA

DAH  BANGUN

AMIN 

Arymanchino commented on

 "JANGAN LUPA

 FAKTA SEJARAH"

Kah..kah..Raja Melaka The Real dah bgn dari tidur..Jawap jgn tak jawap.Rakyat pasti nak tahu siape keturunan lanun dan siape yg same dgn Bos ku penyamun..Atok Kerala dah mula buka gelanggang.Tajuk dia 'Bosku penyamun bertaraf VIP'Aku harap ramai yg akan msk gelanggang ni.

AL-FATIHAH

 


AL-FATIHAH

Sasterawan negara Kemala meninggal dunia



SASTERAWAN Negara Ahmad Kamal Abdullah meninggal dunia hari ini, menurut Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kenyataan disiarkan agensi tersebut di media sosial merakam ucapan takziah kepada keluarga allahyarham, 80, yang popular dengan nama pena Kemala.

“Pemergian allahyarham merupakan kehilangan yang besar kepada negara khasnya dalam dunia sastera tanah air,” kenyataan itu dipetik. 

Pemergiannya turut disahkan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Mohamad Saleeh Rahamad, menurut laporan Berita Harian.

Menurutnya, allahyarham mengalami beberapa penyakit tersebut komplikasi ginjal dan meninggal dunia pada kira-kira jam 12 tengah hari.

“Pemergian beliau adalah kehilangan besar bagi dunia sastera Malaysia,” katanya yang menyenaraikan puisi, kritikan dan prosa bermutu tinggi sebagai antara sumbangan besar allahyarham.

Selain itu, gerakan dilancarkan allahyarham juga memberi kesan besar dalam perkembangan dan jalinan sastera antarabangsa, katanya.

“Pena sangat menghargai sumbangannya selama ini dan untuk mengenang jasa serta sumbangan beliau, kerajaan diharap dapat merancang sesuatu yang bermakna dan monumental sifatnya.”

Laporan itu turut menyebut, jenazahnya akan disempurnakan di Surau As Shahabah, Seksyen 7 Kota Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara, selepas solat Asar.– 27 Oktober, 2021.

SAUDI ROCK N ROLL

 


 SAUDI 

ROCK N ROLL

AMIN

Unknown commented on

 "KONSERT DI HARI

 MAULUD NABI ?"

Nie geng² saudi wahabi taknak kluarkn fatwa

NAK LARI KE MANA ?

 



 NAK LARI

KE MANA?

AMIN

Unknown commented on 

"MASUK KAN NAJIB KE PENJARA"

Eloklah Najib ke Singapura Zahid ke Jerman biarlah mereka Dan keluarga mereka terus menetap di Sana Tak payah balik2.. duit masing2 dah banyak belanjalah sakan sememtara masih hidup.. kalau mereka Tak balik belanja perbicaraan mahkamah boleh jimat Tak perlu bazirkan masa Hakim, hakim2 Kita akan Ada banyak Masa Untuk membicarakan kesalahan rakyat biasa, banyak lagi kesalahan curi yang rakyat biasa buat seperti curi ayam, curi getah skrap, curi susu sebab takdak duit nak makan.. eloklah mereka berdua Dan keluarga masing2 menetap terus diluar negara..

MASJID 700 TAHUN DIMUSNAHKAN



 

DIMANA HILANG

PEJUANG 

KOTE SAJAT

AMIN

DIMANA HILANG

PEJUANG TIMAH

AMIN

MASJID 700 TAHUN

DI MUSNAH 

KHALAS 

NIAT BAIK JALAN KE NERAKA

 


NIAT BAIK 

JALAN KE NERAKA 

Ada pepatah Inggeris mengatakan : The road to hell is paved with good intentions - Jalan ke neraka diturap oleh niat yang baik. Pepatah ini pertama kali terkumpul dalam buku  Henry G. Bohn’s A Hand-book of Proverbs  yang terbit pada tahun 1855. 

Aku masih ingat lagi kali pertama aku  bertemu dengan pepatah ini pada tahun 2003. Ini di zaman Amerika di bawah Presiden George W. Bush. Aku terbaca dalam satu tulisan dalam portal Information Clearing  House.

Sebelum bertemu dengan pepatah ini aku telah juga bertemu dengan perkataan  neraka yang digunakan sebagai metafora politik. Aku terbaca ‘ neraka’ dalam portal berita dari Timur Tengah. 

 Pada  6/9/2002 portal Arabs News telah melaporkan  kenyataan  Ketua Liga Arab Amr Moussa. Kenyataan ini keluar  hasil dari persidangan menteri-menteri luar Arab telah bersidang di Cairo. 

 Amr Moussa telah menyampaikan  amaran   Menteri-menteri Luar Arab kepada Presiden George W. Bush : that attacking Iraq will open the gates of hell in the Middle East -  jika Iraq diserang  maka pintu neraka akan terbuka di Timur Tengah. 

Inilah kali pertama aku terbaca  - pintu neraka akan terbuka – sebagai metafora politik antarabangsa. Biasanya hanya Pak Lebai dan Ustaz Youtube saja yang sibuk dengan neraka. Kini politik antarabangsa juga telah terikut sama.

Kenyataan Amr  Moussa ini meledak menjadi berita dunia. Aku juga terbaca ulangan petikan berita yang sama dalam portal berita The Guardian dari London.

Neraka digunakan dalam pepatah  dan juga sebagai metafora politik dengan harapan orang ramai akan memiliki kesedaran betapa beratnya perkara yang dihadapi.  

Neraka menjadi batu penghalang niat baik Presiden Amerika.

Niat baik George W. Bush  Presiden Amerika cukup jelas. Presiden Bush mahu  membawa dan menghadiahkan  demokrasi dan kebebasan  kepada rakyat Iraq. Ini  adalah satu  yang amat  mulia.  Tidak ada negara yang  tidak mahu demokrasi.  Rakyat tidak akan menolak  kebebasan. 

Malah pada ketika itu – selepas Kuwait di serang oleh Iraq pada 2 Ogos 1990 – kempen mengHitlerkan Saddam Hussein kelihatan berjaya. Warga dunia diberi gambaran betapa zalimnya  Presiden Saddam Hussein  ini.

Bush meyakinkan warga Amerika jika Saddam dijatuhkan maka  dunia akan lebih aman.  Saddam anak kelahiran Takrit telah disamakan dengan Hitler.  Saddam dikatakan  pemilik ‘  weapon of mass destruction -  senjata pemusnah dunia’ .

Media  saban hari  ke saban  minggu ke bulan terus memaparkan berita  tentang kezaliman  sosok yang bernama Saddam anak lelaki Hussein. Berita senjata pemusnah   yang dikatakan dimiliki oleh Saddam ini  menakutkan warga dunia.

 Hanya Saddam tidak bertaring. Jika bertaring maka sah Saddam ini menjadi Raja Bersiung untuk Iraq.

Disirahkan juga ramalan bagaimana  jika soldadu Amerika masuk ke Baghdad maka warga kota Baghdad akan menyambut soldadu Amerika dengan taburan bunga dan beras pulut.  Warga Iraq akan berkompang menyambut soldadu Amerika.

Aku menulis tentang neraka ini bukan kerana  suka Saddam atau kerana benci  Bush. Tidak.   Aku menulis ini kerana pepatah yang mengatakan bahawa  : Jalan ke neraka itu diturap oleh niat yang baik.   Aku menulis kesah ini kerana aku yakin akan kebenaran pepatah ini. 

Pepatah ini pastilah pengalaman yang terkumpul oleh datuk nenek moyang Mat Salleh yang terdahulu. Pengalaman merekalah yang mensahihkan pepatah ini hingga diguna pakai dalam politik antarabangsa pada tahun  2003.

Waspada: ini bukan bermakna  aku telah pernah sampai  ke neraka. Tapi  kesah aku ini  membuktikan betapa  tepatnya  pepatah jalan ke neraka ini.

Kesahnya begini: Pada tahun 1967 – satelah lulus L.C.E – Lower Certifiate of Education - aku telah diterima untuk  menjadi warga asrama Sekolah Menengah  Undang Jelebu. 

Ketika ini Cik Gu Zaleha mengajar di Sekolah Kebangsaan Amar Penghulu –  6 batu dari pekan Kuala Klawang. Keluarga  kami tinggal di rumah guru di Sekolah Amar Penghulu.

Aku menjadi penghuni asrama untuk membebaskan  diri aku  dari menaiki  bas atau mengayuh basikal. Rumah aku semakin jauh dari  pekan Kuala Klawang – semakin jauh dari sekolah tempat aku belajar.   Duduk  di asrama  memberikan aku banyak masa untuk  ke ‘library’   membaca.

Aku juga perlu membuat persediaan untuk berhadapan dengan Senior Cambridge – peperiksaan akhir tingkatan lima. Ini peperiksaan  – grande finale – untuk sekolah menengah – sebelum mendewasa menjadi warga negara atau mencari pekerjaan.

Duduk di asrama amat  lumayan untuk budak kampung seperti aku.  Di asrama - air dalam besi dan api dalam kaca. Pada tahun 1967 – hanya pekan Kuala Klawnag yang ada sumber api elektrik.  

Api elektrik dan air paip hanya  untuk orang pekan. Kami di kampung menggunakan pelita minyak tanah dan air dari perigi. 

Aku ingat lagi pada ketika itu  di Kuala Klawang ada generator LLN – Lembaga Leterik Negara . Generator ini  -   di tempatkan di tepi pekan  Kuala Klawang – arah jalan ke panggung Ruby. 

Seminggu  atau sebulan sekali  lori minyak akan menghantar minyak untuk generator ini dari Seremban. Aku tidak tahu minyak  jenis apa yang digunakan.  

Kawasan   tempat generator ini  agak besar – seluas dua bilik darjah. Loji ini ditutup  lingkup dengan zink yang tebal untuk mengurangkan  bunyi.  Pada ketika itu tidak ada kawasan perumahan yang berhampiran dengan loji LLN ini kecuali  sederet lima buah rumah pekerja LLN.

Setiap hujung bulan pembaca meter akan datang dari rumah ke rumah untuk  membaca meter dan menyediakan bil bayaran.  Di setiap rumah  ada  sebuah meter untuk menunjukkan jumlah elektrik yang telah digunakan.

Pada tahun 1968 aku menjadi senior dalam asrama. Warga asrama yang tidak sampai 50 orang ini  datang dari dua sekolah. Sekolah Menengah Bandar Tinggi – aliran Melayu dan Sekolah Menengah Undang  Jelebu – aliran  Inggeris.  Kami semua anak watan  Jelebu.

Katil aku terletak  disebelahi tingkap  yang  paling  hampir dengan pintu masuk.  Di dinding di sebelah  katil aku ialah suis untuk lampu dan suis kipas angin untuk bilik  tidur. Di atas suis terpasang  2 buah meter  elektrik. Mungkin untuk bilik tidur, dewan makan, bilik memasak dan bilik belajar. 

Jarak asrama ke bilik darjah tidak sampai lima minit menapak.  Ini amat menyeronokkan kerana jika aku dapati kelas membosankan aku akan mencelah ponteng. Lari pulang ke asrama.

Pada satu hari di  hujung bulan – aku ponteng kelas – aku  terbaring berehat atas katil di bilik hostel.  Tertiba masuk Abang Baca Meter.   Nama dia Dolah.  Aku ingat lagi  Abang Dolah yang berumur tiga puluhan   bercerita tentang dirinya yang  berasal dari Kuala Pilah. Dia telah setahun menjadi  pembaca meter.

Kami berbual mesra dan dia tidak pula curiga kenapa aku berseorangan dalam bilik asrama. Aku  yang ingin membunuh masa terus bertanya tentang itu dan ini dalam hal  generator  elektrik dalam pekan.  

Aku difahamkan ada seorang jurutera elektrik yang dibantu oleh  tiga orang pekerja teknikal bekerja di generator. Abang Dolah dengan bangga bercerita bagaimana dia dengan susah payah melamar untuk menjadi pembaca meter.

Satelah setahun berpengalaman Abang Dolah berupaya dengan sekali pandang sahaja  dia dapat membaca angka-angka di meter. Dan berapa jumlah bil yang wajib dibayar.

Pada tahun 1968 aku menjangka pembaca meter ini satu pekerjaan yang maha hebat. Terbenam dalam fikrah aku - jika aku gagal dalam peperiksaan akhir teringin juga  aku melamar untuk menjadi pembaca meter.

Pertemuan aku dengan Abang Dolah ini habis begitu sahaja.

Dua minggu kemudian aku ponteng sekali lagi.  Seperti biasa aku menelentang di atas  katil  berkhayal entah apa apa. Tertiba aku  terdengar   bunyi sosok menapak masuk ke asrama.  Aku  menyorok ke bawah katil. 

Aku takut Cik Gu Asli muncul di pintu asrama. Dan aku ditangkap ponteng sekolah.

Cik Gu Asli ini  guru yang bertugas menjaga murid-murid di asrama.  Cik Gu Asli ini kami panggil Boseh – kerana perutnya yang gendut. Biasanya dia   akan datang  melawat asrama di waktu  malam. 

Pernah satu malam  Cik Gu Asli  ini membawa  seorang Pak Lebai dari Kampung Gagu  untuk memberi  ceramah dalam bilik bacaan. Yang aku ingat ceramah Pak Lebai  itu hingga ke hari ini  ialah ‘ jangan marokok.. tabaka saluar…’  

Kami menajuk-ajukan lorat Minang Pak Lebai ini. Hari ini aku akan  tersenyum teringatkan malam  itu bilamana Pak Lebai  berkain sarung berbaju melayu dan bersongkok hitam cuba  memberi nasihat  agar kami  tidak menghisap rokok .. ..jangan marokok .. marokok tebaka saluar…’

Kebiasaan Cik Gu Asli  akan melawat asrama  ini satelah jam 10 malam. Ini kerana  tayangan filem telah selesai di Panggung Ruby.  Selesai menuntun Cik Gu Asli kadang-kadang dengan isterinya Cik Gu Fatimah akan berkereta datang ke asrama. Cik Gu Fatimah duduk dalam kereta manakala Cik Gu Asli akan  masuk melawat bilik bacaan dan masuk melawat bilik tidur.

Kami penghuni asrama amat faham akan rutin Boseh ini.

Dari bawah katil mata aku memerhati ke pintu.

Ciss… yang muncul bukan Cik Gu Asli tapi Kiak.  Kami panggil   dia Kiak – nama sebenar Haris Razak – murid tingkatan tiga. Kiak ini nama gelaran – ini budaya warga asrama – semua penghuni ada mendapat gelaran.  Kiak mendapat gelaran kerana  kepalanya besar seperti kepala  kelengkiak.  

‘ Kau ponteng ke…’ Aku menyergah.

‘Tak laaa… aku kena asma… cikgu kata boleh rehat…’ Kiak menjawab sambil duduk di sebelah katil aku.

Mata aku memerhati Kiak dengan rapi. Kiak  ini pengakap yang amat aktif. Cekap menggunakan peralatan pengakap.  Aku pernah pergi  berbasikal   dan berkelah dengan dia.

Lalu aku terfikir. Aku ingin membuat sesuatu yang baik.  Aku ingin berbakti. Aku juga ingin berbakti kepada asrama. Aku ingin membuktikan  bahawa aku murid yang berjasa dari Sekolah Menengah Undang Jelebu.

‘ Kiak…. Mana pisau scout kau…” Aku bertanya.

‘ Nak buat apa… ada dalam lokar…’ Kiak menjawab.

‘ Gi ambil …apa lagi kau ada…skru drebar ada…’ Aku beri arahan.

Kiak datang dengan pisau , dawai dan skru drebar.

Aku bangun dan terus berdiri atas lokar. Kepala aku hampir sampai ke meter. 

‘ Kiak… kita ubah meter elektrik ni…’ Aku dengan bangganya meminta Kiak melaku sesuatu yang belum penah kami lakukan. Kami mengubah meter elektrik.

‘ Apa nak buat…’  Kiak meminta nasihat.

‘ Dawai yang ada timah tu…. Jangan putuskan.. buka pintalnya baik baik… nanti kena pasang balik…’ Aku memberi pandangan.

Kiak dengan pisau, dawai dan skru drebar mula bekerja.  Dua buah meter terbuka.
‘ Ok… dengan dawai kau tarik jari meter tu bawa semua ke arah  kosong… senang saja…’ Aku dengan gembira telah membuktikan bahawa asrama kami tidak banyak  menggunakan kuasa elektrik dari LLN.

Kiak membuat apa yang aku minta. Kemudian  dia menutup kembali  meter tersebut. Kiak memintal dawai bertimah dengan rapi. Ini menandakan seolah-olah tidak  di dawai bertimah tidak ada  apa apa gangguan telah berlaku.

Aku perhatikan meter yang telah terkatup itu.. Aku tersenyum puas.  Aku merasa aku amat bijak. Berjaya menyelamat dana elektrik Sekolah Menegah Undang Jelebu.

Apa yang aku buat  tidak aku cerita kepada sesiapa pun. Kawan rapat aku Mat Sham dari Kampung Petasih yang katilnya di sebelah   katil    aku pun tidak tahu apa yang Kiak dan aku telah lakukan. Ianya menjadi rahsia. Aku mahu kerja baik aku ini tidak diketahui oleh sesiapa.

Awal bulan sampai. Tapi kali ini agak berlainan.  Di waktu kami sedang berehat  Abang Dolah  datang dengan seorang pembantu. Mereka melihat meter dengan rapi. Dua tiga kali mereka membaca meter. Kemudian mereka beredar.

Setengah jam kemudian mereka  datang sekali lagi dengan Guru Besar Mr Francis Xavier.   Tiga kepala memerhati meter.

Pada sebelah petang Abang Dolah datang sekali lagi kali ini dengan seorang pembantu yang membawa  kotak kayu.  Kami warga asrama  hanya memandang. Tidak ramai yang tahu apa yang telah  berlaku.

Meter di asrama Sekolah Menengah Undang Jelebu kini  masuk ke dalam kotak berkunci.

Esoknya aku dipanggil menghadap Guru Besar Mr Francis Xavier. Nampaknya semua bibir mengarahkan kepada sosok aku. Ini kerana katil akulah yang paling hampir dan paling strategik berhadapan dengan  meter.

‘ Hisham... what are you trying to do...’ Guru Besar bertanya.

Mata aku memandang buku di atas meja. Mulut aku tidak terbuka untuk menjawab apa yang  telah aku lakukan. Aku gagal menerangkan niat baik, bukan sahaja baik tapi mulia. Aku tidak dapat berkata bahawa aku  mahu menyelamatkan dana sekolah dari membayar bil elektrik yang mahal.

‘ Are are opening a factory...’   Guru Besar aku mengasak  dengan satu lagi soalan. Aku terus berdiam diri. 

Aku tak sangka  jarum meter yang  telah dipusing oleh Kiak telah menaikkan lagi bil  elektrik sekolah. Kini telah dibaca  sama seperti asrama ini menjadi sebuah kilang. Kilang apa agaknya – kepala aku bertanya.

Aku senyap tidak menjawab.

Pulang dari berjumpa Guru Besar aku dipanggil pula oleh Ketua Asrama – Ahmad Bakar. Nama gelaran Mat Burn.   Ketua Asrama ini kawan sedarjah aku.  Kami masuk sama ke Sekolah Rendah Undang Jelebu pada taun 1961. Dia ini anak kelahiran Mentaus Durian Tipus Ini daerah wilayah Jelebu  yang amat jauh dari Kuala Klawang. Durian Tipus   bersempadan dengan Pahang.

‘ Kau buat apa tadi.... headmaster marah...’

‘ Sori... aku nak selamatkan  bil leterik....’ Jawapan pendek aku. Aku terus  beredar.

EPiLOK
Mengingat kembali  babak ini  aku tersenyum. Aku  senyum kerana tidak dipanggil ke Bangsa Bangsa Bersatu. Aku hanya dipanggil menghadap  Guru Besar dan Ketua Asrama.

Setiap kali aku terlihat meter elektrik aku akan tersenyum sendirian. Aku sedar bahawa  jalan ke neraka itu sering diturap oleh niat yang baik dan mulia. (TT)


TULISAN INI  JUGA
DITERBITKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/10/27/niat-baik-jalan-ke-neraka/