Khamis, 20 Januari 2022

BERKHALWAT HARI KE 670

 



KHALWAT KE 670
KHAMIS  2-/1/2022
KITA MASUK KE HARI 670
BERKHALWAT

PKP 4.0
ANGKA DIHINGGAPI
MASIH LAGI
3000+++
MASIH TIDAK SELAMAT
HANYA OMICRON
DAPAT DI KAWAL

ADAM BAKI MASIH HOT
SEKURITI COMISSION
BURSA SAHAM
TAK DAPAT MEMASTIKAN
SALAH BENAR ADAM BAKI
KAH KAH KAH

ANAK MUDA 
AKAN TURUN KE JALAN RAYA
PAGI SABTU 22/1/2022
JAM 11 PAGI
DI SOGO

KITA LIHAT APA TERJADI
AMIN

PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATA HARI BARU MUNCUL
SADIKIT BASAH
PETANG  KEMARIN HUJAN

LEPAS HUJAN PETANG
GUA MASUK HOKKIEN
ADUH!
TIGA WARGA HOKKIEN
MENYALAK TAK HENTI HENTI
EZI & TAK TAK
DTANG RAPAT TAPI
TAK BERGADUH

PAGI INI WARGA
ASAL TAK KELIHATAN

ADUH
PAGI INI RIUH RENDAH
PELBAGAI BUNYI
CENGKERIK BERSIMPONI
KERANA GEMBIRA BASAH
TERKUKUR BERLAGU
HOW WOW MENJERIT
JANTAN KIRI DAN KANAN
BERKOKOK

ADA DUA BUNYI BARU
AMAT KUAT
GUA PERHATI  TAPI TAK NAMPAK
TWOOT TWOOT TWOOT
DAN
OOT OOT OOT
BURUNG APA INI
WARGA BARU DI HOKKIEN

HA HA
SAEKOR KENG KENG
MENJERIT BISING
SATU BUKIT

PAGI YANG INDAH
PANAS YANG MENJANJIKAN
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM SENYUMLAH

BRO
CINTA INI 
ADALAH SAKIT MINDA
YANG SERIOUS

BRO
SETIAP HATI HENDAK MENYANYI
HINGGA BERTEMU HATI
YANG BERBISIK
SAPA NAK MENYANYI AKAN
PASTI BERTEMU LAGU
BILA JATUH CINTA
SEMUA PANDAI BUAT SAJAK

BRO
KALAU BUDAK KECIK
TAKUT PADA GELAP
KITA FAHAM DAN BOLEH
MAAFKAN
TAPI KALAU ORANG DEWASA
TAKUT PADA   CAHAYA
INI SATU TRAJEDI

BRO
KALAU LU TAK AMBIL POT
APA YANG BERLAKU SEKARANG
LU AKAN DI PERENTAH
OLEH MAMAT BEBAL

BRO
HUKUMAN YANG PALING
BERAT KALAU LU
TAK NAK SAMA MENTADBIR
NEGARA IALAH
LU DIPIMPIN OLEH
SOSOK YANG LEBIH
BODOH DARI LU

BRO
KEBEBALAN ADALAH
PUNCA SEGALA
MASAALAH

BRO
KELAKUAN KITA
DATANG DARI TIGA SUMBER
SATU: KEBERAHIAN
DUA: PERASAAN
KETIGA: ILMU PENGETAHUAN

BRO
DALAM DUNIA INI
ADA TIGA JENIS MANUSIA
SATU: PENCINTA ILMU
DUA: PENCINTA KEHORMATAN
KETIGA: PENCINTA UNTUNG

BRO
KITA JANGAN MARAH
PADA DUA PEKARA
SATU YANG BOLEH KITA BANTU
SATU LAGI YANG
TAK MAMPU KITA TOLONG

BRO
JANGAN BERI
PENGHORMATAN PADA
SESIAPA
LEBIH DARI KEBENARAN

BRO
MANUSIA INI MACAM SAMPAH
DIA BOLEH JADI BAJA
MEMBANTU KITA HIDUP SEGAR
ATAU
BOLEH MEMBANTUTKAN 
MENGKERINGKAN KITA
HINGGA KITA LAYU MATI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan