DEMOKRASI BELUM
MATANG
AMIN
DEMOKRASI
DUNIA KE TIGA
KHALAS
Unknown commented on
"PROJEK TIBAI MUHYIDIN"
Orang putih suruh Malaysia ikut sistem demokrasi. Sistem ini ada pilihanraya, tujuan rakyat pilih beberapa wakil yang akan diamanahkan untuk bersuara demi orang ramai. Wakil-wakil rakyat ini sepatutnya memberi khidmat kepada rakyat.
Rakyat yang bagi gaji, bagi elaun, bagi kereta + drebar, semua ini bukan hak wakil rakyat tapi supaya wakil rakyat bekerja memberi perkhidmatan kepada rakyat. Ini dasar sistem demokrasi. Tapi di Malaysia, yang dipilih sebagai wakil rakyat anggap sendiri manusia istimewa, kelas lebih tinggi berbanding rakyat biasa, yang mesti digelar "Yang Berhormat". Pantang ditanya, pantang dicabar. Aku nak tanya, wakil rakyat kita yang terima gaji daripada rakyat, ada tak beri perkhidmatan kepada rakyat? Kalau tak khidmat rakyat, kenapa sibuk buat bising nak pilihanraya? Kenapa tak turun padang khidmat rakyat dulu? Kenapa tak buat kerja, sibuk rebut kuasa? Tanya saja, jangan marah ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan