Akar umbi PKR mahu bertanding PRN Johor guna logo sendiri
AKAR umbi PKR berhasrat bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menggunakan logo sendiri, bukan logo merah Pakatan Harapan (PH), kata wakil rakyat PKR.
Bagaimanapun, presiden parti itu Anwar Ibrahim berpendapat sebaliknya.
Anwar yang juga pengerusi PH berkata gabungan itu akan menjadi payung kepada semua parti pembangkang – termasuk Pejuang, Warisan dan Muda – untuk bertanding pada PRN Johor.
Beliau berkata ia bagi menewaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRN itu, malah untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Persetujuan awam sudah dicapai di mana kita akan membuka ruang untuk menarik semua kumpulan atau persatuan sivil untuk memastikan ada perubahan. Tidak perlu ada perbezaan dalam pembangkang.
“Kita perlu ada satu suara, satu tindakan dan satu strategi untuk memastikan Umno/BN tewas, bermula di Johor,” katanya selepas mempengerusikan majlis presiden selama dua jam semalam.
Anwar berkata PH Johor akan memulakan rundingan kerusi tidak lama lagi.
Dalam satu kenyataan selepas itu, PH turut mendesak kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) termasuk membenarkan ceramah dan perjumpaan fizikal bersama pengundi.
Wakil rakyat PKR, Hassan Abdul Karim, 70, memberitahu The Malaysian Insight akar umbi parti sudah bersedia dan lebih gembar untuk bertanding menggunakan logo PKR.
“Kami rasa logo PKR lebih dikenali di Johor berbanding PH dan ia akan beri kelebihan kepada kami,” katanya.
Hassan berkata parti PH lain – DAP dan Amanah – boleh bertanding menggunakan logo masing-masing.
Hassan berkata SOP baharu pilihan raya yang melarang aktiviti berkempen trandisional seperti lawatan ke rumah dan ceramah mega, akan menyukarkan calon menyampaikan mesej kepada pengundi.
“Dalam keadaan seperti itu, lebih bagi guna logo yang sudah biasa untuk pengundi, bukannya logo PH.
“Jika PRN Johor menggunakan SOP sama seperti di Sarawak dan Melaka, sukar untuk kami mempromosikan logo PH.
“Lebih pun, pengundi mungkin tidak tahu yang PKR bertanding jika kami guna logo PH.”
Susulan pandemik Covid-19, kerajaan mengetatkan syarat SOP kempen di PRN Sarawak dan Melaka tahun lalu dengan melarang hampir semua kempen berbentuk fizikal.
Ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada parti lebih terkenal seperti Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak, menyebabkan kedua-dua gabungan itu menang besar masing-masing di Melaka (21 daripada 29 kerusi) dan Sarawak (76 daripada 82 kerusi).
Pada PRN Melaka, PKR bertanding 11 kerusi menggunakan logo PH dan kalah semuanya sementara di Sarawak, PKR kalah semua 28 kerusi yang ditandingi menggunakan logo sendiri.
Hassan bagaimanapun berkata isu itu masih belum dimuktamadkan.
“Ia terpulang kepada presiden dan kepimpinan PH. Tetapi di peringkat akar umbi, kami mahu guna logo sendiri,” katanya. – 25 Januari, 2022.
Isham, ko ingat orang PKR ada intelek nak fikir tentang pencuri atau hal penting ke? Parti itu hanya ada satu matlamat iaitu Anwar jadi perdana menteri. Lepas gaduh logo, gaduh tentang slogan dan sepanduk. Lepas tu, pi ceramah dengar Anwar berpidato and tarian hindustan. Bila dah syok, jerit "Reformasi". Relak aje! Buat apa nak fikir.
BalasPadamHarapan Pakatan semua sudah dicuba tak laku, sekiranya ANUwar masih ada, geng lama Kit Siang Guan Eng yang confirm semua ini akan lingkup, lebih baik pencuri dari yang ada sekarang, tak tahu perintah, tak tahu ekonomi tak sekolah ekologi semua pandai bab Kote Sajat, bulu puki bulu ketiak nak cabut atau cukur, yang asyik sembang pasal sondol bontot kacau bini orang, buat duit bawa masuk Bangla Nepal setiap hari sebagai pekerjaan, baik tak payah, yang kepala rasuah pun Masih dibela dijaga kah kah kah mampooosssss orang Malaysiaku
BalasPadam