Jumaat, 17 Disember 2021

EDORGAN CARI PENASEHAT EKONOMI BARU

 



 EDORGAN CARI

PENASEHAT EKONOMI

YANG BARU

KHALAS

KES PENJARA NJIB DIPUTAR


Ada lebih banyak bukti disekat dalam kes SRC Najib, kata peguam

PASUKAN peguam Najib Razak dalam kes SRC International Bhd mendakwa tidak semua bukti berkaitan kes itu didedahkan kepada pihak pembelaan.

Ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah berkata pasukannya sedang mendapatkan dokumen tertentu dan akan kemuka permohonan kepada Mahkamah Persekutuan supaya dijadikan bukti baharu rayuan Najib.

“Kami dapati ada lebih banyak bukti yang telah disekat (daripada pasukan pembelaan Najib), yang kami tidak dimaklumkan sama ada oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau polis.

“Kami akan kemuka permohonan lain untuk dijadikan sebagai bukti baharu,” kata Shafee, tanpa mendedahkan apakah bukti baharu itu.

Pasukan itu, katanya, perlu mengesahkan bukti terlebih dahulu sebelum mendedahkannya kepada mana-mana pihak.

“Kami tidak boleh dedah sekarang sebab kami perlu sahkan terlebih dahulu. Jika tidak, ia cuma cakap kosong.”

Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai tahun lepas. Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Beliau juga gagal membatalkan sabitan dan hukuman yang dikaitkan dengan RM42 juta dana SRC di Mahkamah Rayuan pada 8 Disember.

Bekas perdana menteri itu kini membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Shafee berkata mereka berharap dapat kumpul bahan itu dan menyerahkannya sebagai bukti baharu dalam tempoh dua bulan.

“Kadang-kadang, apabila kita ingin cari dokumen, dalam keadaan di mana pihak berkuasa secara aktif cuba sembunyikan daripada kita, susah kita hendak cari.

“Tetapi insya-Allah, kami akan dapatkannya,” kata Shafee.

Selain SRC, Najib juga berhadapan perbicaraan jenayah yang dikaitkan dengan kerugian dana utama 1MDB selain didakwa mengganggu laporan audit. – 17 Disember, 2021.



WOIT

INI BERITA APA?

KAH KAH KAH

RAMAI SAKSI

HILANG KE?

KAH KA KAH

TAPI INI KES SRC

BUKAN 1MDB

KAH KAH KAH

KES 1MDB BANYAK

SAKSI HILANG

LARI LESAP

KAH KAH KAH

KES SRC INI

SAKSI MANA YG

LESAP

KAH KAH KAH

NO BANK 

AKAUN ILANG KE?

ATAU PETI  BESI

YANG ILANG

KAH  KAH KAH 

MACAM MACAM 

KESAH PEGUAM NAK 

SEDAPKAN 

HATI PENCURI

KAH KAH KAH

PENG ANAL KERJANYA MENG ANAL

 


PENG ANAL

KERJANYA

MENG ANAL

KAH KAH KAH

Unknown commented on 

"PENG ANAL KAKI BODEK"

Penganalisi ini apa kerja mereka ? Saja nak tanya, kajian apa selalu mereka buat? Hanya bab politik saja kah? Kenapa politik saja ? Bidang lain seperti harga makanan, keluhan rakyat ada buat kajian tak? Rasuah dan money is king god ini ada kaji tak? 

Kenapa orang Melayu senang diperbodohkan dan dirasuah ada buat kajian tak ? Mintak maaf lah yang penting dicirikan, yang kerja bodoh ramai pulak suka buat, memang merugikan bayar gaji elaun mereka tapi habuk pun tarak hasil kah kah kah apa nak dikata asal orang kita budiman semua boleh kah kah kah

SELESAIKAN MASAALH INI DAHULU

 


SELESAIKAN

MASAALAH INI DULU

AMIN

MALAIKAT INI

DUDUK DIMANA?

AMIN

DIA KERJA ADA

EPF ATAU TIDAK

KHALAS

Unknown commented on 

"CUI BONO - SAPA UNTUNG"

Kalau pencuri cakap sama macam ustaz dakwa dakwi jumpa Malaikat, kah kah tak boleh percaya, bapak anak sama perangai, dari rumpun sama golongan free loader demi agama bangsa negara konon lah kah kah kah kecurian rasuah sejak Merdeka sampai mini, syukur negara dan rakyat masih bertahan kerana semuanya demi ketuanan Amin Syukur kah kah kah

DUNIA DALAM BAHAYA



DUNIA DALAM

BAHAYA

AMIN 

Biden beri amaran varian

 Omicron merebak 

lebih cepat

PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden memberi amaran pada hari Khamis bahawa varian Omicron bagi koronavirus akan mula merebak dengan lebih cepat di Amerika Syarikat dan beliau menggesa rakyat Amerika untuk mendapatkan vaksin atau dos penggalak.

“Satu-satunya perlindungan sebenar adalah untuk mendapatkan suntikan vaksin,” katanya.

Beliau berkata penyakit yang teruk dan kematian akan mengancam mereka yang tidak divaksinasi.

Biden turut menegaskan pentingnya orang yang diberi vaksin mendapatkan dos penggalak dan mereka yang masih belum diberi vaksin menerima suntikan pertama mereka.

Terdahulu, timbalan jurucakap Rumah Putih Karine Jean-Pierre mencadangkan pentadbiran tidak berhasrat untuk mengambil langkah sekatan khusus buat masa ini dan sebaliknya memberi tumpuan kepada vaksinasi.

“Alat yang kami ada, kami tahu berfungsi,” katanya, sambil menambah, “Kami hanya akan teruskan… untuk mendapatkan vaksin dan dos penggalak kepada rakyat Amerika.”

Menteri kesihatan dari G7 pada hari Khamis meminta kerjasama antarabangsa dalam menghadapi varian Omicron, yang mereka sifatkan sebagai ancaman semasa terbesar kepada kesihatan awam global.

Wabak yang dikaitkan dengan varian baharu itu telah merebak ke seluruh dunia, dan lebih banyak negara Eropah sedang melaksanakan sekatan perjalanan.

Amerika Syarikat, negara paling teruk terjejas di dunia, kini mencatatkan purata 1,150 kematian Covid-19 setiap hari, menurut angka dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). – AFP, 17 Disember, 2021.

KES PISANG ANWAR IBRAHIM

 



Bekas kakitangan dalam usaha gugur 6 tuduhan Anwar dalam saman serangan seksual

Bekas kakitangan Anwar Ibrahim yang memfailkan saman serangan seksual terhadap presiden PKR itu dalam usaha memohon mahkamah menggugurkan enam tuduhan terhadapnya, termasuk kenyataan yang menyebut dua individu yang kini sudah meninggal dunia.

Muhammed Yusoff Rawther dalam pemfailan bagi menggugurkan beberapa perenggan daripada keterangan pembelaan Anwar September lalu berkata dakwaan itu adalah “tidak berasas, tidak relevan dan bercanggah dengan prinsip undang-undang”.

“Tuntutan balas defendan adalah bersifat spekulatif; adalah kabur, serba kekurangan dari segi kejelasan dan butiran; tidak mengenal pasti kausa tindakan apatah lagi satu kausa tindakan yang munasabah.”

Antara tuduhan yang dikemukakan Anwar termasuk dakwaan datuk kepada Yusoff, aktivis terkenal hak pengguna yang meninggal dunia pada 2019, SM Mohamed Idris mengatakan cucunya itu mempunyai isu disiplin dan meminta Anwar memberikan kerja kepadanya dengan harapan “kelakuan Yusoff akan berubah”.

Yusoff turut memohon mahkamah untuk menggugurkan satu perenggan yang mengatakan beliau menyalahgunakan dana milik seorang kakitangan kanan di pejabat Anwar yang kini sudah meninggal dunia, selain dakwaan yang mengatakan Yusoff adalah seorang yang “pro-Israel”.

Beliau berkata kandungan keterangan balas Anwar itu bukan sahaja gagal untuk menjawab dakwaan serangan seksual terhadapnya “bahkan ia juga tidak relevan”, sambil menambah dakwaan dilakukan sebagai percubaan mengelirukan mahkamah dan mengelak daripada saman itu diteruskan.

Yusoff turut mempersoalkan kekurangan perincian ketika Anwar mengatakannya “telah bekerjasama dengan beberapa individu”.

“Tambahan pula, identiti dan peranan-peranan individu atau individu-individu tersebut tidak diplidkan.”

Pada 15 Julai, Yusoff, 28, memfailkan saman mengandungi butiran-butiran terperinci mengenai insiden yang berlaku di kediaman Anwar di Bukit Segambut.

Beliau berkata insiden itu berlaku 10 hari sebelum Anwar memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dalam pilihan raya kecil (PRK) pada 13 Oktober 2018.

Beliau memohon deklarasi mahkamah bahawa Anwar melakukan serangan seksual, selain menuntut ganti rugi umum, teladan dan teruk bagi trauma dialaminya selain gangguan fizikal, psikologi dan sosial akibat insiden tersebut.

Yusoff pertama kali membuat tuduhan terhadap Anwar dalam sebuah akuan bersumpah pada November 2019 dengan disusuli sebuah laporan polis.

Sepanjang siasatan oleh Bukit Aman di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang meliputi jenayah kekerasan dan cabul, polis menjalankan ujian poligraf selama empat jam terhadap Yusoff.

Bagaimanapun, Anwar enggan menjalani ujian yang sama.

Pada 14 Januari 2020, Pejabat Peguam Negara yang diketuai oleh Tommy Thomas ketika itu berkata ia tidak akan membuat sebarang pertuduhan terhadap Anwar berikutan “kekurangan bukti” dan “beberapa percanggahan” fakta.

WOIT

INI DAH BERAT

AMIN

BOSS 

NAK ENTOT

 TIBAI

PEKERJA PEJABAT

KAH KAH KAH

 NAK TUNJUK

PISANG CARILAH

CARA LAIN

KAH KAH KAH

BERAT AMAT

BERAT

KAH KAH KAH

POLIS WAJIB BERI HADIAH GANJARAN

 




Polis giat buru ‘Long Tiger’ yang lari dari lokap

Polis giat memburu seorang lelaki warga Myanmar dikenali sebagai Long Tiger selepas berjaya meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu.

Abdul Hamim Ab Hamid, 32, terlepas daripada tahanan ketika menghadiri prosiding perbicaraannya.

Ketua Polis Daerah Tangkak Mohd Fadhil Minhat berkata orang kena tahan (OKT) berketurunan Rohingya itu, hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes berkait Seksyen 388 Kanun Keseksaan, sebelum terlepas.

“Usaha mengesan suspek masih dijalankan polis serta khidmat anjing pengesan K9 turut digunakan selain sekatan jalan raya (SJR),” katanya dalam sebuah kenyataan.

Menurut Fadhil, ketika kejadian Hamim dalam keadaan botak dan memakai kemeja-T pagoda dan berseluar coklat, berketinggian lebih kurang 160 sentimeter dan berat sekitar 65 kilogram.

“OKT ketika dalam tahanan, tangannya masih bergari dan sedang menunggu untuk memulakan prosiding sambil menunggu peguamnya untuk hadir ke mahkamah.

“Prosiding yang sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh.

“Dia disedari melarikan diri dari mahkamah oleh orang ramai dan usaha untuk menangkapnya dilakukan, tetapi OKT berjaya meloloskan diri ke kawasan semak berhampiran,” katanya.

Hamim sebelum ini ditempatkan di Penjara Sungai Udang, Melaka sebelum dibawa ke lokap polis IPD Tangkak pada 14 Disember.

Pada 15 Disember, dia dibawa ke lokap mahkamah sebelum dia berjaya meloloskan diri dari pintu utama mahkamah.

Fadhil berkata pihaknya memohon kerja sama orang ramai yang terlihat Hamim atau mempunyai maklumat berhubung lokasi tertuduh, untuk segera menghubungi pihak polis.

Setakat ini, empat anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi Long Tiger ke mahkamah juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 kerana kecuaian, selain siasatan lanjut akan dilakukan terhadap polis yang bertugas di mahkamah.

“Polis masih menyiasat sama ada kesemua anggota tersebut terlibat dalam kejadian ini atau sebaliknya, serta cara tertuduh meloloskan diri dari sel mahkamah.

“Tertuduh yang masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, kini disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana lari dari tahanan,” tambah beliau.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada balai polis berdekatan atau menghubungi ibu pejabat polis daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9781222, Hotline IPD Tangkak, 06-9785222 atau mana-mana IPD.


PDRM & KERAJAAN

WAJIB WUJUDKAN

SISTEM

HADIAH GANJARAN

AMIN

UNTUK MAKLUMAT

UNTUK CARI ORANG

YANG DIKHENDAKI

OLEH POLIS

AMIN

LAGI BESAR

GANJARAN

LAGI CEPAT

PENJENAYAH 

DITANGKAP

AMIN

MINTA BANTUAN

PERCUMA TAKDA

SAPA AMBIL POT 

AMIN

CUBA UMUM ADA 

GANJARAN 

AMIN

KAWAN BAIK 

LONE TIGER INI 

AKAN CEPAT

BERI MAKLMUAT

KHALAS

PILIPINA DISERANG RIBUT TAUFAN



PASANG TELINGA

DENGAR BAIK BAIK

LAPORAN BERITA INI

AMIN

Ketua Pengarang commented on 

"ROMBAK KABINET 

GANTI LEBAI EKO"

gila nak tangani perubahan iklim… semua ni hoaks je lebih

 


PILIPINA DISERANG

RIBUT TAUFAN

AMIN

KALAU LU BAYAR TOP UP DIA LU ADA HAK

 


 KALAU LU BAYAR

TO UP SAJAT

LU ADA HAK KAWAL

SIAPA DIA ENTOT

AMIN

KALAU TIDAK 

SAJAT KATA

FUCK OFF

AMIN

Unknown commented on

 "BRO - LU TERCICIR - 

INI PANDANGAN LAMA"

Sendiri tak boleh terima dilahirkan lelaki, macam mana dia expect orang nak terima dia tukar jantina ke perempuan, menyemak dunia. Lu percaya projek covid 19 mengurangkan penduduk dunia, homoseksual pun tujuan sama.

DI MELAKAN MALAIKAT SEMPAT SAMPAI KE ?

 



 DI MELAKA

MALAIKAT SEMPAT

SAMPAI KE ?

KAH KAH KAH

Unknown commented on 

"GLAZIER NI GAPOH?"

Tuan TT, sumuonyo takdir Allah yang Maha Esa. Takyah wat apo-apo, takyah isau, doa banyak-banyak dan tunggu je Allah anta malaikat datang membantu...!


ATUK MASUK HOSPITAL

 




Tun Mahathir dimasukkan ke IJN

KUALA LUMPUR –  Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan kesihatan.
IJN dalam satu kenyataan memaklumkan, bekas Perdana Menteri tiba di pusat perubatan itu kira-kira jam 7 petang tadi.

Menurut IJN lagi, Dr Mahathir akan menjalani pemeriksaan penuh kesihatan dan memerlukan pemerhatian lanjut.


SEMUA BERDOA

MADEY SELAMAT

KECUALI GENG

KLEPTOKRASI

AMIN

BERKHALWAT HARI 637

 



KHALWAT 637
JUMAAT  17/12/2021
KITA MASUK KE HARI 637
BERKHALWAT

PKP 4.0
PALAT PALAT
ANGKA NAIK KE 4000+++

KJ PAKSA AMBIL
VAKSIN PENGGALAK
JIKA TAK AMBIL
KENA ROTAN
INI KERJA TOKAN
KAH KAH KAH

UK SEDANG TERUK
DISERANG  AMICRON
AMIN

ESOK
MENGUNDI DI SARAWAK
GUA RASA GENG LAMA
KEMBALI MENANG
TAPI
YANG PENTING
AYNG DINANTI IALAH
 PENCAPAIAN PKR
APAKAH DAPAT KERUSI
ATAU
DAPAT TELOR

SEKARANG DAH ADA
CADANGAN UNTUK
PKR BERSATU DENGAN AMANAH
INI JUGA  RANCANGAN
LICIK ANWAR IBRAHIM
JIKA DAPAT TELO
MAKA ISU PERGABUNGAN
INI AKAN DI HEBOHKAN

KENAPA ?
BIAR SUARA  DESAK
ANWAR BERUNDIR
DARI PAKATAN
TIDAK MENJADI
BERITA UTAMA SEKALI LAGI
SAPERTI LEPAS PRN MELAKA
AMIN

PAGI INI RENYAI 
SEJUK & BASAH
CUACA MALAP
YANG GEMBIRA
HANYA CENGKERIK
UNGGAS DAN BURUNG
TAK KEDENGARAN

KL & KL SENTRAL MALAP
LANGIT KELAM
TAK MENARIK
APAKAH MATAHARI TAK KELUAR
HARI INI?
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
MULAKAN PAGI KITA INI
DENGAN SENYUMAN

BRO
DUNIA KIAT INI  BANYAK
MAT BEBAL 
KERANA KILAT
SELALU SALAH PANAH

BRO
BARANG TERLARANG INI
SEMUA MENARIK
HINGGA MELAHIRKAN
KEBERAHIAN

BRO
BERCAKAP JUJUR
BERNILAI INTAN BERLIAN
HANYA POLITIKUS
TAK UPAYA NAK MEMBELI

BRO
ADA KEBEBASAN AKHBAR
ADA HUKUM HAKAM
MEMBELA KEBEBASAN AKHBAR
TAPI SAPA PULAK
NAK JAGA ORANG RAMAI
YANG DI PUTAR
OLEH AKHBAR YANG BEBAS

BRO
PERSAHABATAN KITA
AKAN BERPANJANGAN
SEPANJANG HIDUP
SERONOK DAN INDAH
JIKA TAK ADA
HAL NAK PINJAM DUIT

BRO
BERIBU RIBU
BIJAK PANDAI LAGI BERBAKAT
YANG TIDAK DITEMUI
OLEH ORANG RAMAI
JUGA   TIDAK DITEMUI
OLEH YANG PUNYA BADAN

BRO
JADI BAIK ITU
MEMANG ELOK
TAPI MENUNJUKKAN
CARA NAK JADI BAIK
PADA ORANG LAIN
LEBIH BAIK LEBIH MOLEK
TANPA MASAALAH

BRO
TIAP KITA INI
ADA WILAYAH MOLEK
UNTUK KITA 
ADA YANG MENGAMBIL
MASA PANJANG UNTUK
MENEMUINYA

BRO
BAHAGIA INI
SEBENARNYA TAK ADA APA 
HANYA IANYA
DIBANDINGKAN BILA KITA
DALAM KESUSAHAN

BRO
CARA NAK JAGA BADAN
SENANG SAJA
MAKAN BENDA YANG 
LU TAK MAHU MAKAN
MINUM  MINUMAN
YANG LU TAK SUKA
DAN 
BUAT KERJA YANG LU
TAK NAK BUAT

BRO
TAMADUN KITA INI
BERGERAK BUKAN
DARI MINDA
TAPI DARI HATI

BRO
HATI INI LAH
YANG MEMBAWA
PERIGI KEMUDAAN

BRO
KITA MEMBACA
SOSOK YANG KITA TEMUI
BUKAN DENGAN MATA
ATAU INTELEK
TAPI DENGAN HATI

BRO
KITA  TAK ADA APA
NAK BANGGA DIRI KITA
KITA SELALU NAK JADI
ORANG LAIN
KALAU SEMUA ORANG
BERPUAS HATI DENGAN DIRI MEREKA
DUNIA TAK AKAN JUMPA WIRA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT