Khamis, 13 Januari 2022

AZAM BAKI KELUAR SAMAN

 



Azam Baki fail saman fitnah RM10 juta terhadap Lalitha

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam Baki hari ini memfailkan saman fitnah bernilai RM10 juta terhadap Lalitha Kunaratnam berhubung dakwaan pembelian saham syarikat pada tahun lalu.

Lalitha yang juga bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4) juga berdepan tuntutan saman fitnah berikutan penerbitan sebuah artikel di portal agensi berita pada 26 Oktober dan 15 Disember tahun lalu. 

Menurut peguamnya, Megat Abdul Munir, tuntutan tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Megat juga mendedahkan anak guamnya bertindak mengemukakan saman fitnah dibuat selepas Lalitha gagal memberi maklum balas terhadap surat tuntutan (LOD) bertarikh 6 Januari lalu.

“Defendan (Lalitha) menerusi peguam sebaliknya mengeluarkan kenyataan di Twitter menyatakan beliau kekal terhadap dakwaan seperti dalam penerbitan artikel yang anak guam kami berulang kali tegaskan ia adalah suatu tuduhan fitnah.

“Anak guam kami tidak mempunyai pilihan lain tetapi dengan memfailkan saman ini sebelum tempoh 14 hari dari tarikh LOD untuk menjaga nama baik, reputasi dan kedudukan profesionalnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Megat mendakwa Azam hanya menggunakan hak seperti diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan dan perundangan berkaitan untuk mencari penyelesaian bersesuaian di mahkamah Malaysia memandangkan itu sahaja peluang jika hendak dibanding dengan perbicaraan oleh media.

“Anak guam kami tidak akan membuat sebarang kenyataan berhubung perkara terbabit dan menaruh kepercayaan terhadap sistem kehakiman di Malaysia bagi mengendalikan perbicaraan secara seadilnya.

“Kami sekali lagi mewakili anak guam kami menegaskan SPRM komited untuk melindungi pemberi maklumat yang tertakluk kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” ujarnya.

Azam Baki sebelum ini didakwa telah memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai, sewaktu menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara 2015 dan 2016.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tan Sri Abu Zahar Ujang sebelum ini memaklumkan pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam iaitu Nasir Baki pada 5 Januari lalu. –

AZAM BAKI

YANG AZAM BAKI

KINI BUKAN LAGI

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

INI BARU BETUL

SAMAN JANGAN

TAK SAMAN

KAH KAH KAH

DAPAT DUIT 

MENANG SAMAN

BOLEH BELI SAHAM

KAH KAH KAH

KALI INI TAKDA

SAPA NAK TANYA

DARI MANA

DUIT DATANG

KAH KAH KAH

DUIT 10 JUTA

BOLEH BELI

BERJUTA  SAHAM

AMIN 

C4 LU NAK

CAKAP APA 

CIBAI CIBAI 

CIBAI CIBAI

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan