Rayuan Rosmah batal kes rasuah, gugur Sri Ram didengar 24 Mac
RAYUAN akhir Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah berkaitan projek solar hibrid dan menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes itu akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 24 Mac ini.
Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn berkata tarikh pendengaran itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Siti Hajar Mustaffa semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini.
“Kedua-dua pihak perlu memfailkan hujahan masing-masing pada 9 Mac ini,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Prosiding itu turut disertai peguam Jagjit Singh yang mewakili Rosmah.
Rosmah merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Disember lepas yang menolak rayuannya bagi membatalkan keseluruhan perbicaraannya, dalam usaha untuk dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan serta menggugurkan Sri Ram sebagai ketua pendakwaan.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Hanipah Farikullah dalam keputusan sebulat suara berkata panel hakim bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa Mahkamah Jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi pengisytiharan yang dimohon Rosmah dan membenarkan bantahan awal pendakwaan terhadap rayuan isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu.
Permohonan Rosmah untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah dihadapinya dan menggugurkan Sri Ram telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 September tahun lepas.
Rosmah kini di peringkat membela diri terhadap pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh RM1.25 bilion projek untuk melengkapkan 369 sekolah di luar bandar Sarawak dengan tenaga solar hibrid.
Perbicaraan kes itu akan bersambung 10 Januari ini dengan Najib akan memberi keterangan. – Bernama, 7 Januari, 2022.
hang jangan mulut cabul sangat tt
BalasPadamkang malam ni hang tidur mengigau hantu bik mama mai kacau hang baru hang tau.
atau lebih teruk dia mai hempap hang esok pagi hang tak buleh bangun.
padan muka hang. tak dapek den nak nolong
watisthebekaus
kahkahkah