Sabtu, 15 Januari 2022

24 JANUARI - NAJIB ADA BUKTI BARU

 



SRC International: Pengurusan kes rayuan akhir Najib 24 Jan.

KUALA LUMPUR: Rayuan akhir Najib  berhubung sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. sebanyak RM42 juta ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Persekutuan pada 24 Januari ini.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul, pada prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Siti Hajar Mustaffa, mahkamah memaklumkan pihak-pihak bahawa rekod rayuan membabitkan keputusan kes SRC International telah siap disediakan.

“Bagaimanapun rekod rayuan bagi permohonan untuk memasukkan bukti baharu masih belum siap. Pada prosiding hari ini, pihak pembelaan turut memaklumkan mahkamah bahawa mereka berkemungkinan akan memfailkan permohonan untuk lanjutan masa memfailkan petisyen rayuan,” katanya ketika dihubungi media.

Prosiding yang dijalankan secara Zoom turut disertai peguam, Wan Aizuddin Wan Mohammed mewakili Najib selaku perayu.

Selain itu, Mohd. Ashrof turut memberitahu pihak pembelaan juga sedang memikirkan sama ada akan membuat permohonan agar kedua-dua rayuan (kes penyelewengan dana dan kemuka bukti baharu) didengar bersama atau berasingan.

Sementara itu, seorang lagi peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee ketika dihubungi memberitahu, pembelaan berkemungkinan akan memohon Mahkamah Persekutuan untuk mendengar rayuan berhubung bukti baharu sebelum rayuan berkaitan sabitan salah dan hukuman Najib.

“Sekiranya rayuan berhubung bukti baharu itu dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan, ia akan memberi kesan kepada rayuan berhubung sabitan salah dan hukuman  Najib,” kata peguam terbabit.

Pada 8 Disember lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International.

Sehari sebelum itu, mahkamah sama menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuan kes penyelewengan dana tersebut atas alasan tiada keadaan istimewa yang membolehkan keterangan baharu itu diterima.

NAJIB NAK BAWA

BUKTI BARU

KAH KAH KAH

APA DIA BUKTI

BARU INI

KAH KAH KAH

WOIT

BUKTI BARU

BUKAN BINI BARU

JANGAN BUAT SILAP

KAH KAH KAH

INI CARA NAJIB

NAK LAMBATKAN

KE SUNGAI BULUH

KAH KAH KAH

BILA LAMBAT

ADA PRU15

AMIN

ADA KERAJAAN

BARU

KAH KAH KAH

ADA PM BARU

MAKA NAJIB

BOLEH BEBAS

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan