Sabtu, 1 Januari 2022

APA MADEY KATA

 




Jadikan 2022 tahun tolak rasuah, pilih pemimpin bersih, kata Dr Mahathir

RAKYAT Malaysia mesti menolak rasuah dan memilih pemimpin yang bersih jika ingin negara mencapai potensinya, kata Dr Mahathir Mohamad hari ini dalam perutusan tahun baharunya.

Beliau berkata keadaan politik sekarang sudah teruk, kerana ahli politik yang tidak layak terus berkuasa dan yang berkebolehan tidak diberi peluang.

“Kita akan sambut tahun baru. Kita harap tahun 2022 lebih baik dari 2020 dan 2021. Tetapi besar kemungkinan 2022 akan menjadi sama dengan dua tahun yang lepas.

“Semasa kita sambut tahun baru 2022, fikirlah akan peranan kita untuk memperoleh cita-cita besar kita seperti yang ditentukan dalam Wawasan 2020. 

“Kita masih mempunyai kebolehan dalam negara bertuah ini. Hanya dengan menolak rasuah dan memilih pemimpin yang bersih sahaja, akan terpulihlah negara ini,” kata bekas pengerusi Pakatan Harapan dan perdana menteri dua kali itu.

Dr Mahathir berkata masih wujud rasuah dalam pentadbiran negara dan rakyat terus mengadu mengenai tertekan dengan tuntutan rasuah.

“Dan kita dengar pula yang dipertanggungjawab membanteras rasuah disyaki terlibat dengan rasuah,” katanya.

“Inilah hasil dari amalan rasuah oleh pemimpin tertinggi. Mereka yang dipilih jadi Menteri atau pengarah urusan dipilih kerana menyokong pihak tertentu. Dan sokongan ini pula diberi kerana ingin dapat gaji yang tinggi. Mereka yang ingin khidmat untuk bangsa dan negara digugur untuk memberi tempat kepada penyokong.”

Dr Mahathir tidak menamakan sesiapa dalam kenyataannya, tetapi pihak yang menjadi tumpuan sekarang ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, yang didakwa memiliki jutaan saham korporat dalam sebuah syarikat pada 2015 dan 2016.

Beliau masih belum menjawab mengenai dakwaan itu.

Panel pengawasan SPRM juga dikritik oleh bekas ahli panel, ahli ekonomi politik Edmund Terence Gomez, kerana gagal bertindak atas dakwaan terhadap Azam. – 31 Disember, 2021.

NEGARA 

DUNIA KETIGA

NEGARA KAPITALIS

TAK AKAN BEBAS

DARI RASUAH

AMIN

POLITIK UNDI

ADALAH SATU

PUNCA

RASUAH

AMIN

NILAI HIDUP

SISTEM KAPITALIS

SATU LAGI

BAWA RASUAH

AMIN


1 ulasan:

  1. Hoi Madey Koya Kutti Kerala ..boley Lu tunjuk Gwa macam mana rupa nye Penyamun ooop Pemimpin yang bersey lagi suci ..ada ka roman nye macam Mat Sabu Kari Kepala Ikan ..Tuang Guru Nik Aziz ..Haji Hadi Daging Tonyok ..Rafidah AP ..Boboi Botok Billionaire ..mana satu Madey tunjuk ..tunjuk ..tapi Gwa dapat tirke apa dalam kepala Lu ..

    BalasPadam