Ahad, 30 Januari 2022

BANJIR DATANG LAGI?

 



Amaran ribut petir, hujan lebat di 8 negeri

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di lapan negeri sehingga jam 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyatan yang dikeluarkan pada jam 4 petang memaklumkan negeri itu adalah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, kawasan yang terbabit di Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak ialah di Larut, Matang dan Selama, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Sementara di Pahang, kawasan yang terbabit adalah di Cameron Highlands dan di Selangor pula di Hulu Selangor.

Sementara itu di Negeri Sembilan, kawasan yang terbabit Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau.

Di Sabah dan Sarawak pula, kawasan yang terbabit adalah di Kapit (Belaga) dan Limbang di Sarawak, manakala Sandakan dan Kudat (Pitas) di Sabah. – Bernama, 29 Januari, 2022.


 KALI INI

SIAP SEDIA

AMIN

DAH BEKALI KALI

UJIAN & RAPTAI

AMIN

BALAK JELAS

MUSUH UTAMA

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan