‘Unboxing isteri’ runtuhkan institusi keluarga – Marzuk Shaary
KUALA LUMPUR – Trend ‘unboxing isteri’ yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini tidak sepatutnya menjadi ikutan masyarakat, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Tuan Haji Ahmad Marzuk Shaary.
Ini kerana, trend tersebut boleh membawa kepada keruntuhan institusi keluarga, apabila bakal ibu bapa sebagai tonggak institusi ini daripada awal lagi sudah tidak mengikut landasan nilai yang betul, apatah lagi mahu memupuk nilai moral anak-anak.
“Masyarakat hari ini hidup di zaman bercampur baur antara perkara yang halal dan haram. Hal ini bukan perkara yang pelik melihat kepada bagaimana media sosial dioptimumkan sepenuhnya untuk mengumpul kekayaan melalui populariti dan ramainya jumlah ‘follower’.
“Sedikit sebanyak tempias ini turut menjejaskan nilai-nilai dalam sebuah institusi keluarga Islam. Pasangan suami isteri tidak lagi menghiraukan maruah, sehingga sanggup mendedahkan aib pasangan demi sebuah ‘content’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, bekas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Tuan haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbuatan ‘unboxing isteri’ adalah satu perbuatan yang jelas bertentangan dengan prinsip dan budaya Islam.
Menurutnya, suami sepatutnya melindungi dan memelihara ahli keluarga masing-masing daripada mendapat kemurkaan Allah SWT, di samping menyeru mereka untuk taat kepada Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
Baru-baru ini, tular satu trend di aplikasi TikTok yang mana pasangan pengantin baru memuat naik video yang menunjukkan pengantin lelaki membantu membukakan tudung pengantin perempuan dengan menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu.
Dalam video itu, pasangan pengantin berkenaan masih memakai busana pengantin dan ia dirakam menerusi cermin oleh pengantin perempuan. –
Lama dah tak dengar crite Tt unboxing awek mase membawa diri kat obersea. Nak dengar crite baru dan sensasi contohnya Tt unboxing awek negro ataupun nigeria... takpun Tt unboxing bahagian belakang je yang depan dibiarkan bertutup.. takpun Tt gengbang unboxing.. apa saja pun boleh orang lama punya pukulan mesti lain punya
BalasPadamcuba yg unboxing tu tok2 lebai,tok imam, tok hadi dan lebai2 pas kawin online..mesti yg haram jadi halal bagi mereka sb para lebaian duduk sama tingkat dgn makam nabi..
BalasPadam