Sabtu, 29 Januari 2022

CARA MEMBACA MEDIA MALAYSIA

 

Warisan bukan ancaman di Pulau Pinang, kata Gerakan

GERAKAN yang berharap untuk kembali memenangi kerusi di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak akan memberikan sokongan kepada Warisan Sabah, kata Presiden Gerakan Dominic Lau.

Beliau berkata walaupun Warisan mempamerkan ia sebagai parti pelbagai kaum, ia mungkin sukar meraih sokongan, terutama dalam kalangan pengundi Melayu.

“Warisan bukan ancaman di Pulau Pinang. Walaupun ia bertanding kerusi DUN, mungkin sukar pengundi Cina menerima Warisan.

“Ia mungkin tidak akan mengancam parti yang ada di Pulau Pinang pada masa ini,” kata Lau dalam satu temu bual bersama The Malaysian Insight.


Gerakan mempunyai sejarah panjang di Pulau Pinang, di mana ia diasaskan di negeri itu, dan memegang jawatan ketua menteri hinggalah kalah teruk pada PRU 2008. Dari tempoh itu hingga kini, DAP mentadbir Pulau Pinang.

Wakil rakyat DAP baru-baru ini tewas kepada Warisan, yang meluaskan pangkalannya dari Sabah ke semenanjung.

Walaupun ada ahli Gerakan yang kecewa dan “cenderung” untuk menyertai Warisan, Lau berkata beliau tidak bimbang.

“Saya tidak bimbang (pemimpin atau ahli Gerakan) akan masuk Warisan, saya percaya ahli Gerakan memilih parti berdasarkan nilai utamanya, dan kami masih memegang semangat Anak Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

“Selagi nilai utama parti kami masih wujud, ahli tidak akan tinggalkan Gerakan. Kalau ada yang keluar untuk masuk Warisan, biarlah.”

Koordinator Warisan Pulau Pinang Jeff Ooi yang juga bekas ahli DAP dan Ahli Parlimen Jelutong minggu lalu berkata Warisan ada kelebihan di kira-kira 10 kerusi di Pulau Pinang.

“Kita akan fokus kepada kawasan Melayu. Undi Melayu kini berpecah. Ada Umno, Bersatu, Amanah dan PKR,” kata Ooi.

Lau berkata Gerakan sudah bertapak lama di Pulau Pinang dan tidak akan pernah berputus asa untuk menawan kembali negeri itu.

“Sama ada Warisan akan bertanding pada masa akan datang, dan sama ada Gerakan akan bertanding di 40 kerusi DUN pada PRU akan datang, ia bergantung kepada keadaan,” kata Lau.

Selain Ooi, bekas tokoh DAP lain yang baru menyertai parti Sabah itu ialah bekas exco Pulau Pinang Danny Law dan Adun Teratai di Selangor Bryan Lai. Lai memegang kerusi itu atas tiket DAP dan keluar parti itu tahun lalu untuk menjadi wakil rakyat bebas. – 29 Januari, 2022.

MEDIA MALAYSIA

SENANG DIBACA

AMIN

BILA KERAJAAN

MENAFIKAN TAKDA

ERTINYA ADA

AMIN

BILA KERAJAAN 

KATA

BUKAN MASALAH

ERTINYA ADA

MASALAH

AMIN

BILA GERAKAN

KATA WARISAN

TAK ANCAM

ERTINYA SATU

ANCAMAN

AMIN

KALAU TAKDA

ANCAMAN TAK

PERLU SEBUT

PUKEE RAHAH

 TAK MENGANCAM

KAH KAH KAH

1 ulasan:

  1. Warisan di Sabah pun nyawa2 ikan mahu mai Penang bukan mahu cakap besar rakyat Penang tetap pilih Dap.

    BalasPadam