Rabu, 12 Januari 2022

BERKHALWAAT HARI KE 662

 




KHALWAT KE 662

RABU  12/1/2022
KITA MASUK KE HARI 662
BERKHALWAT

PKP 4.0

WOIT
PKP INI ADA KE TIDAK
ATAU
SEMUA DAH JADI MACAM
TAHUN 2017 

TAPI  ANGKA
MASIH 2000+++
YANG GUGUR MAKIN KURANG
DALAM HOSPITAL 
MASIH RAMAI

APA STATUS PKP
YANG  INI GUA TAK JELAS
PANGGUNG MACAM MANA
DAH DUA TAHUN GUA
TAK NENGOK WAYANG
GUA TAKUT
AMIN

KAH KAH KAH
AZAM BAKI YANG LOKMAN ADAM
KES MASIH HEBOH
KITA LIHAT SAMPAI BILA
SI LOKMAN ADAM INI
BOLEH BERTAHAN
KAH KAH KAH

PAGI INI HOKKIEN INDAH
LANGIT BIRU SEDIKIT AWAN PUTEH
SANA SINI

KL & KL SENTARL CERAH
DERAMAN KERETA KUAT

DIUDARA GUA NAMPAK
SEBUAH PESAWAT MENUJU KLIA

HA HA HA
SEKUMPULAN PIPIT
LEBIH DARI 30 EKOR
TERBANG MASUK KE DALAM
SAWAH RUMPUT

CENGKERIK BERSIMPONI
TUK TUK TUK
TUKANG BERTUKANG
TERKUKUR  BERLAGU
HOW WOW BERSUARA KUAT
DARI ATAS BUKIT

MATAHARI MENYINAR
PAGI YANG INDAH
PANAS YANG MENJANJIKAN
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI
INI DENGAN SENYUM
KITA DILAHIRKAN SEKALI LAGI
DIBERI PELUANG UNTUK
BUAT KEBAJIKKAN


BRO
SOSOK YANG  MEMBEBASKAN
DIRI DARI MITOS
DAN PEMBOHONGAN BUDAYA 
TIDAK AKAN DIFAHAMI
DAN TIDAK AKAN DIIKUT
OLEH RAMAI

BRO
KALAU LU DAH BUAT SILAP
KEMUDIAN LU TAK BAIKI
SILAP ITU
LU DAH BUAT KESILAPAN
YANG LEBIH BESAAR

BRO
BILA LU RASA HEBAT
LU AKAN BUAT YANG HEBAT
DAN 
YANG HEBAT HEBAT
AKAN TERTARIK DENGAN LU

BRO
JANGAN BERI PERHORMATAN
LEBIH DARI KEBENARAN

BRO
KEBAHAGIAN LAHIR
DARI MEMBUAT BAIK
DAN
MEMBANTU ORANG LAIN

BRO
SOSOK YANG
TAK GILA KUASA
INILAH SOSOK YANG WAJIB
DIBERI KUASA

BRO
JANGAN  HALANG
SOSOK YANG NAK BUAT
PERUBAHAN WALAU PUN LAMBAT
TERMASUK DIRI KITA SENDIRI

BRO
KETIDAK ADILAN YANG
PALING CILAKA
IALAH MENGAKU IANYA ADIL

BRO
SENIMAN YANG SEBENAR
IALAH SOSOK YANG
MEMBAWA REALITI BARU

BRO
DALAM MASYARAKAT KITA
TAK PERLU KAYA MELAMPAU
TAK PERLU PAPA KEDANA
DUA DUA INI
PUNCA KEJAHATAN

BRO
SOSOK YANG TENANG
SENTIASA GEMBIRA
TIDAK MERASA TEKAN UMUR

BRO
MAT BEBAL YANG
 BERPUAS HATI KERANA DIA BEBAL
ADALAH SAKIT JIWA

BRO
TAK MUNGKIN
SOSOK YANG BEBAS MERDEKA
AKAN MENJADI HAMBA
WALAU PUN DIRINYA
DALAM PENJARA


BRO
PENIPUAN YANG PALING KEJI
IALAH MENIPU DIRI SENDIRI
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan